𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 21

19.3K 1.7K 611
                                    


Gambaran wajahmu...

Hiasi mimpiku...

Ini saat termanis dalam hidupku...

"S... Saya nak Muhammad. Saya nak jumpa Muhammad!" Tiba-tiba sahaja ayat itu yang meluncur keluar dari mulut Hawa tanpa sedar. Pantas dia menekup mulutnya dengan telapak tangan,tersedar atas kelanjurannya.

Macam la penculik ni kenal Muhammad! Kamu memang dah gila, Hawa.

"Muhammad dah mati!" Memetir suara itu memeranjatkan Hawa sehingga terangkat kedua-dua bahunya. Kus semangat!

Hawa dapat merasakan riak wajah lelaki itu pasti sedang menyinga sekarang berdasarkan nada suara itu. Rasa nak menangis pula bila ditengking macam tu. Orang tanya je pun! Tak payah la marah sampai macam tu!

"Lelaki tu dah lama mati!"

"Tu pun kau susah nak faham ke Hawa?"

"Muhammad dah mati!"

Kolam mata mulai bertakung. Hawa takut melihat perubahan lelaki itu yang mula menyinga. Bergegar badannya menandakan dia sedang menahan esak tanggisan yang mahu dihamburkan.

Hawa menarik muka masam. "Jahat." Perlahan sahaja dia menggumam seraya itu gebar ditarik menyelimuti tubuh badannya. Badan direbah kembali ke tilam. Dia baring membelakangi si suami.

Setitis air mata gugur.

Kan kupertaruhkan...

Jiwa sepenuhnya...

Untuk kita harungi hidup bersama...

"Hawa..." Perlahan sahaja dia menyeru nama si isteri. Dia meraup wajahnya kasar. Dia kesal kerana telah meninggikan suara terhadap si isteri dan berbahasa kasar. Tidak sewajarnya dia mengeruhkan lagi keadaan.

"Sayang..."

"Hish... Pergi la baca Al-Quran tu," tutur Hawa dengan sisa rajuknya. Atau lebih tepat dia terasa kerana lelaki psiko itu menengking dia dan mengatakan Muhammad dah mati. Utamanya, sebab Muhammad...Hawa berasa keliru bagaimana lelaki psiko ni kenal Muhammad? Aneh.

Aduh... Kamu ni, Hawa. Bukankah ramai orang yang bernama Muhammad di muka bumi ini. Apa yang kamu hairankan?

Tapi, tetap aneh.

"Abang minta maaf sebab tertinggikan suara dekat Hawa."

"Maaf tidak diterima." Dalam keadaan macam itu pun... Hawa masih dengan perangainya. Dia memang terasa! Merajuk. Hilang sudah persoalan siapakah lelaki psiko ini. Yang utamanya... Rajuknya sekarang. Pokoknya, lelaki itu harus memujuk dirinya!

Mengadanya kamu, Hawa.

Kuharap kita selamanya...

Setia bersama...

Kutahu kau terbaik untuk diriku...

"Nak abang pujuk la ni?" usik si suami mahu menjernihkan keadaan.

"Mana ada! Pergi la baca Al-Quran tu. Saya nak tidur."

Terasa tempat di sebelah Hawa sedikit bergerak-gerak menandakan si suami sudah merebahkan badannya di atas tilam. Tidak lama selepas itu, terasa ada tangan kekar yang melingkar di pinggang rampingnya.

Hawa sedikit tersentak. Kata tadi nak baca Al-Quran apa kes tiba peluk aku ni?

"Abang takkan biarkan Hawa tidur dalam kemarahan. Abang yang salah sebab tengking Hawa tadi. Abang tak dapat kawal kemarahan abang. Abang kesal. Dan... Seorang Hawa Arlani lebih penting.Sekarang tugas abang untuk memujuk bidadari abang ini dengan kehangatan tubuh badan abang..."

Aku adalah Adammu...

Kudambakan cinta ini...

Kau takdir yang takkan kulepaskan...

Hawa menyimpan senyuman kecil. Suka! Hawa suka!

Aik... Hilang sudah rajuk kamu, Hawa?

Kau pun dah sama biul dengan lelaki ni Hawa. Entah siapa lelaki ni pun tak tahu... Elok pula kau biar dia peluk kau, detik di hati Hawa.

Si suami menyembamkan mukanya di ceruk leher si isteri. Dia dapat merasakan tubuh si isteri sedikit bergetar.

Hawa mengeraskan badannya di dalam pelukan si suami.

Aku adalah Hawamu...

Kau pimpinlah jiwa yang menanti...

Hamparan bahagia...

"Tidurlah wahai bidadari abang. Moga esok hari lebih indah dari hari ini." Satu kucupan ringkas dihadiahkan di tepi dahi Hawa. Lama. Memberat nafasnya... Seperti ada sesuatu yang ingin dikatakan namun tersekat di rengkung.Dia makin memperketatkan lagi pelukan sehingga tiada jarak langsung.

Lama-kelamaan mata Hawa mulai memberat. Dan... Kedengaran dengkuran halus menyapa halwa telinga si suami.

Ku terus berdoa...

Bersyukur pada Yang Esa...

Dikurnia insan sempurna sepertinya...

Aku serahkan segalanya...












.











.












.
















CELIK mata aje siling putih menjadi tatapan matanya. Buat seketika Hawa tidak berkelip-kelip mata Hawa merenung syiling bilik itu seperti mahu ditembusnya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.

Hawa cuba memproses kembali memori semalam.

Dan...

Dia tersenyum sendirian seperti orang yang dilamun cinta.

Tempat tidur di sebelahnya dipandang. Kosong. Mana suaminya?

Eh? Jadi kau mengaku la mamat psiko tu suami kau? Dah la semalam kau tidur dengan dia! Haram! jerit Hawa di dalam hati. Barulah dia tersedar apa yang terjadi itu salah. Berdosa!

Berdosa... Kerana tiada bukti pun mengatakan mereka memang pasangan suami isteri!

Hawa rasa mahu menangis dan meraung sahaja. Betapa murah dirinya kerana telah tidur dengan lelaki lain.

"Selamat pagi, Datin..."

Terperanjat Hawa saat ada suara asing menyapa halwa telinga. Semerta dia bangun dari pembaringan dan wajah seorang wanita tua dalam lingkungan 50 - an menyapa kornea matanya.Siapa pula ni?

Mak Nah melemparkan senyuman manis."Dato' pesan dekat Mak Nah supaya bawakan ubat untuk Datin."

"Hah?" Tercengang-cengang Hawa. Datin? Siapa pula Datin ni? Setahu Hawa hanya ada dia dan Mak Nah sahaja di dalam bilik ini. Siapa lagi Datin kalau bukan dirinya sendiri.

Ya Allah... Kusut aku macam ni? Apa sebenarnya yang terjadi? jerit Hawa lagi di dalam hati.

"Selepas Datin bersiap... Dato' suruh Datin jumpa dia dekat tempat biasa." Sambung Mak Nah lagi dan riak wajah Hawa terusan...

Blur.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now