𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 05

24.4K 2.1K 496
                                    


"HAWA. Kita dah sampai." Suara serak basah milik Adam memecahkan keheningan suasana di dalam kereta.Kereta Mercedes-Benz miliknya diberhentikan betul-betul di hadapan sebuah rumah agam tiga tingkat iaitu rumah yang dihuni oleh Hawa sekeluarga.

Meniti ulas senyuman lebar di wajah Adam tatkala bebola matanya melihat gadis itu sudah terlena di sebelahnya. Kepala Hawa terlentok di cermin kereta sambil berpeluk tubuh.

Comel, detik di hati Adam.

Hawa masih lagi belum terjaga daripada tidurnya. Lena sangat sehingga tidak perasan dengan renungan misteri Adam itu. Di dalam keadaan kesempitan itu Adam mengambil kesempatan.Seatbelt Hawa dibuka perlahan dan kepala Hawa yang terlentok di cermin itu dialihkan perlahan, diganti dengan bahunya pula sebagai tempat untuk Hawa mengalas kepalanya.

Hawa menggumam sesuatu, sebelum kembali terdiam. Rasa enak pula tidurnya apabila beralaskan bahu bidang Adam. Di luar kewarasan Hawa,tangan kekar milik Adam itu dipeluk erat.

Adam terkedu...

Ya Allah... Kuatkan la iman hamba-Mu ini.

Adam buntu. Matanya tidak dapat dilarikan daripada melihat tubuh Hawa itu. Cukup menyeksakan jiwa seorang Adam. Meskipun, tight dress berwarna hitam itu sudah diganti dengan baju kurung berwarna biru muda itu, dia tidak dapat mengusir imaginasi liar yang bermain di benak fikirannya. Masih terakam jelas lagi di dalam ingatan Adam, setiap lekuk tubuh Hawa yang berpakaian 'seksi' di 'parti liar' tadi.

"Erm...Kita dah sampai?"

Hampir meluruh jantung Adam mendengar suara Hawa itu. Seksi di pendengarannya. Amboi Abe Adam habis semua pasal Hawa seksi. Hang dah kempunan sangat ke dengan dia?

Hawa menggeliat badannya dan menguap kecil. Terbuntang besar biji mata Hawa melihat kedudukannya dengan Adam.Pantas dia menjarakkan diri dan melilitkan tangannya di dada. Sebagai langkah berjaga-jaga.Jikalau Adam ada niat buruk terhadap dia, Hawa akan wacha sama Adam.

"Tadi you sedap-sedap aje peluk I.Sekarang muka macam beruk tertelan biji durian tu dah kenapa?"

"Haram!"

"Tahu pula pasal halal dan haram ni... Ingatkan jahil sangat." Adam memerli pedas. Kedua-dua belah tangan diletakkan kembali di atas stereng kereta.

"Nak penampar?" Hawa menyoal garang.

"You ni ganas la, Hawa. Sikit-sikit nak tampar anak orang. You punya tamparan hari tu pun masih berbekas. Berbekas di hati I. Siapa nak bertanggungjawab?" Adam mengungkit kejadian tempoh hari. Dijeling tajam ke arah Hawa.

"Bila bercakap tu bertapis la sikit, encik Adam. Saya ini memang jahil agama tapi saya tak pernah berbuat zina apatah lagi nak berpelukan dengan bukan yang mahram. Saya ada maruah sebagai seorang perempuan. Dan... Tolong hormat."

"Then, kahwin la dengan I. Setiap masa you boleh peluk I. Halal dan dapat berganda pahala pula tu."

Adam tersengih nakal si hujung ayat.

"Haha.Saya tunangan orang. Awak boleh shuh... Shuh. Pergi main-main jauh."

Kan, bijak. Haha. Hawa mencipta suatu pembohongan walhal daripada dulu dia berstatus single gitu. Dia tersenyum bangga sambil mendabik dada ke hadapan.

Reaksi wajah Adam sedikit berubah. Badannya kelihatan sedikit mengeras.

"Nice try... Hawa. You must be joking."

"Haha. It's up to you la."

Seronok juga eh menipu orang ni.

"Lagipun... Awak ini bukan ciri-ciri lelaki idaman saya. Lambat lagi." Makin galak Hawa mengenakan Adam. Dia suka melihat reaksi wajah Adam sekarang.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now