𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 39

14K 1.3K 466
                                    

TERMASUK hari ini sudah hari keempat hubungan aku dan Adam berterusan dingin. Sudah pelbagai cara yang dilakukan oleh Adam untuk slow talk dengan aku. Seperti kebiasaan, aku pasti akan mengelak. Tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada dia. Kata-kata yang keluar dari mulut Adam semuanya dusta. Sudah hilang kepercayaan aku buat lelaki yang bernama Tuan Muhammad Adam Ferhad itu.

Aku sehingga kini tak dapat menerima perbuatan Adam dan Salsabila yang dianggap cukup tidak berperikemanusiaan itu. Hati aku ini remuk-redam menanggung kekecewaan yang maha dalam.

Untuk aku bertemu mata dengan sepasang mata biru itu dalam sehari pun amat sukar walaupun kami tinggal sebumbung. Sejak kebelakangan ini Adam selalu pulang lewat ke rumah. Entah apa yang dia lakukan dekat luar sana tanpa pengetahuan aku. Mesti dia jumpa perempuan gila tu.

Aku tak dapat nak membuang semua persepsi buruk aku terhadap Adam. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa sakitnya hati aku bila mendapat tahu kebenaran sebenar. Hubungan aku dan Adam tak ubah seperti orang asing sekarang. Hanya pada mula sahaja dia beria-ia memujuk aku supaya maafkan dia. Tapi, sekarang dia hanya biarkan sahaja aku dan rajukku berpanjangan.

Apabila menjelang tengah malam baru la Adam akan pulang ke rumah ketika aku sudah lena dibuai mimpi. Apabila aku sedar daripada tidur keesokan harinya, pasti dia sudah tiada di sisiku. Walaupun kami tidur sekatil... Seorang di hujung sana dan seorang lagi di hujung sana. Tidur saling membelakangi diri antara satu sama lain. Kalau aku pusing badan aku sikit lagi, confirm aku dah berciuman dengan lantai.

Seperti sekarang aku secara senyap-senyap mengintai setiap gerak-geri suamiku yang sedang khusyuk berbicara di dalam doanya sesudah dia selesai solat Isyak tadi.Aku memandang penuh minat walaupun aku benci untuk melihat wajah dia sekarang. Dasar mata derhaka terhadap tuan sendiri!

Melihat kekhusyukan dia menadah tangannya tinggi membaca doa, hati wanita aku sedikit terusik. Aku suka melihat wajahnya sekarang. Wajah yang terpancar keikhlasan. Bersungguh-sungguh dia berbicara, meminta ampun atas segala dosanya. Sayup-sayup kedengaran suara dia. Aku tak dapat mendengar dengan jelas suara Adam saat ini memandangkan jauh jarak di antara kami.

Hatiku sebak menahan kepiluan tatkala nama aku juga diselit di dalam doanya. Ya Allah...

"Ya Allah... Kau rahmatilah hubungan kami. Hanya Hawa Arlani sahaja bidadari buat diriku. Aku ingin masuk syurga bersama dengannya."

Sedaya upaya aku ingin mencipta tembok di antara kami. Aku mahu membenci dirinya kerana perbuatannya cukup mengguris hatiku. Aku mahu bencikan dia. Tapi, kenapa amat sukar untuk aku bencikan dia, jikalau setiap kali melihat wajahnya hati aku mudah lembut. Aku sudah penat disakiti selama ini.

Aku sedikit tersentak apabila kegiatan aku kantoi saat mata biru itu merenung aku lama. Renungan lembut yang membuatkan aku terpegun. Dia pandai melemahkan aku hanya dengan pandangan matanya. Tak perlu kata-kata manis. Kerana, Adam bukan seorang lelaki yang memujuk dengan kata-kata. Tapi dengan perbuatan. Dia akan menunjukkan perasaannya melalui perbuatan.

Aku mengetap gigi aku lama. Mengawal debaran jantungnya aku yang mula menggila kerana panahan mata si biru itu. Terasa sesak dada aku. Lekas aku memusingkan badanku ke arah lain. Aku menarik duvet ke atas sehingga menutupi wajahku. Aku menyorok muka aku ke dalam.

Aku tahu sepasang mata biru itu masih memandang aku dalam kesamaran cahaya lampu. Tidak lama kemudian, aku dapat menangkap bunyi pintu bilik dibuka dan ditutup perlahan. Sedaya upaya dia tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi. Sah Adam yang keluar! Dia nak pergi mana pula ni? Bukan selalunya dia akan terus tidur ke?

Walaupun aku tengah mood merajuk dengan encik suami aku masih lagi ada perasaan ambil tahu. Aku pula yang jadi rindu dengan suasana dahulu. Aku dan dia masing-masing macam orang bisu. Tak bertegur sapa. Aku boleh kira la dengan jari aku, berapa patah perkataan sahaja yang kami akan bercakap antara satu sama lain dalam masa sehari.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now