58

339 25 0
                                    

Di pintu pagar sekolah..

Terdapat seorang lelaki berdiri sambil tersandar pada tiang dengan menggenakan kemeja hitam, berkaca mata hitam dan berseluar hitam. Semuanya serba hitam.

Dari tadi dia asyik memerhatikan Farhan dari jauh dengan pandangan yang kosong. Setelah Farhan menghampiri ke arahnya, dengan segera dia memanggil Farhan dari jauh supaya datang ke arahnya.

Farhan menoleh ke arah lelaki itu dengan dahi berkerut.

Lelaki yang berpakaian serba hitam itu datang ke arahnya sepantas mungkin.

Farhan jadi gugup kerana tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki serba hitam datang menghampiri ke arahnya. Farhan cuba untuk memberanikan dirinya.

"Nama kamu Farhan, kan?" Sapa lelaki itu dahulu sepantas mungkin.

Perlahan-lahan Farhan mengangguk walaupun ada sedikit curiga.

"Ya, saya Farhan. Abang ni siapa?" Tanya Farhan sambil mengerutkan dahinya. Terik panas jelas dapat dirasakan menusuk tajam ke kulit warna cerahnya itu.

Semua pelajar lain bersorak bersuka ria, siap bergambar lagi sebagai kenangan terakhir setelah penat menjawab kertas soalan sastera tetapi tidak Farhan. Ya, kecuali Farhan kerana sahabat baiknya tidak ada hari ini. Habis moodnya hilang nasiblah dia tidak terlalu terbawa-bawa ketika menjawab peperiksaan tadi. Dia hanya mampu mendoakan yang terbaik.

"Sebenarnya, abang penjaga Rafiq semasa di KL dan di London dulu. Nama abang, Nick." Balas lelaki itu dengan segaris senyuman namun wajahnya tetap kelihatan serius disebalik kaca mata yang dipakai olehnya itu.

"Hah, Nick?" Farhan cuba mengimbas kembali. Selepas beberapa saat, Baru dia teringat kembali. Dulu, Rafiq pernah beritahunya, Rafiq seorang anak orang kaya tetapi ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan.

Ibunya orang Melayu dan Ayahnya orang Inggeris.
Kakak ibunya telah mengambil semua harta mereka dan menghantar Rafiq pulang ke kampung. Kakak ibunya hanya janji manis.

Sejak itu, kakak ibunya langsung tidak ke kampung. Entah hilang ke mana bersama keluarganya. Boleh sahaja keluarga Ayahnya mahu mengambil tindakan terhadap kakak ibunya tetapi, Rafiq menghalang.

Tiada gunanya nak ambil tindakan, harta tak kekal lama. Lagipun keluarga Rafiq di Britain memang semuanya orang ternama di sana kerana kaya raya dan terkenal! Ada usahawan berjaya, pereka fesyen berjaya, pengusaha minyak wangi, pemuzik di Hollywood dan lain-lain lagi.

Dia juga pernah diajak pulang oleh keluarga belah ayahnya ke Britain tetapi dia tidak mahu kerana berlainan agama dan cara hidup barat yang agak janggal baginya. Tidak lupa juga, adik perempuan Rafiq yang bernama Doris yang masih menetap di sana.

Farhan tersentap dari lamunan yang panjang. Dia kembali ke alam yang nyata. Wajah lelaki melayu bernama Nick itu ditatap olehnya kembali.

"Ya, kenapa abang?" Soal Farhan sambil mengecilkan matanya apabila cahaya matahari terik menikam masuk ke dalam anak mata.

"Farhan kena ikut abang, abang ada sesuatu nak tunjuk kepada awak." Balas Nick sambil memperbetulkan kedudukan cermin mata hitamnya.

Farhan tergamam. Dia teragak-agak untuk mengikut orang yang dia tidak kenali itu tapi dia menyebut nama Rafiq, jadi betullah Nick ini mengenali Rafiq.

"Ikut ke mana?" Balas Farhan setelah terdiam beberapa saat.

"Abang tak boleh cakap di sini. Farhan kena ikut abang juga. Farhan jangan risau. Abang takkan apa-apakan kamu. Marilah sebelum terlambat."

"Tapi, ibu saya cari macam mana?" Soal Farhan lagi sekali.

"Jangan risau, saya dah bagitahu siap-siap dekat ibu kamu. Nama ibu Farhan, Rosmah kan?" Balas lelaki itu dengan sedikit senyuman.

Farhan tergamam. Macam mana dia boleh tahu nama ibunya? Jadi, benarlah Nick ini penjaga Rafiq yang pernah dia ceritakan suatu masa dahulu.

Farhan berfikir sejenak dalam beberapa saat, lantas dia mengangguk sebagai tanda setuju setelah yakin dengan lelaki di hadapannya ini.

