𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 10

20.9K 1.8K 119
                                    

BEBOLA mata Hawa tertancap lama pada bingkai gambar yang terletak di atas meja soleknya. Seorang pemuda tampan yang berusia dalam lingkungan 30 tahun sedang mendukung seorang bayi kecil.

Itu... Farid dan Hawa.

Hawa menarik ulas senyuman lebar sehingga menimbulkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Itu satu-satunya gambar ayahnya yang dia miliki.

Lesung pipit itu. Kedua-dua lesung pipit yang jelas kelihatan di seraut wajah Farid. Senyuman Farid mampu menghilangkan gelora di hatinya. Itu la ubat penenang buatnya di saat dirinya di kala kesedihan.

"Hawa rindu ayah..." tuturnya penuh sebak.

Bibir bergetar hebat.

"Masa ayah tinggalkan Hawa... Hawa masih bayi lagi. Hawa tiada langsung memori dengan ayah.Masa Hawa kecil, Hawa cemburu sangat apabila lihat kawan-kawan Hawa yang ada ayah. Ayah mereka selalu ambil mereka bila balik sekolah. Ayah mereka pasti akan cium dahi mereka setiap kali nak hantar ke sekolah. Hawa nakkan semua itu kerana, ibu langsung tak pernah nak peluk atau cium Hawa."

"Hawa rindukan ayah sangat-sangat."

Mutiara hangat mengalir deras membasahi setiap lekuk wajahnya. Bibir diketap kuat tidak mahu melahirkan bunyi tangisan pilu.

Hawa kuat.

Hawa seorang wanita yang kuat.

"Kenapa ayah tinggalkan Hawa terlalu cepat?"

"Hawa dah tidur ke?" tanya Puteri perlahan dari arah luar bilik bersama ketukan di pintu.

Pantas Hawa menyeka air matanya, cuba menghampuskan sisa air mata yang telah menodai wajahnya. Dia malu jikalau ada sesiapa nampak dia menangis sekarang. Dia seorang wanita yang kuat dan tak mudah untuk mengalirkan air mata untuk sesiapa pun.

Hawa berdehem perlahan."M... masuk la, Kak Puteri."

Selang beberapa saat, pintu biliknya dikuak kecil dari arah luar. Hanya kepala Puteri sahaja yang terjengul di muka pintu, anak matanya melingas mencari kelibat adiknya. Sebaik sahaja, nampak sebatang tubuh Hawa yang sedang berdiri di balkoni, Puteri memboloskan dirinya di dalam bilik tidur Hawa.

Derapan langkah kedengaran semakin menghampiri dirinya yang tengah membuang pandangan ke laman rumah. Hawa menghirup udara segar malam. Bauan wangi yang terbit dari tubuh Puteri menusuk sehingga ke rongga hidungnya.

"Hawa..."

Puteri merenung belakang badan Hawa penuh dengan makna yang tersirat. Dia ada agendanya sendiri mahu bertemu dengan Hawa pada lewat malam sebegini. Jiwanya takkan tenteram selagi tidak mengajukan soalan ini kepada Hawa.

Puteri bagaikan sudah terkena jampi sejak matanya bersabung pandangan dengan mata hazel milik seorang lelaki yang datang ke rumah ini bersama uncle Zin nya tadi. Dilihat melalui mata kasarnya adiknya iaitu Hawa dan lelaki mata Hazel itu mempunyai hubungan yang akrab. Seperti sudah lama berkenalan antara satu sama lain.

"Akak nak tanya apa?"

"Erm... Lelaki yang datang dengan uncle Zin tadi. Siapa? Hawa macam rapat aje dengan kawan uncle tu.Siapa nama dia?

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now