10

480 36 1
                                    

Farhan sudah memakirkan motosikal skuternya tepat di halaman rumah nenek Rafiq. Rafiq nampaknya masih tidak keluar dari rumah. Farhan tercari-cari kelibat Rafiq tetapi masih juga tidak kelihatan.

Pin! Pin! - Farhan menekan hon motosikalnya.

"Assalamualaikum, Rafiq! Cepatlah keluar." Kata Farhan dari luar. Nyamuk mula datang untuk menggigit kulitnya.

"Huarghhhh!!!" Jerkah satu suara dari belakang Farhan.

"Ahhh!!!" Farhan menjerit ketakutan.

"Hahaha!" Rafiq ketawa kuat sambil sudah duduk di tempat duduk belakang.

"Rafiq!!!"

"Haha, sorry." Kata Rafiq dengan sisa ketawanya.

"Kau memang nak tengok aku mati kan? Suka usik aku." Kata Farhan dengan nada serius.

"Ish, mana ada. Cubit sikit pipi tu." Kata Rafiq sambil mencubit kedua belah pipi kawannya itu.

"Auch, sakitlah."

"Dahlah. Sekarang dah pukul berapa tak sabar aku nak tengok dangdut." Kata Rafiq yang mengenakan baju lengan pendek berwarna putih berbelang merah itu.

"Hish, yalah." Kata Farhan sambil memperbetulkan baju sejuknya. Enjin motosikalnya dihidupkan kembali.

Dalam beberapa saat bayang mereka hilang ditelan kegelapan malam.

~~~~~•~~~~~

"Fuyo. Meriah gila weh malam ni. Ramai orang macam pentas pertandingan yang masuk TV tu pulak rasa." Kata Farhan agak terkejut. Ini kali pertama dia tengok pertandingan dangdut di kampungnya ini.

"Pertandingan Dangdut Daerah Parit Buntar. Wah. nama pertandingan gempak bukan main." Kata Rafiq yang sudah turun dari motosikal. Seluar jeans berwarna hitam itu ditepuknya perlahan supaya hilang sedikit kedutan.

Farhan mencabut kunci motosikalnya lalu di simpan ke dalam poket seluarnya.

"Dahlah weh. Takkan nak tercegat kat sini je. Jomlah." Ajak Farhan.

Rafiq mengikuti sahaja gerak-geri Farhan dari belakang lantas mereka masuk ke kedai makan Kak Milah Tonggek yang viral baru-baru ini. Kedai yang diperbuat dari buluh itu terapung di atas air laut sebab itulah viral.

"Wah, datang pun korang kan." Sapa satu suara.

Mata Rafiq dan Farhan membutang setelah melihat penampilan Kak Milah Tonggek yang lain macam pada malam ini. Mereka terkejut lihat Kak Milah Tonggek hari ini kerana Kak Milah itu berhias sehabis mungkin dengan rambut palsunya, kasut tumit tinggi warna rose gold kain skirt panjangnya pula penuh dengan labuci. Bajunya jangan disangkal lagi penuh dengan renda-renda macam kain langsir.

"Wah Kak Milah lawanya macam Ramlah Ram." Usik Farhan sambil tersenyum.

"Haha cantik ke? Biasa je ni selalu vouge lagi ni. Malam spesial macam ni kenalah pakai lain daripada yang lain sikit. Kan?"

"Haah, errr... itulah." Farhan mengiyakan sahaja.

"Kak Milah kata nak belanja. Betul ke?" Rafiq pula bersuara.

"Yalah. Cakap je nak makan apa."

"Mee udang viral Kak Milah tu ada lagi ke? Nak yang tu." Kata Rafiq mula menelan liur.

"Eh, ada. Mestilah ada. Itu wajib ada tu. Kalau tak ada mee viral malam ni mati Kak Milah." Kata Kak Milah tonggek sambil memegang rambut palsunya.

"Haa, kami nak tu dua. Air bagi sirau limau gelas besar dua jugak." Kata Rafiq membuat pesanan.

"Ha okay. Itu je kan?" Tanya Kak Milah Tonggek kembali.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now