𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 17

19.5K 1.7K 573
                                    

"MANA pengantin lelaki dan perempuan ni? Lambat lagi ke majlis nak berlangsung ni?" Suara tuk kadi mencelah.

Para tetamu yang memenuhi segenap ruang tamu itu turut berbisikan antara satu sama lain. Hampir setengah jam mereka menunggu kemunculan pengantin lelaki dan perempuan. Ia menimbulkan tanda tanya kepada mereka.

Bebola mata Hawa masih melekat pada wajah Adam.

"Sayang..." Sedikit merengek Muhammad, penuh selamba dia merangkul erat bahu gadis cantik di sebelahnya membawa rapat ke dirinya.

Adam mendengus kasar. Tidak puas hati melihat gadis pujaan hatinya kelihatan begitu intim dengan sepupunya sendiri. Banyak soalan yang bermain di kotak mindanya. Apakah hubungan Muhammad dan Hawa? Bagaimana Muhammad mengenali Hawa. Argh, kusut!

Tidak lama kemudian, lahir jeritan kecil dari mulut Muhammad saat ada pukulan kuat mengenai bahu kanannya. Muhammad menoleh dan wajah garang Tok Ma menyapa pandangan. Hanya sengihan tak bersalah dilukis.

"Kau jangan macam-macam, Aboy. Belum kahwin lagi dah peluk anak dara orang macam tu.Tok Ma karate kau baru tau sampai kau terpaksa makan pakai straw. Sesuka hati aje peluk anak dara orang. Tok Ma tak pernah ajar kau macam tu." Panjang lebar Tok Ma membebel terselit nada tegas.

Hawa mengawal riak wajahnya saat perkataan 'anak dara' itu menyapa halwa telinganya. Sungguh sadis sekali kerana mahkota yang dijaga rapi selama ini untuk bakal suaminya kelak sudah diragut oleh Adam. Adam... Lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang.

Tok Ma merempuh kuat bahu Muhammad dan Hawa sehingga terpisah dua insan itu. Dan, Tok Ma berdiri di tengah-tengah sebagai perantara. Wajah cucunya dan seorang gadis cantik itu dipandang bersilih ganti.

"Lepas dah kahwin baru boleh sentuh-sentuh. Buat masa sekarang haram. Bersabar la sikit ya, Aboy. Hawa ni takkan lari ke mana pun. Tetap milik kau juga nanti."

Adam yang menyaksikan itu makin diasak rasa cemburu. Apa yang terjadi sebenarnya ini? Dia kebingungan.

Banyak persoalan yang membelenggu otak Hawa. Tetapi, dia hanya membatukan diri walaupun jantungnya sudah menggila. Dia sedikit gerun melihat panahan mata Tok Ma terhadap dirinya.

"Jadi... Inilah Hawa? Hawa Arlani?Gadis yang telah mencuri hati cucu Tok Ma?" Tumpuan mulai beralih kepada seorang Hawa yang kelihatan terpinga-pinga.

Tok Ma berjalan perlahan mengelilingi tubuh Hawa. Pandang dari atas sampai ke bawah.

Hawa menelan air liurnya sekali. Kesat. Aduh, kenapa Tok Ma scan dia sampai tahap begini?

"Okay." Satu sahaja jawapan yang terbit dari mulut Tok Ma.

Wajah Tok Ma kembali serius."Tapi..." Dia memandang wajah Adam, Muhammad dan Hawa bersilih ganti dengan renungan yang misteri.

"Tapi apa, Tok Ma?" Muhammad kecemasan. Takkan Tok Ma tak suka Hawa pula?

"Tapi..." Meleret. Sengaja mahu menyeksa hati masing-masing menunggu ayatnya.

Muhammad sudah seperti cacing kepanasan. "Eeeee... Tok Ma ni! Dari tadi tapi aje... Cakap aje la!"

Hawa menahan tawanya yang ingin meletus melihat sikap keanak-anakan bakal suaminya itu.

Bakal suami? Serious la Hawa? Jadi, memang kau setuju la nak kahwin dengan Muhammad?

Gila!

"Tapi...Hawa ni terlalu bagus untuk kau, Aboy. Kau nakal! Kau tak sesuai untuk dia!" Meluncur laju pernyataan itu dari mulut Tok Ma. Penuh selamba.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now