𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 48

13K 1.2K 279
                                    

"DARAH kau rasa apa ya, Hawa?"

Aku cuba untuk melarikan diri. Tetapi, perbuatan aku hanya sia-sia kerana aku tak berjaya gerakkan sebelah kaki aku. Mahu tak mahu, aku perlu mengesot badan aku menjauh dari si dia.

Lirikan matanya sungguh menakutkan.

"Kau larilah sejauh mana pun. Aku tetap akan kejar kau." Dia berdiri kembali dengan gaya kedua-dua belah tangannya di masukkan ke dalam poket seluarnya. Dia memerhati sahaja perbuatan aku yang berusaha keras mengesot badan aku menjauh darinya.

Aku tak boleh macam ini. Kalau aku berterusan lemah macam ini, aku mungkin mati di tangannya malam ini. Aku berhenti mengesot badan aku. Aku gagahkan jua untuk berdiri tegak walau kaki kanan aku sedikit luka. Sebelah tangan aku berpaut di sisi meja yang terletak di situ.

"Kau nak lari ke mana, Hawa? Tiada sesiapa boleh tolong kau sekarang. Suami kau pun tak boleh tolong kau sekarang... Sebab apa? Sebab dia dah lupakan kau. Kesian kau."

Kening aku sedikit berkerut.

"Suami kau tu memang mudahkan kerja aku, Hawa...Do you trust him?"

Makin lantang dia bersuara seiring dengan langkah yang makin laju mendekati aku yang sudah tersandar lemah di dinding ini.

Aku sudah terperangkap.

Semua kata-katanya sukar untuk aku cerna. Dia seorang lelaki yang licik dan tak mustahil semua kata-katanya hanya la dusta semata-mata.

Aku merenungnya dengan kebencian yang meluap-luap.

"S... Siapa kau sebenarnya?"

Sejujurnya aku takut untuk mengetahui identiti sebenar dia. Kerana, separuh hati aku ini mengatakan dia adalah orang yang aku pernah rapat suatu ketika dahulu.

"Kau dah lupakan aku?" Suaranya mengendur, tidak lagi sekeras tadi. Tiada lagi sindir menyindir. "Takkan kau dah lupakan aku, Hawa?"

Nafas aku mulai sesak. "A... Aku tak...tak kenal kau."

Tawa kecilnya pecah.

"Bob, kau bawa masuk budak perempuan tu sekarang!" Dia memberikan arahan lantang kepada Bob, barangkali orang suruhannya. Kemudian, matanya kembali terhala kepada aku. "Maybe this is the only way for you to remember me back, Hawa. And...Maybe after this you'll never forget me. Never."

Dia seperti ada kecelaruan emosi. Apa yang aku dapati, emosinya mudah berubah dalam jangka masa yang pendek. Sekejap renungannya kepada aku sungguh melembutkan dan itu mengingat aku kepada seseorang. Kemudian renungannya akan bertukar kepada renungan membunuh.

Siapa dia sebenarnya?

"Luna!" Spontan nama itu terbit dari mulut aku saat Bob yang berbadan besar itu mengheret kasar anak kecil itu di atas lantai.

Anak mata aku bersilih ganti memandang dia dan Luna yang dilayan kasar oleh Bob. Tak cukup dengan itu, Bob mengikat Luna di sebuah kerusi kayu.

Kasihan anak kecil itu.

Kenapa Luna harus terpalit juga? Apa salah anak kecil itu?

Aku tak dapat menahan lagi rasa marah yang bertandang di hati aku. Aku gagahkan jua melangkah, setapak demi setapak untuk mendapatkan Luna.

"Kau tahu apa yang terjadi dekat mak dia?"

Langkah aku termati dengan sendirinya. Aku terbungkam dengan kata-katanya.

"Luna... Apa yang jadi dekat mak kau eh? Cuba kau beritahu dekat umi kau ni... Apa yang aku buat dekat mak kau. Beritahu la Luna sayang... Mulut kau tu kan becok. Inilah masanya untuk kau bercerita panjang." Tumpuan dia teralih kepada Luna yang sudah diikat kemas pada kerusi kayu yang terletak beberapa jauh meter dari kami.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now