𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 33

15.9K 1.6K 406
                                    


KERETA berjenama Mercedes-Benz yang dipandu oleh Pak Ahmad itu meluncur laju masuk ke dalam perkarangan Tanah Perkuburan Firdaus. Kereta diparking elok di kotak parking. Sekilas Pak Ahmad memandang dua orang wanita yang duduk di tempat duduk belakang.

Hawa Arlani dan Hazel Nur.

"Hawa... Kita dah sampai," tutur Hazel lembut sekaligus mematikan lamunan panjang Hawa. Seperti yang dipinta oleh Hawa iaitu mahu melawat kubur uncle Zin setelah mengetahui kebenaran yang sebenar, Hazel menurut.

Hawa tersenyum tawar. Bebola matanya terarah ke tanah perkuburan.

Uncle Zin.

Deraian manik-manik putih menitis di pipinya yang gebu. Hatinya sebak menahan kepiluan.

Sepasang kaki Hawa digagahkan jua untuk melangkah, setapak demi setapak. Ingin melawat pusara arwah pak ciknya. Hazel sebagai penguat semangat, memimpin Hawa sehinggalah kaki kedua-dua wanita itu terpasak di hadapan sebuah pusara yang sudah tersemat sebaris nama iaitu Zin Hanania bin Luthfi.Terasa longlai lutut Hawa di saat ini, jikalau tidak Hazel yang memegangnya sekarang pasti Hawa sudah rebah.

"Uncle..." bisiknya lelah.

"Sunshine!"

Suara itu... Nama panggilan manja itu khas daripada Zin buatnya suatu ketika dahulu. Hanya khas buat seorang Hawa Arlani. Sudah sekian lama nama panggilan itu tidak menerkam gegendang telinganya. Dan... Tiada lagi seorang Zin Hanania akan memanggilnya 'Sunshine'. Tiada lagi.

Kolam mata Hawa kembali bergenang dengan air mata, dikatup perlahan kedua-dua belah matanya. Hawa tak kuat. Tak kuat untuk menerima kenyataan yang Zin sudah tiada.

'Hawa datang uncle. Hawa datang melawat uncle...Maafkan Hawa kerana terlewat...'

Seboleh-bolehnya Hawa tidak mahu meratapi pemergian Zin namun, hatinya tak kuat kerana Zin Hanania merupakan insan yang paling disayanginya. Terlepas jua tangisan kecil dari mulutnya.

"Hawa... Kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah uncle Zin ya. Kemudian, kita baca yassin bersama." Hazel menegur lembut.

Anggukan kepala daripada Hawa diberikan sebagai balasan. Diseka perlahan air matanya yang mengalir di pipi gebunya. Pertama sekali dia sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Zin kemudian dia bersama Hazel baca yassin. Mengambil masa lebih kurang 30 minit dia orang duduk berteleku di situ. Duduk di atas hamparan tikar. Di bawah pokok yang rendang sebagai tempat berteduh.

Setelah bacaan yassin berakhir, hati Hawa yang galau tadi beransur-ansur tenang. Dia terasa dirinya begitu dekat dengan Zin sekarang.

"Zin meninggal dunia sehari kemudian selepas Hawa sedar dari koma. Hasrat terakhir Zin ialah nak bertemu Hawa buat kali terakhir. Tetapi, belum sempat dia jumpa Hawa... Allah lebih menyayanginya. Zin meninggal dunia ketika tidur. Ada sepucuk surat yang ditulis khas oleh arwah Zin buat Hawa sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Katanya... Surat ini walau apapun harus diberikan kepada anak buahnya iaitu Hawa Arlani." Tanpa dipinta, Hazel menjelaskan perkara sebenar. Selang beberapa saat kemudian, dia menyuakan sepucuk surat khas buat Hawa yang dijumpai oleh Hazel di dalam bilik bacaan Zin beberapa hari yang lalu.

'Kenapa secepat ini uncle tinggalkan Hawa? Hawa tak sempat nak jumpa uncle buat kali terakhir. Ya Allah.'

Hawa menarik nafas sedalam-dalamnya. Terasa sesak dadanya di saat ini. Matanya jatuh pada sepucuk surat yang berada di tangan Hazel kemudian menatap lama wajah Hazel itu.

Bagaimana Hazel boleh menjadi sekuat ini setelah kehilangan suami tercinta?

Bagaimana?

Hazel Nur, di mata orang lain dilihat sebagai seorang wanita yang sangat kuat kerana mampu masih tersenyum lagi sehingga sekarang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya Hazel atas pemergian Zin.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now