5

632 40 3
                                    

Pagi sabtu...

Farhan masih lagi menanti kehadiran Rafiq. Dia masih belum lagi berputus asa.

Dia mengerling ke arah jam yang terletak di dinding kelasnya itu.

Lagi lima minit mahu pukul 10 pagi. Tetapi, bayang-bayang Rafiq langsung tidak kelihatan.
Farhan bersandar di pintu hadapan kelasnya masih lagi menunggu, dan menunggu.

Mereka semua masih belum mulakan study group kerana Farhan menyuruh mereka semua menunggu Rafiq.

"Haih, dia marah aku lagi ke?" Farhan mengerutkan dahinya. Sejak semalam dia tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan kejadian kelmarin.

Sekarang dia rasa sangat mengantuk. Habis matanya jadi seperti Kung Fu Panda kerana tidak dapat tidur.

"Argh! Mana boyfriend kau ni Farhan... Aduh..." Jerit Amyra dengan kasar seperti jantan.

Terlopong mulut Farhan dibuatnya sebaik sahaja mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Amyra.

"Apa kau cakap Amy? Haish... Kau ni gila ke apa aku nak suka kat dia? Dia tu lelakilah." Marah Farhan.

"Yelah, kau pergi mana-mana mesti dia ada sekali dengan kau. Dah macam sweet couple kot. Haha..."

Farhan mendengus kasar.

"Ergh... Aku dan dia tu kawanlah. Dah macam adik-beradik dah pun. Korang janganlah salah faham." Farhan menggeleng-gelengkan kepala kerana orang menyalah tafsir hubungan akhrab mereka berdua itu. Ya, memang mereka terlalu rapat tetapi tidaklah macam pasangan kekasih. Kalau Rafiq dengar ni mesti dia gelak aje. Masuk air betul.

"Sabarlah Amy... Sekajap lagi sampai lah tu." Kata Sofia dengan lemah-lembut. Rupanya persis seperti seorang ustazah. Dengan tudung labuhnya, berbaju menutup aurat mengikut syarak. Beginilah cita rasa Farhan. Tidaklah seperti Dania. Tergesel-gesel macam kucing parsi.

"Ah, kalau lagi sepuluh minit dia tak datang aku nak baliklah. Dahla kacau hari cuti aku. Baru nak senang-senang goyang kaki kat rumah." Kata Amyra dengan angkuh.

Tidak sedar diri mahu mengambil peperiksaan besar tahun ni. Masih lagi nak relaks-relaks macam tak ada apa yang akan berlaku.

"Suka hati kaulah Amyra..." Kata Farhan perlahan. Farhan terus pergi ke hujung kelas sambil melihat ke luar tingkap. Dia hanya diam sambil termenung.

"Hai semua." Sampuk satu suara.

Susuk tubuh itu sedang bersandar di tepi pintu dan di belakangnya ada lagi dua orang sedang berdiri.

Farhan memandang Rafiq dari atas sehingga ke bawah. Rafiq memakai pakaian bola sepak pasukan sekolah serba lengkap yang kelihatan lembab. Mungkin kesan peluhnya.

Rafiq datang dekat dengan mereka lantas dia memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Peluhnya terperecik ke merata tempat.

Amyra dengan budak perempuan yang lain menjerit kegelian.

"Eii, pengotornya kau ni. Gelilah!" Tempit Amyra. Dia menjauhi sedikit dengan Rafiq sambil menutup hidung. Mungkin berbau busuk baginya.

"Kau ni ganaslah Amyra. Cubalah jadi macam Sofia, macam Zia. Ayu aje. Haha..."

Sofia dan Zia hanya membalas senyuman Rafiq. Di sekolah ini merekalah antaranya bukan peminat Rafiq. Sebab itulah Farhan berani mengajak mereka. Budak lelaki lagi dua orang hanya bermain telefon pintar masing-masing. Tidak hiraukan kehadiran Rafiq dan dua orang lagi rakannya.

Farhan tersenyum kelat, sambil mendekati Rafiq. Rafiq memandang ke arah Farhan sambil tersenyum seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku.

"Nah." Farhan menghulurkan kain tuala kecil berwarna putih kepada Rafiq.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now