44

312 21 0
                                    

Mereka berdua masih lagi berada di atas motosikal walaupun sudah lima minit masa berlalu. Laju juga Sufi merempit pada malam raya macam ni. 

Farhan memang tak henti-henti mengucap dalam hati tadi sebab takut pulak tak sempat nak raya esok.

Tapi sempat lagilah Farhan meneliti keindahan malam raya. Setiap rumah orang terang benderang di hiasi dengan lampu kelip-kelip dan pelita.

Anak-anak kecil juga asyik bermain bunga api di halaman rumah. Kereta-kereta pula penuh bersusun di halaman rumah.

Angin malam raya pula lembut menepuk wajah Farhan. Sungguh sejuk dan segar!

Tidak lama selepas itu, Sufi memperlahankan pemanduannya.

"Farhan, kita singgah sini kejap." Sufi bersuara setelah lama berada di atas motosikal.

"Eh, tempat apa ni?" Soal Farhan sambil mengerutkan dahinya.

"Takkan tahu kot ni tempat apa?" Balas Sufi sambil tersenyum.

Perlahan-lahan Sufi memperlahankan motosikalnya.

"Dah turun." Arah Sufi seraya membuka helmentnya.

Farhan ikutkan sahaja kata Sufi tadi seraya membuka helmetnya dan dahi Farhan masih berkerut.

"Kau nak buat apa kat tempat ni, dengan pintu tertutup bagai?" Soal Farhan lagi masih tak berpuas hati.

"Jom ikut aku." Kata Sufi sambil menarik tangan Farhan dengan selamba.

"Eh, tak nak lah aku. Aku nak balik." Farhan cuba untuk melepaskan tangannya dari Sufi.

"Alah, ikut je. Jangan takutlah. Aku bukan nak buat apa-apa pun dekat kau." Balas Sufi sambil sambung menarik tangan Farhan.

Tak semena-mena Farhan ikutkan sahaja kehendak Sufi. Mereka berdua berdiri di hadapan sebuah rumah kedai yang sudah ditutup pintu dan tingkapnya.

"Kedai ni dah tutuplah. Kau nak buat apa dekat sini?" Farhan masih lagi tertanya-tanya.

"Kau tunggu je." Balas Sufi sambil membuka pintu kedai itu.

KLINGG..

"Oh my.." Farhan seakan-akan sudah hilang kata-katanya.

"Dah cepat masuk." Arah Sufi sambil membuka seliparnya. Sufi ni suka sangat mengarah orang kan?

Terbeliak mata Farhan melihat isi di dalam kedai itu. Rupa-rupanya ini kedai gunting rambut melayu. Tapi kenapa tutup pintu, tingkap bagai? 

Penuh di dalam kedai gunting rambut itu dengan kawan-kawan sekolahnya sedang menunggu giliran untuk memotong rambut. Sambil-sambil menunggu, mereka bermain game dahulu.

Sebaik sahaja mereka lihat wajah Sufi, terus mereka menyambut dengan hati yang gembira. Farhan pula berdiri di sisi Sufi. Malu.

"Sufi, seriuslah?" Bisik Farhan pada Sufi.

"Serius? Apa yang serius?" Sufi tak faham dengan maksud Farhan. Keningnya berkerut.

"Seriuslah ni kedai gunting rambut? Kenapa tadi kat luar gelap semacam je? dengan pintu tingkap tertutup? Macam markas dadah je aku tengok tadi."

Sufi ketawa berdekah-dekah.

"Aduh, ini kedai gunting rambut Aiman lah. Takkan tak pernah pergi." Balas Sufi dengan sisa ketawa masih terlekat.

Farhan terjeda seketika sambil bebola matanya terbeliak besar. Sekarang barulah otaknya dapat mencerna segalanya.

"Serius ini kedai gunting rambut Aiman? Allah, aku ingatkan dia dah tutup kedai tu. Tak tahu dia buka dekat sini pulak."

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now