"Okay good. Dah, jom." Arah lelaki itu dengan kakinya laju tergesa-gesa masuk ke dalam kereta.

Farhan mengekori sahaja lelaki itu dari belakang.

Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta Ferrari F12 Berlinetta berwarna hitam pekat itu sepantas mungkin. Kereta mahal itu memecut laju membelah jalan setelah enjin dihidupkan.

•••

Semasa di dalam perut kereta, Farhan hanya mampu mendiamkan diri sambil memeluk beg sekolahnya. Sesekali dia menjeling ke arah Nick yang berwajah seperti supermodel itu.

Mahu bertanya tentang Apa yang sedang berlaku malu pula. Dalam masa yang sama dia berasa takut, kerana mesti ada kena mengena dengan Rafiq? Kemalangan ke? Balik London ke? Nenek dia sakit ke? Semua itu bermain di mindanya. Takkanlah tiba-tiba sahaja penjaga Rafiq ini datang mencarinya bersungguh-sungguh.

Nick yang fokus terhadap permanduannya itu memandang Farhan di sebelahnya dalam beberapa kali. Dia tahu budak disebelahnya itu takut dengan dia. Dia cuba untuk tenangkan Farhan agar lebih santai.

"Macam mana exam hari ni? Okey?" Tanya Nick.

Farhan memandang lelaki berkulit sawa matang dan berjambang nipis itu sekilas lalu.

"Alhamdulillah okay." Balas Farhan ringkas, lantas matanya memandang ke hadapan kembali.

"Macam mana? Susah?" Tanyanya lagi.

"Bolehlah." Balas Farhan sepatah.

"Berapa paper lagi nak habis?"

"Hari ni last." Balas Farhan lagi sepatah lalu.

"Oh. Bestlahkan."

"Abang ni siapa?" Tanya Farhan secara tiba-tiba. Wajah Nick dipandang kembali dengan serius.

Nick tersenyum, namun matanya hanya fokus di hadapan memandang jalan.

Farhan membuka baju sekolahnya, kini dia hanya tinggal memakai t-shirt berlengan pendek berwarna hitam kelabu, lantas baju putih itu, dia menyimpan ke dalam beg sekolahnya kembali. Dia mengeluarkan pula baju sejuk berwarna hitam kegemarannya itu lalu disarungkan pada tubuhnya.

Nick membiarkan sahaja Farhan menukar baju tanpa berkata apa. Asalkan budak disebelahnya ini selesa. Nick berdehem sebelum bersuara.

"Nama abang Nick Rafael. Umur dua puluh lapan tahun. Abang asal Selangor tapi jadi penjaga Rafiq sejak abang umur dua puluh tahun lagi. Tengok je muka abang ni macam perisik antarabangsa tapi Abang Nick okey je orangnya." Balas Nick secara ringkas.

Farhan mengangguk faham. Dia menjadi sedikit tenang selepas mendengar sedikit latar belakang lelaki itu.

"Abang Nick nak bawa saya ke mana ni?" Tanya Farhan lagi dengan wajah berkerut tanpa henti.

Nick hanya memandang ke arah Farhan dan tersenyum tawar. Jelas kedengaran bunyi dia mengeluh walaupun bunyinya perlahan.

"Ikut je. Nanti Farhan tahu." Balasnya ringkas.

Farhan mula rasa nak marah. Nafasnya mula naik turun, namun cuba untuk mengawalnya daripada meletus.

"Abang Nick jangan buat saya takut boleh tak? Saya dah mula rasa tak percaya dengan abang balik ni. Saya nak balik sekarang!" Bentak Farhan secara tiba-tiba sambil memeluk tubuh. Tajam sahaja pandangan matanya dilemparkan ke luar jalan.

"Okay, maafkan abang. Abang nak bawa kamu pergi jumpa seseorang dekat KL. Puas?" Jelas Nick secara ringkas.

Farhan tergamam. Segera dia memandang wajah Nick dengan mata membutang.

"Jauhnya!" Kata Farhan terkejut.

"Terpaksa Farhan. Kalau kamu tak ikut, kamu rugi. Jadi macam mana, memang nak balik rumah ke?" Tanya Nick seraya memberhentikan kereta di tepi jalan.

Farhan menelan liur dan cuba untuk memikir sejenak. Dia memejamkan matanya, lantas dia membuka kembali kelopak matanya dan mendecitkan mulutnya seketika sebelum mula bercakap.

"Baiklah. Saya percayakan Abang Nick. Kita pergi KL." Ucap Farhan sambil mula berserah.

Nick tersenyum nipis lalu dia kembali memandu kereta membelah jalan tanpa sepatah kata.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now