8

539 32 0
                                    

Waktu rehat sudah bermula semua pelajar sudah menuju ke kantin untuk mengisi perut mereka yang lapar kecuali Farhan. Dia terpaksa menahan rasa lapar semata-mata untuk menjalankan tugasnya sebagai bendahari rumah sukan Harmoni.

Kertas putih yang berada di tangannya itu dipandang sepi. Bosan asyik muka dia je kena jadi kuli. Dia pun nak belajar nak pergi rehat macam budak lain tetapi kerana tugas yang tidak terpikul itu dan dia terpaksa korbankan masanya untuk lakukan benda-benda seperti ini. Haish...

Kadang-kadang ketika waktu belajar dia tiada di dalam kelas selepas itu, dia kena denda pulak sebab tak masuk kelas. Hqmm, Farhan hanya mampu bersabar sahaja kerana ini tahun akhir dia berada di sekolah ini.

"Woi!" Jerkah satu suara.

Farhan tersentak dari lamunan yang panjang sampai kertas di tangannya itu terjatuh ke lantai. Terus dia mengetuk kepala orang yang menjerkahnya sebentar tadi dengan pantas secara spontan kerana tindakkan refleks.

"Aduh!" Lelaki tadi itu mengaduh sakit sambil menggosok kepalanya.

Farhan hanya buat muka kosong. Langsung tidak hirau dengan orang yang tengah sakit kepala tu.

"Asal kau ketuk kepala aku?" Marah Rafiq sambil masih menggosok-gosok kepalanya yang masih berdenyut kuat itu.

"Padanlah dengan muka kau." Balas Farhan sambil mengengam kertas putih itu kembali yang sudah hampir renyuk.

"Alah sorrylah. Aku gurau je tadi tu. Kau ni suka moody macam perempuanlah."

"Ha! Ha! Lawak sangat. Aku penat kau tahu tak? Dari pagi aku tak masuk kelas?" Kata Farhan sambil buat muka bosan.

"Eh, bestlah macam tu." Kata Rafiq selamba.

Farhan hanya mendecit sambil menjeling muka sahabat baiknya itu.

"Haha, sorrylah. Aku gurau je."

Farhan hanya terdiam.

"Meh aku tolong temankan kau."

"Eleh, kau nak ponteng kelaskan? Baik mengaku." Kata Farhan sambil tersenyum ada makna.

"Ish, taklah. Lepas habis waktu rehat aku masuklah kelas aku balik." Kata Rafiq sambil mengerutkan dahinya.

"Betul ni?" Farhan masih ragu-ragu.

"Betul. Cepatlah nanti habis pulak waktu rehat." Kata Rafiq lagi.

"Okaylah. Ni list nama-nama ahli rumah sukan Harmoni untuk pelajar sesi pagi. Kita cari ni je dulu, yang sesi petang lepas balik waktu sekolah baru kita cari." Terang Farhan dengan terperinci.

"Jadi kita cari yang budak sekolah pagi dululah kan?" Tanya Rafiq.

"Yalah." Kata Farhan sambil buat muka bosan.

"Tapi macam mana nak cari? Tak semua ada dekat kantin? Aduh peningnya." Tanya Rafiq sambil menggaru-garu kepalanya.

"Hah! Tahu pun kerja aku ni susahkan? Kau tu pengerusi tapi kerja aku lagi susah kot!"

"Alah, takpe. Kita buat slow-slow." Kata Rafiq sambil cuba menenangkan Farhan kembali sebab dia yang cadangkan nama Farhan sebagai bendahari.

"Untuk sesi petang kau ikut aku jugak okay tak ikut siap kau!" Kata Farhan sambil jari telunjuknya tepat terarah ke arah batang hidung Rafiq yang mancung itu.

"Hee, yalah. Aku tolong." Kata Rafiq sambil tersenyum sumbing.

****

"Ya Allah! Boleh patah dua pinggang aku kalau hari-hari macam ni!" Farhan mengeluh seorang diri sambil terus mencampakkan tubuhnya di atas sofa yang berada di dalam perpustakaan itu. Dia mengerling ke arah jam. Sudah pukul 4.30 petang tapi dia masih belum pulang. Nasib tadi Rafiq beli nasi goreng ayam dua bungkus dan teh tarik untuknya tadi. Habis dua bungkus nasi itu dalam sekelip mata sebab dia betul-betul lapar.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now