49

311 24 1
                                    

Tubuh Farhan terbujur kaku diletakkan di hadapan ruang tamu. Orang ramai mula mengelilingi tubuh kakunya itu dengan perasaan sedih dan sebak.

Ibunya sudah menangis teresak-esak dari jauh. Tak kuat ibunya ingin melihat tubuh anaknya yang sudah siap dikafankan.

Walaupun wajahnya pucat, namun ada segaris senyuman di bibirnya seolah-olah dia sudah nampak bayangan Syurga yang akan menantinya nanti.

Kawan-kawan sekolahnya juga mula mengelilingi tubuhnya. Mereka semua batalkan niat untuk keluar beraya memandangkan kawan persekolahan mereka meninggal dunia pada malam raya secara tiba-tiba.

Sufi juga sudah tidak mampu menahan rasa sebak. Baru sahaja semalam dia keluar bersama Farhan memilih baju melayu untuknya. Tak sangka, rupanya semalam adalah kali terakhir dia dapat bercakap dengan Farhan.

Tak sangka, semua ini berlaku secara mengejut.

Mereka semua sudah berbincang sepakat kata bahawa mereka akan solat jenazah bersama-sama sebagai hadiah kenangan terakhir untuk Farhan daripada kawan-kawannya dan juga mereka akan mengusung keranda jenazah Farhan hingga ke tanah perkuburan.

Suasana sepi seketika.

-

Tiba-tiba sahaja wajah Rafiq jelas terpampang di hadapan pintu masuk. Matanya tepat memandang tubuh Farhan yang sudah terbaring kaku di atas tilam nipis.

"Farhan!" Laung Rafiq sekuat hati.

Terus Rafiq berlari untuk mendapatkan tubuh Farhan sepantas mungkin.

Sebaik sahaja Rafiq mendapatkan tubuh Farhan, terus dia memeluk sekuat yang mungkin sambil menangis teresak-esak di sisi tubuh kaku itu.

"Farhan, maafkan aku Farhan. Aku banyak dosa dengan kau. Aku banyak sakitkan hati kau. Maafkan aku Farhan.. Farhan jangan tinggalkan aku, Farhan.. jangan tinggalkan aku." Ucap Rafiq seraya menangis di sisi Farhan.

Sufi tersenyum sinis melihat Rafiq yang menangis di sisi Farhan itu.

"Hah, dia dah tak ada kau baru nak rasa menyesal? Dah tak gunalah wey, dia dah tak ada baru kau nak datang minta maaf? Macam ni ke kawan?!" Marah Sufi seraya melemparkan pandangannya ke arah lain.

Kawan-kawannya yang lain cuba menenangkan Sufi agar tidak berlakunya pergaduhan di situ.

Rafiq terdiam sejenak selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Sufi tadi.

Rafiq mengesat air matanya. Dia cuba untuk mengabaikan kata-kata Sufi sebentar tadi. Matanya tepat sahaja memandang ke arah tubuh Farhan yang terbaring kaku itu.

"Farhan maafkan aku.. tolong Farhan jangan tinggalkan aku. Aku janji, aku takkan tinggalkan kau lagi. Aku janji.."

"Farhan, maafkan aku.."

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now