50

357 30 5
                                    

Tok! Tok!

"Farhan.. bangun Farhan.. Haih, apa ni ibu kejut dari subuh tadi tak bangun-bangun. Tidur mati ke? Bangun Farhan, dah pukul 8.30 pagi ni!"

Perlahan-lahan Farhan membuka kelopak matanya. Dia memandang ke kiri dan ke kanan sambil mengosok-gosok kelopak mata.

'Aku tertidur atas tikar sejadah ke semalam?' Getus hatinya sendiri.

"Farhan.. Bangun.." Ibunya masih lagi memanggil anaknya.

"Ya, ibu Farhan dah bangun ni." Balas Farhan dengan suara serak-serak.

"Haa, bangun pun. Orang lain dah sembahyang raya dah pun. Boleh pulak dia tak pergi. Haiyaa.. Dah pergi mandi, bersiap orang nak beraya ni." Pesan ibunya lagi.

"Hah? Terlepas?" Segera Farhan memandang jam di dinding dengan mulut separuh terbuka.

"Alamak.. ni mesti punca aku tidur lambat semalam. Kira subuh pun aku terlepaslah ni. Aduh, kenapalah tahun ni teruk sangat aku ni? Puasa pun tak full." Farhan mengomel pada dirinya sendiri.

"Baik ibu!" Laungnya dari dalam bilik.

Tikar sejadah di lipat kembali, lalu dia duduk di atas birai katil sambil berfikir sejenak. Terkebil-kebil kelopak matanya terkelip-kelip.

"Haish, seram betul mimpi aku semalam tu. Rasa macam real pulak." Farhan terbayang kembali mimpinya semalam.

Semuanya masih dia ingin dengan terperinci. Wajah Rafiq juga jelas dalam mimpinya. Dia pula sudah terbujur kaku sambil disaksikan orang ramai.

"Fushh.."

Farhan mengembuskan nafasnya.

"Hmm, nasib baik tu mimpi je, tapi rasa macam betul lah." Matanya terarah ke arah kiri sambil otaknya tidak henti memikirkan mimpi semalam.

"Ah, takde apalah tu. Mimpi je." Ucap Farhan sekadar menyedapkan hatinya kembali lantas, dia terus mencapai kain tualanya yang masih lembab itu dan masuk ke dalam kamar mandi dengan kadar segera kerana lepas ni dia nak pergi tempat lain pula.

•••

Farhan sudah siap memakai baju melayu cekak musang berwarna merah hati dan dikenakan pula dengan sampin berwarna emas.

Jam tangan berwarna putih dan gelang yang dibelinya semalam dikenakan pada tangan belah kanan. Maklumlah, Farhan ni seorang yang bertangan kidal jadi dia lebih sedap pakai jam pada tangan kanan.

Dia tersenyum seketika. Wajahnya juga diletakkan sunscreen lebih sedikit dari hari biasa sebagai pelindung cahaya matahari sebab hari ni dia rasa macam akan terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama nanti.

Selepas diletakkan sunscreen, dia letakkan pula sedikit bedak jenama Pixy code Natural Beige dan pelembab bibir perisa cherry pada bibirnya. Semua itu dia beli di Drugstore Watson.

Memang setiap hari dia akan lakukan rutin ini termasuklah masa di nak pergi ke sekolah. Kemas orangnya Farhan ini. Suka dan pandai bergaya. Paras rupa juga dia akan jaga seboleh-bolehnya.

Bila malam pula, dia akan membersihkan dahulu mukanya dengan make-up remover sebelum mencuci muka dengan sabun pencuci muka kerana kalau pakai pencuci muka sahaja tak bersih. Jadi dia akan cuci mukanya dua kali iaitu mengunakan make-up remover dan bilaa pula dengan sabun pencuci muka jenama Simple. Semua itu juga dia beli di Drugstore Watson.

Step yang mudah.

Masa nak tidur pula dia akan sapukan toner dan pelembab wajah jenama Simple juga. Sebab itulah wajahnya bersih dan tampak segar sahaja setiap hari.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now