13

393 25 0
                                    

Hari sabtu yang dinanti-nantikan pun telah tiba...

Farhan setia menunggu Rafiq di hadapan rumah Rafiq. Jelas kelihatan opah Rafiq sedang duduk di halaman rumah sambil menyiram pokok di pagi hari.

Sinar suria mula terbit dari celahan bukit dengan indah sekali. Burung-burung mula berkicauan terbang sana sini mencari makan.

Suasana pagi ini terasa amat berbeza. Terasa sejuk, nyaman dan tenang sekali. Seakan-akan ada sesuatu aura gembira yang terbit di hati Farhan.

Farhan mengerling sebentar ke arah jam pada tangannya. Jam sudah tepat menunjukkan pukul tujuh pagi. Sudah lima minit Farhan menunggu tetapi masih tidak kelihatan. Rafiq ni walaupun kacukan orang putih tetapi tetap lambat macam orang melayu. Farhan pula jenis 'on time' kalau berjanji nak keluar dengan orang. Kalau kata pukul tujuh, pukul enam lima puluh lima dia sudah terpacak di tempat tersebut.

Farhan membuka zip beg sekolahnya lalu dia mengambil sesuatu dari dalamnya lalu Farhan tersenyum sambil memegang benda itu.

Pinggat gangsa yang di menangnya semalam di tenung dengan penuh rasa gembira. Biarpun hanyalah pingat gangsa tetapi itu sudah cukup baginya. Tak kisahlah warna apa sekali pun yang penting tercatat kenangan pahit manis pada pingat itu.

Hasil daripada sokongan dan semangat Rafiq akhirnya dapat juga dia merasa memegang pinggat gangsa itu dan dapat nombor tiga dalam acara tarik pada pagi kelmarin. Malangnya mereka tidak dapat mara ke final pada hari ini.

"Opah, Rafiq pergi sekolah dulu." Suara Rafiq jelas kedengaran sedang tergesa-gesa keluar dari rumah seperti selalu.

Farhan tersentak, segera dia menyimpan kembali pinggat gangsa itu ke dalam beg sekolahnya. Cukuplah tersimpan seribu kenangan pahit manisnya bersama sahabat baiknya itu, Rafiq.

"Hati-hati." Pesan opahnya rigkas.

"Ya." Balas Rafiq sambil menyalam tangan opahnya.

"Farhan, bawa hati-hati ya." Pesan opah Rafiq kepada Farhan.

"Ya, baiklah opah." Balas Farhan mesra.

"Dah, dah jom kita pergi. Sorry lambat." Kata Rafiq sambil melompat naik ke atas motosikal Farhan.

"Alright." Farhan terus mengidupkan enjin motosikalnya lalu terus berlalu pergi dari kawasan rumah Rafiq secara perlahan.

"Lajulah sikit." Kata Rafiq kepada Farhan. Dah lambat dah ni sebab dia kena bersiap pula nanti untuk perarakkan.

"Kan, opah kau suruh bawak hati--hati tadi." Kata Farhan sambil tersenyum sinis.

"Masalahnya dah lambat ni!"

"Eleh, siapa suruh lambat." Kata Farhan sambil melajukan sedikit motor skuternya.

Vrommmm!!!!

Jelas kelihatan murid-murid lain turut menuju ke sekolah memakai pakain rumah sukan masing-masing untuk menyambung hari suka sekolah yang kali ke-35 bagi tahun 2015. Dah macam ada perhimpunan haram sahaja gayanya di kawasan jalan raya itu kerana dipenuhi dengan budak-budak sekolah.

"Amboi semua baru nak pergi sekolah ke?" Kata Farhan perlahan.

"Acara mula pukul 8.30 pagi, sempat kot kan nak bersiap?" Tanya Rafiq mula gelisah.

"Sempat je." Kata Farhan sambil meneruskan pemanduannya sambil berlumba-lumba dengan budak-budak lain menuju ke sekolah dengan meriahnya sekali.

~~~~~•~~~~~

Sesampainya mereka di hadapan sekolah, kawasan itu menjadi sesak dengan penuh budak-budak sedang melepak membuang masa di hadapan pintu pagar sekolah. Siap ada yang merokok lagi. Farhan pantang betul tengok orang menyekat jalannya sesak-sesak begini. Orang dahla nak cepat!

PIN! PIN! PIN!

"Woi tepilah sikit aku nak masuk ni. Halah, nak isap rokok pun tengah jalan. Isaplah dalam sekolah terus." Kata Farhan mula menyinga.

Budak-budak itu hanya menge-boo ke arah Farhan dan Rafiq. Farhan apa lagi, makilah budak-budak itu dengan garang sekali.

"Haish, simpan sikit panas baran tu. Cakap elok-elokkan boleh." Kata Rafiq cuba menenangkan Farhan.

"Tak adalah. Nak lepak tengah jalan buat apa. Susahkan orang nak jalan je. Duduklah tepi sikit, takdelah orang nak marah-marah sangat."

"Hmm, dah dah. Tak nak marah-marah nanti rosak mood aku harini. Aku nak enjoy-enjoy harini. Taknak stress-stress." Kata Rafiq sambil mengurut bahu Farhan supaya kembali tenang.

"Yalah sorry, rumah sukan kita bersiap dekat mana eh? Aku tak tahu location." Kata Farhan dengan mula tenang. Pandai betul Rafiq jinakkan singga comel ni.

Farhan mula merayau-rayau pusing masuk ke dalam kawasan sekolah dengan motosikalnya secara selamba.

"Dekat makmal sains lama rasanya tak silap aku lah. Cuba kita pergi tengok kalau tak ada dekat makmal sains barulah tu." Arah Rafiq.

"Alright pengerusi rumah sukan Harmoni!" Kata Farhan sambil ketawa kecil dengan beraninya dia membawa motosikalnya secara membabi buta masuk menuju ke makmal sains. Sepatutnya pelajar kena parkir di luar sekolah sahaja hari ini. Tak boleh bawa masuk ke dalam sekolah kecuali mengangkut barang untuk berniaga hari ini tetapi yalah Farhan kan? Kisah apa dia.

"Hish, aku budak ni." Kata Rafiq sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lantas, dia tersenyum hambar di belakang Farhan setelah melihat perangai sewel si Farhan sorang ni.

Nasib cikgu tak nampak, kalau cikgu nampak mampus kena ceramah.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now