53

338 21 2
                                    

"Hai, korang!" Ucap Rafiq kepada kawan-kawannya yang asyik beraya selepas solat Jumaat. Kini, Farhan dan Rafiq berdiri di luar rumah Banglo milik keluarga Izah kerana belum dipelawa masuk oleh tuan rumah.

"Eh, Rafiq, Farhan. Asal lambat? Jemputlah masuk weh!" Pelawa Izah di hadapan pintu rumah dengan mesra.

Semua mata di ruang tamu itu tergamam melihat dua orang yang baru masuk ke dalam rumah Izah datang tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu. Sufi yang baru sahaja nak menyuapkan kuih samprit ke dalam mulutnya terus kuih raya itu terjatuh dari tangannya. Tidak sangka niatnya pagi benar-benar menjadi.

"Rafiq! Farhan!" Sorak mereka secara serentak. Semua orang menyerbu ke arah mereka berdua untuk menyambut dengan mesra. Kawankan? Mestilah kena layan dengan baik.

Farhan dan Rafiq saling berpandangan antara satu sama lain, lantas mereka berdua ketawa sesama mereka apabila melihat reaksi kawan-kawannya itu.
Sufi dan kawan-kawan lelakinya terus datang menerpa ke arah mereka berdua dan berpeluk sekuat hati.

"Arghh! Farhan, Rafiq. Rindunya!" Ucap Sufi kerana Sufi sahaja yang tahu bahawa Rafiq dan Farhan bergaduh, tapi rahsia tetap rahsia.

"Asal tak join kami beraya dari pagi tadi? Dah beribu gambar kami selfie, OOTD tadi. Korang dua orang lambatlah." Ucap Izah sambil membetulkan tudungnya.

"Pagi tadi ada hal sikit, aku pergi kubur dulu lepas tu terus pergi solat Jumaat." Terang Farhan dengan nada sopan dan lemah lembut, seolah-olah bukan Farhan yang mereka kenal.

"Eh, tadi dekat masjid tak nampak pun muka korang. Korang tak pergi solat Jumaat ke?" Soal Rafiq dengan wajah kehairanan.

Tiba-tiba orang-orang di dalam rumah itu tersentak dan terdiam sesaat. Mereka saling berpandangan sesama mereka.

"Eh, korang yang lelaki ni, yang dari tadi duduk rumah aku tak pergi solat Jumaat ke?!" Kata Izah mula tersentak apabila dia perasan budak lelaki yang dari tadi duduk beraya rumah dia yang tak reti nak balik ni tak pergi solat Jumaat.

Budak lelaki yang lain masing-masing terdiam. Ada juga yang menggaru-garu kepala tidak tahu ingin menjawab apa.

"Hah! Jawablah!" Marah Amyra pula sambil mencekak pinggang. Tak malu betul Amyra ni tinggikan suara dekat rumah orang. Nasib adik-beradik Izah tak ada sebab pergi beraya dekat rumah orang lain.

"Err.. Kami terlupa harini hari Jumaat. Seronok sangat beraya sampai terlupa. Hehe." Balas Sufi sebagai wakil untuk beberapa orang kawan lelaki di belakangnya yang sudah mengunci mulut.

"Hargh.. Apalah." Sambung Amyra lagi sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Tapi tak boleh salahkan dia orang juga Amyra, kita pun terlupa harini hari Jumaatkan?" Kata Izah yang mula boleh berfikiran rasional.

Amyra mula terdiam.

Sufi menjelirkan lidah kepada Amyra. Amyra mula menyinga menahan rasa marah. Nasib ini rumah orang sahaja dia kena jaga perangai.

"Rafiq, Farhan jemputlah makan. Macam-macam ada ni haa ketupat, lontong, lemang semua ada. Nak ambil je dekat atas meja tu haa." Pelawa Izah sebagai tuan rumah.

Mereka semua mula melangkah pergi di ruang tamu untuk menonton kembali program hari raya yang ditayangkan di kaca TV.

Rafiq dan Farhan hanya mengangguk. Ini kali pertama mereka masuk ke dalam satu-satunya rumah banglo di dalam kampung ini iaitu banglo milik keluarga Izah. Izah ini anak orang kaya walaupun ayahnya hanya pengusaha ladang kelapa sawit dan pengusaha sawah padi tapi hidup mereka cukup mewah. Mana tidaknya, setiap tahun 250k masuk ke dalam akaun bank.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now