51

332 24 1
                                    

Farhan duduk di atas kitar kecil sambil tangannya mengusap perlahan batu nisan yang berada di hadapannya itu.

Tersedu-sedu Farhan cuba untuk tidak menangis di situ. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menangis.

Ramai juga yang datang menziarah ahli keluarga mereka yang sudah lama pergi meninggal dunia. Waktu pula sudah lebih pada pukul sembilan pagi.

Semua orang datang dengan ahli keluarga masing-masing. Farhan sahaja nampaknya yang datang seorang diri.

Sesekali ada juga orang yang memerhati ke arahnya. Kasihan orang melihat Farhan datang menziarah kubur seorang diri.

"Abah, Farhan tahun ni dah 17 tahun. Farhan dah nak SPM tahun ni. Farhan rindu dengan abah. Farhan rindu nak mengadu dengan abah. Farhan rindu nak naik motor dengan abah macam dulu-dulu. Balik sekolah abah suka beli mainan dekat Farhan. Abah, baliklah.. Farhan rindu sangat ni." Ucapnya seorang diri sambil matanya kabur memandang pusara usang itu.

Farhan mengambil sehelai tisu lalu dia mengelap air matanya. Tidak lama selepas itu dia tersenyum pula tanpa sebab.

"Farhan tahu.. Abah bahagia dekat sana sebab tu abah tinggalkan Farhan awal. Patutnya Farhan yang pergi dulu sebelum abah. Farhan banyak dosa dengan semua orang, termasuk abah. Farhan minta maaf." Farhan tersenyum.

Dalam beberapa saat, kenangan dia bersama ayahnya bermain lagi di minda.

"Abah, Farhan pergi dulu nanti Farhan datang lagi. Farhan pakai baju melayu warna merah ni. Cantikkan? Biasalah, Farhan dah besar, dah handsome sekarang ikut ayah. Haha.." Farhan cuba bergurau dengan kubur tak bernyawa itu.

Dia rindu nak bergurau dengan ayahnya lagi. Biarlah orang kata dia gila ketawa seorang diri di situ. Apa yang dia tahu, dia rindu sangat dengan arwah ayahnya.

Selain Rafiq, arwah ayahnya sahajalah yang faham dengan perangainya. Kini, Farhan sendiri. Tiada siapa lagi yang mahu melayan perangai panas baran dia ini.

"Abah, Assalamualaikum.. Farhan pergi dulu." Ucap Farhan seraya mencium batu nisan itu seolah-olah mencium tangan ayahnya.

Perlahan-lahan Farhan bangun dari tempat itu dengan semangat yang lemah. Farhan memejamkan matanya sambil cuba untuk menahan rasa sebak. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lantas, dia mengembuskannya keluar.

Farhan mula melangkah pergi dari situ sambil memerhatikan keadaan keseliling. Semua orang di situ kelihatan bersedih dengan pemergian orang yang meraka sayangi, begitu jugalah Farhan.

Tiba-tiba kaki Farhan terhenti dari melangkah. Mukanya tepat terarah ke arah seseorang yang sedang melawat pusara dari jauh.

Farhan mengecilkan matanya kerana cuba untuk menfokuskan ke arah dia tujukan itu takut-takut tersalah orang pula nanti.

Selepas beberapa saat, dia mula yakin dengan apa yang dia lihat.

"Rafiq.." Ucap Farhan perlahan.

Dia melihat Rafiq sedang membaca Surah Yassin di hadapan kubur arwah ayah dan ibunya dengan tekun sekali.

Tiba-tiba hati Farhan tersentuh.

Nampaknya, Rafiq lebih malang daripadanya. Dia kehilangan kedua orang tuanya yang tersayang tambahan pula terpisah dengan adik kandungnya sendiri yang bernama Doris.

Farhan menggigit bawah bibirnya. Rafiq nampaknya seakan-akan perlukan seseorang untuk menemaninya di situ.

Farhan perlahan-lahan melangkah ke arah Rafiq dengan rasa teragak-agak tetapi gagahkan juga kakinya untuk melangkah pergi ke arah Rafiq yang berada beberapa meter jauh darinya.

Tiba-tiba Rafiq mengangkat wajahnya, lalu diarahkan ke arah Farhan setelah dia perasan seperti ada orang sedang menuju ke arahnya dari jauh.

Langkah kaki Farhan mati.

Mereka berdua terjeda dan saling berpandangan dengan sangat lama dari jarak jauh. Farhan mula menelan liur manakala Rafiq pula menutup buku Yassin-nya.

Mereka masih lagi bertentang mata.

Setelah beberapa saat, Farhan tersentak lalu dia berpatah balik dan terus membatalkan niatnya untuk menuju ke arah Rafiq. Lantas, dia terus berlalu pergi dari tanah perkuburan itu dengan perasaan bercampur-baur.

"Haish.." Farhan mengeluh sambil melemparkan pandangan matanya ke arah lain. Kakinya terus berjalan menuju ke motor skuternya tanpa memandang ke arah belakang kembali.

'Rafiq, boleh tak kita berbaik macam dulu balik?'

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now