18

362 28 0
                                    

Masing-masing sudah berdiri di garisan yang ditandakan. Acara 4x100 meter akan dijalankan bila-bila masa sahaja. Farhan duduk di kedudukkan ke-3 manakala Rafiq kedudukkan ke-4.

Farhan cuba untuk tenangkan dirinya beberapa kali.

Perserta permulaan sudah ingin memulakkan pertandingan. Dari jauh sudah terlihat Baim ahli pasukan rumah sukannya memanaskan badan saat akhir.

"Ke garisan! Sedia! Mula!!"

Pom!

Orang ramai mula bersorak kuat menyokong rumah sukan kegemaran masing-masing.

"AMAN!"

"HARMONI!"

"SENTOSA!"

"DAMAI!"

"Hanya itu yang dapat didengari oleh Farhan ketika ini."

Kayu baton sudah diserahkan oleh Baim kepada Faiz. Hal ini membuatkan Farhan bertambah gugup.

Bayang Faiz menghampiri ke arahnya semakin kelihatan.

"Woi! Woi! Farhan cepat ambik!" Kata Faiz yang sudah hampir dengannya.

Rumah sukan lain sudah jauh meninggalkan mereka.

"Ah! Bedal jelah!" Bisik Farhan sendiri. Kayu baton sudah bertukar tangan berdesup Farhan berlari sekuat hati.

Seakan tidak percaya, sekejap sahaja Farhan sudah dapat memintas rumah sukan lain. Semua orang tercenggang. Biar betul? Farhan si ulat buku itu boleh lari selaju ini?

"Fuh! Rafiq! Aku boleh buat! Arghhh!" Laung Farhan dari jauh.

"Farhan! Cepat! Kau boleh!" Jerit Rafiq dari jauh sambil tersenyum.

Rafiq sudah melompat-lompat dari jauh memanaskan badannya kerana tak sabar nak menang nanti.

"Narhhhh!" Farhan menyerahkan baton itu kepada Rafiq.

"Thanks!" Ucap Rafiq sebelum lari berdesup meninggalkan Farhan di belakang.

Farhan terus tersembah ke tanah. Nafasnya jadi gila Naik turun. Matanya dipejamkan serapat mungkin.

"Argh!" Dia menjerit puas. Seolah-olah segala bebannya hilang. Setelah beberapa saat bunyi wisel ditiup menandakan pertandingan sudah tamat.

Farhan bingkas bangun lantas tersenyum manis.

"Wohoo! Gold medal! Yes!" Soraknya seorang diri di tengah padang.

~~~~~•~~~~~

Acara tarik tali akhir akan berlangsung tetapi Farhan langsung tidak berminat untuk melihat. Cukup-cukuplah hari ini mukanya dah sun burn. Habis merah-merah kulitnya.

Dia hanya duduk terbaring di dataran ceria seorang diri manakala semua orang berada di tengah padang tengah bersorak kuat menyaksikan acara tarik tali tersebut.

Tiba-tiba sahaja dia terasa seperti ada seseorang sedang menguis pipinya. Pantas dia membuka mata kembali. Dalam samar-samar jelas kelihatan wajah Rafiq sambil ketawa ke arahnya.

"Hm, nak apa gila. aku penat ni." Balas Farhan dingin.

"Alah, baru masuk satu acara dah kata penat." Sindir Rafiq lantas dia duduk bersila sambil memandang ke arah Farhan yang tengah sedap terbaring di atas lantai simen sejuk beralaskan beg sekolahnya sahaja sebagai bantal.

"Kau lain, aku lain." Balas Farhan seraya kembali memejam matanya kembali.

"Thanks." Ucap Rafiq perlahan.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now