𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 07

22.9K 1.9K 328
                                    

KERETA MYVI berwarna merah milik Hawa diparking di hadapan rumah banglo tiga tingkat yang sekarang didiami oleh Zin dan Muhammad. Tangannya diletakkan di atas stereng kereta.

Hawa menoleh kepalanya ke tempat duduk di sebelah seat pemandu, memandang 'mangsa' daripada hasil penculikannya. Dia tersengih persis kerang busuk.

Kenapa tak wangi eh?

Kerang pun ada mulut ke?

"Cik Bedah sepatutnya bersyukur tau sebab dipilih oleh Hawa untuk menjadi mangsa penculikan pada kali ini. Kalau Cik Bedah dekat rumah ibu lagi teruk kena kuli... Hawa pula 'baik hati' sedikit daripada ibu."

Cik Bedah tergeleng sendirian. Hai la... Budak ni.

"Puan Rafidah marah la nanti Hawa sebab 'culik' pembantu rumahnya. Cik Bedah tak suka kamu kena marah dengan dia..." balas Cik Bedah perlahan lebih kepada nasihat.

"Jangan risau la, Cik Bedah. Ini Hawa la." Seperti kebiasaan itulah jawapan yang akan diberikan oleh Hawa. Dia mendabik dada.

"Kalau kamu dah kata macam tu. Apa yang lagi Cik Bedah boleh buat. Tetapi, kenapa kamu 'culik' Cik Bedah? Kenapa tak Cik Bambam, sebab dia suka sangat kalau dapat keluar seperti ini atau lebih tepat kena 'culik' dengan Hawa?"

Hawa mengetuk dagunya dengan jari telunjuk persis sedang berfikir.

"Sebab... Cik Bedah antara pembantu rumah yang Hawa paling sayang sekali!" jawab Hawa keriangan. Senyuman yang diukir melebar sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipit di pipi.

Cik Bedah turut berbalas senyuman.

Semenjak Hawa bayi lagi, Cik Bedah sudah menjaga Hawa dengan penuh kasih sayang. Cik Bedah di antara pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat untuk Rafida dan Cik Bedah satu-satunya yang tahu apakah 'status' sebenar seorang Hawa Arlani.Disebabkan itu Cik Bedah faham mengapakah layanan yang Rafidah berikan kepada Puteri dan Hawa berbeza.

"Kenapa Cik Bedah di antara orang yang paling Hawa sayang sekali?"

"Cik Bedah dah macam ibu Hawa.Cik Bedah yang paling memahami Hawa daripada dulu sehingga kini. Alangkah bagusnya kalau Cik Bedah ialah ibu Hawa."

Riak wajah Cik Bedah berubah.

"Kenapa cakap macam tu, Hawa. Ibu kamu adalah seorang wanita yang paling terbaik kerana dia dapat membesarkan kamu dengan Puteri tanpa seorang suami.Dia seorang wanita yang hebat."

Hawa menggeleng kepalanya. Senyuman pahit terpeta di wajahnya.

Tak...

Memang ibu wanita yang hebat tapi...

Selama dua puluh tahun ini, Ibu langsung tak pernah memberikan kasih sayang yang sama adil terhadap Hawa dan kak Puteri.

Ibu... Tak pernah peluk Hawa langsung.

Tak pernah.

Ingin sahaja Hawa meluahkan kata hatinya itu. Namun, dia hanya diamkan sahaja. Biarlah Tuhan sahaja yang tahu sakitnya hati ini menahan rasa perit ini. Rasa yang dipendam sudah sekian lama.

"Kak Puteri adalah segalanya buat ibu." Kenyataan itu meluncur laju dari mulut Hawa. Wajahnya bereaksi biasa seakan-akan kenyataan itu tidak memberikan kesan di hatinya langsung.

"Hawa... Tidak semestinya kasih sayang itu perlu ditunjukkan melalui perbuatan. Ibu kamu... Sayang kamu dan Puteri sama banyak. Tiada beza. Cik Bedah tak suka kamu berfikir negatif seperti itu. Apa yang kita nampak tak seperti yang kita lihat... Mungkin ada sebaliknya." Cik Bedah menasihati Hawa, cuba untuk mengubah persepsi Hawa. Kenyataan yang meluncur laju dari mulut Hawa itu memang benar sekali... Siapa sahaja takkan nampak betapa berharganya seorang Puteri buat Rafidah.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now