38

329 23 0
                                    

"YEAH!! SEMINGGU LAGI DAH NAK RAYA!!"

Sorak budak kelas Farhan semahu-mahunya tambah-tambah lagi pelajar lelaki tak sabar-sabar nak beraya.

Masing-masing sibuk ceritakan pasal warna baju raya masing-masing, nak lepak mana raya nanti, meriam dah stand by ke belum dan banyak lagilah. Tambah-tambah pula masa cikgu tak masuk. Lagilah mereka bersorak kuat.

Farhan pula hanya termenung di tempatnya sendiri tanpa mahu diganggu sesiapa pun. Mood rayanya sudah melayang jauh entah ke mana dengan puasa tak penuhnya lagi. Tak pasal-pasal dia kena ganti balik. Itu pun kalau dia rajinlah nak ganti.

Pasal baju rayanya itu dia langsung tak ambik kisah. Semuanya dia serahkan kepada ibunya. Selalunya setiap tahu Farhan lah paling sakan dalam bab pilih baju raya. Dah tetapkan dah tahun ini nak warna apa dan berapa pasang, langsir nak warna apa dan sebagainya.

Dia rasa seakan-akan raya tahun ini tidak bermakna baginya tanpa Rafiq. Ya, Rafiq sahabat baiknya itu yang entah hilang ke mana. Susah sekarang ini nak nampak Rafiq di sekolah.

Pernah jugalah Farhan selisih dengan Rafiq dalam beberapa kali tetapi masing-masing ego tak nak tegur. Apabila mereka berdua berselisihan, mereka akan buat-buat tak pernah kenal atau tak kenal.

Sakit betul hati Farhan masa itu tapi apakan daya? Dia pun tak minta semua jadi seperti ini. Semahu-mahunya, dia nak sangat tegur Rafiq jalan sama-sama macam dulu lagi.

Tapi itu semua hanyalah angan-angan kosong. Alam persekolahan juga hampir tamat. Kalau mereka tidak bertegur sapa sekarang, mungkin sampai bila-bila lah mereka akan terus begini.

Farhan pun dah buntu. Apa yang dia nak buat pun entahlah. Mungkin memang dia patut lupakan semua ini yang dia pernah ada BFF sebaik Rafiq itu?

Tiba-tiba Farhan tersenyum sendiri apabila semua kenangan dia bersama Rafiq dahulu. Memang tak dapat nak fikirkan semua, tapi yang paling dia ingat masa dia berada di tingkatan tiga dahulu. Masa itu mereka dah nak PMR, mereka adalah calon terakhir untuk PMR 2013, kerana masuk sahaja tahun 2014 akan ditukarkan kepada PT3.

Masa itu lebih kurang macam sekarang juga. Bulan puasa dan dah nak Raya. Dia ingat lagi salah seorang kawannya yang kini dah pindah ke sekolah kemahiran membawa mercun bola ke sekolah. Kini, semuanya terimbas kembali..

"What's that?" Soal Rafiq dengan wajah pelik. Ini baru kali pertama dia lihat benda bulat berwarna biru yang ada sumbu berwarna hijau itu.

Dia belum pernah nampak lagi seumur hidupnya benda bulat itu. Kelihatan macam bom baginya.

"Weh, Samat. Kau bawa mercun bola masuk sekolah? Bukan ada spot check ke? Macam mana kau boleh lepas?" Soal Farhan dengan nada teruja.

"Aku tumpang letak dekat dengan tempat budak-budak perempuan sorok make-up dia orang." Balas Samat seraya kembali menyimpan mercun bola itu ke dalam poket kembali.

"What? Dekat mana?" Tanya Rafiq kembali. Masa ni, Rafiq kalau cakap melayu ada bunyi pelat Mat Salleh lagi yang masih tersisa. Masuk tingkatan empat barulah lidah dia jadi lidah melayu asli.

"Dekat belakang almari kosong kelas kita tu." Balas Samat lagi.

"Habis kau nak buat apa bawa mercun ni?" Soal salah seorang kawannya yang lain.

"Harini kan last sekolah sebelum raya? Aku nak baling mercun bola ni dekat dalam pejabat! Hehe!" Kata Samat sambil ketawa jahat.

"Woah! Seriously?!" Rafiq terkejut.

Samat menganggukkan kepalanya. Mukanya yang kelihatan nakal itu tampak sangat serius dan bersungguh-sungguh.

"Dekat sini siapa nak ikut aku?" Tanya Samat.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now