54

328 26 0
                                    

Malam telah pun menjelmakan diri. Mereka masih lagi tidak penat dan masih lagi tidak puas beraya malah, disambung sampai malam pula. Jam sudah tepat pukul sembilan malam.

Mereka sambung bermain bunga api di luar rumah Izah pula. Walaupun mereka berlainan kelas, tetapi mereka tetap sekampung.

Kawan-kawan persekolahannya juga makin ramai yang datang memenuhi laman rumah. Dekat-dekat dua puluh orang yang datang untuk memeriahkan suasana. Jelas kedengaran bunyi mercun sana sini diletopkan oleh budak-budak lelaki. Perangai tak ubah macam budak sekolah rendah padahal dah tujuh belas tahun.

Farhan duduk seorang diri di kawasan yang terpencil di satu sudut halaman rumah Izah, hanya ada dia sahaja duduk di situ sambil bermain bunga api dan ditemani dengan sebuah pelita.

Kawan-kawannya yang lain bermain secara beramai-ramai. Farhan pula lebih selesa bermain seorang diri. Ceria sahaja wajah Farhan ketika bermain bunga api di luar walaupun dia duduk menyediri seorang diri. Dia perhatikan sahaja bunga api di tangannya sampai ia terpadam.

"Alah, dah terpadam." Muka Farhan bertukar sedih. Sudah lima batang bunga api dimainkan olehnya.

"Nah." Rafiq mengulurkan sebatang bunga api kepada Farhan sambil tersenyum.

Farhan tersentak sejurus sahaja Rafiq mengulurkan sebatang bunga api kepadanya.

"Thanks." Ucap Farhan sambil tersenyum. Kini, bunga api itu sudah bertukar tangan. Farhan terus membakar bunga api tersebut l, lalu ia menyala dengan terang sekali.

Farhan dan Rafiq melihat sahaja bunga api itu terbakar sambil mencangkung di atas rumput karpet. Mulut masing-masing mengukirkan senyuman.

"Aku harap persahabatan kita takkan jadi macam bunga api ni." Kata Farhan secara tiba-tiba.

"Maksud kau?" Soal Rafiq kembali perlahan.

"Maksud aku, aku tak nak persahabatan kita jadi macam bunga api ni. Indah pada mulanya, tapi hujung-hujung makin malap makin suram. Lama-lama habis terbakar dan terus dibuang. Macam kau buang aku." Balas Farhan dengan sedikit sinis di hujungnya.

Rafiq agak terasa dengan apa yang diluahkan oleh Farhan tadi, tapi memang itu salahnya. Dia sedar. Jadi, dia tidak kisah jika Farhan marah padanya.

"Farhan, aku minta maaf selepas apa yang aku buat ni dekat kau. Maafkan aku. Aku dah lukakan kau, aku dah lukakan hati kau." Ucap Rafiq dengan bernada sebak. Bekas luka di dahi Farhan di perhatikan olehnya lama.

Farhan hanya terdiam.

Perlahan-lahan tangan Rafiq cuba ingin menyentuh kesan luka itu. Sebaik sahaja Rafiq menyentuh kesan luka itu, terus dia mengusap perlahan-lahan. Luka ini hasil dari dia memukul Farhan, hasil dia tidak dapat menahan rasa marah. Jadi, inilah hasilnya. Sakitkan orang yang dia sayangi.

Farhan membiarkan sahaja Rafiq menyentuh kesan luka itu tanpa berkata sepatah pun. Dia teruskan sahaja bermain bunga api itu sampai ia terpadam.

"Maaf, aku yang buat ni." Ucap Rafiq perlahan seraya menarik kembali tangannya perlahan-lahan.

Farhan tersenyum seketika.

"Benda dah jadi Rafiq, takpe. Aku maafkan kau. Aku tak pernah marahkan kau. Aku anggap kau macam abang aku sendiri. Aku cuma minta satu je, kau jangan tinggalkan aku lagi. Tolonglah Rafiq. Aku sunyi."

Rafiq mengangguk. Sebecis senyuman dihadiahkan oleh Rafiq kepada Farhan.

"Aku tak berani janji, tapi kalau diizinkan Allah. Aku akan tetap jadi kawan dan abang kau sampai bila-bila." Balas Rafiq dengan nada bertukar sebak.

Farhan tersenyum seraya terus memeluk tubuh Rafiq dengan sangat lama. Dia mahu melepaskan rindunya selama ini yang sudah tidak dapat disimpan lagi olehnya.

Rafiq membalas pelukkan Farhan sambil memejamkam matanya dengan rapat. Suasana bertukar sayu. Selepas beberapa saat, pelukkan dilepaskan.

"Terima kasih sudi hadir dalam hidup aku, sudi jadi kawan aku, jadi abang terbaik yang pernah aku ada." Ucap Farhan separuh berbisik sambil memandang muka Rafiq dengan wajah redup.

"Ya, maafkan aku atas apa yang aku dah buat dekat kau selama ni. Maafkan aku." Balas Rafiq turut berbisik seperti Farhan.

"Rafiq, aku harap sampai syurga kau akan tetap jadi kawan aku. Aku taknak orang lain selain kau." Ucap Farhan dengan senyuman indah.

"Amin." Rafiq mengaminkan sahaja kata-kata Farhan umpama ia sebuah doa.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now