42

314 20 0
                                    

"Farhan! Tolong ibu jap pukul telur ni haa. Esok dah nak raya, lemang tu biar ayah yang buat, Farhan tolong ibu." Laung Ibunya dari dapur.

"Okay, kejap!" Balas Farhan sambil menyarungkan baju t-shirt berwarna biru tua pada tubuhnya.

Kini perutnya yang mempunyai lekukan abs itu sudah tertutup rapi. Segar sedikit tubuh Farhan selepas dia mandi tadi.

Pantas tangan Farhan memegang mesin pemukul telur itu lalu suis dihidupkan.

SRINGGG!!!

Habis telur itu sudah dipukul dengan rata.

Lagu raya pula jelas berkumandang seluruh rumahnya apabila ibunya memasang radio.

Sambil-sambil Farhan menolong ibunya, dia turut bernyanyi seorang diri mengikut rentak lagu raya yang berkumandang di radio.

-

"Ibu, dah lima minit pukul telur ni, tak kembang-kembang lagi ke?" Soal Farhan setelah kakinya lengguh berdiri dari tadi.

Ibu Farhan menjengguk sebentar ke dalam mangkuk berisi telur itu dalam beberapa saat.

"Sikit lagi ni, sabar kejap." Balas ibunya seraya kembali memasak rendang.

"Ibu nak buat apa dengan telur ni? Kan dah banyak dah kuih kita? Kita pun bukannya ramai mana nak buat kuih banyak-banyak." Balas Farhan sambil mengerutkan dahinya.

"Ibu nak buat kek pelangi, kek kesukaan Farhan. Farhan kan suka makan kek ni masa kecik dulu." Balas ibunya dengan senyuman.

"Hmm, kalau Farhan ni ada adik, kakak dengan abang kan best." Ucap Farhan secara tiba-tiba sambil memuncungkan bibirnya.

Di luar tidak kurang meriahnya, budak-budak sana sini main bunga api, mercun dan meriam buluh. Setiap rumah orang dihiasi dengan pelita dan lampu kelip-kelip dengan indahnya sekali.

Ibu Farhan hanya mampu terdiam setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anak tunggalnya sebentar tadi.

"Farhan bosanlah ibu jadi anak tunggal. Raya pun sorang-sorang je, sampai tak meriah langsung." Farhan masih lagi tidak berpuas hati.

"Jadilah tu, Farhan. Janji ada keluarga kan?" Balas ibunya semampu mungkin.

Farhan pula yang terdiam setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ibunya tadi.

Setelah beberapa minit Farhan bersuara kembali.

"Adik-beradik ibu pun raya kedua ketiga baru nak datang. Dah tak macam dulu-dulu lagi masa ada arwah tok wan dengan arwah tok nek. Malam raya je dah ada dekat sini ramai-ramai." Farhan mengeluh sebentar.

"Mereka pun dah ada keluarga masing-masing sayang oii, takkan nak beraya macam dulu lagi? Sepupu Farhan pun dah kahwin siap ada anak lagi." Balas ibunya sambil ligat merebus ketupat pula.

"Hmm, yalah. Farhan pun malas kalau ada dia orang tu sebab makin lama, makin tak mesra pulak rasa. Ibu, telur dah kembang ni, bagi Farhan jelah buat kek pelangi tu. Bukan susah mana pun." Kata Farhan seraya mematikan mesin itu.

"Ah, tak payah. Nanti hangit. Dah tinggal je dekat situ." Arah ibunya.

"Hm, yalah yalah." Balas Farhan sambil mengambil gelas lalu dituangkan air sirap lemon ais ke dalam gelas itu tadi.

Selesai sahaja dia menuangkan air itu ke dalam gelas, dia terus berlalu pergi dari situ dan kembali masuk ke dalam bilik tidurnya bersama gelas tersebut.

Gelas berisi air itu di letakkan di atas meja. Tingkap biliknya di buka seluas-luasnya agar angin malam raya dapat masuk ke dalam biliknya.

Dari jauh, dia sudah nampak ayah tirinya sedang sibuk membakar tiga biji lemang. Ayah tiri dia dah pesan siap-siap, jangan datang dekat dengan lemang tu, nanti kena api. Dia tak mahulah anak teruna tirinya ini terluka nanti sebab esok dah nak raya.

Farhan berhenti dari memanang ke luar kini dia memandang isi di dalam biliknya pula.

Secara tiba-tiba Farhan membuka almari bajunya.

Dia terjeda seketika apabila anak matanya terpandang baju melayu berwarna merah dan sampin berwarna biru tersidai rapi di dalam almari.

Dia tersenyum tawar.

Nampaknya, inilah baju raya dia tahun ini. Fikirannya serabut sangat sampai tak sempat nak tengok baju rayanya sendiri yang sudah dibeli dua minggu lepas.

Cantik.

Padan dengan warna kulitnya yang cerah itu.

Baju raya berwarna merah itu di ambil, lantas dipeluk oleh Farhan serapat yang mungkin.

Tiba-tiba wajah arwah ayahnya bermain di minda walaupun jauh di mata.

Tak pernah sesaat pun, dia lupa akan jasa baik arwah ayahnya lagi-lagi apabila menjelang hari raya. Genap lima tahun arwah ayahnya pergi meninggalkan dia.

Sejak ayahnya pergi dijemput Ilahi, Rafiqlah tempat dia mengadu nasib. Rasa rindu berat yang ditanggungnya hanya dia sahaja yang tahu dan rasa.

'Ayah, Farhan rindu ayah..' Bisik hati kecil Farhan.

Setitis air matanya jatuh ke baju melayu tersebut. Mata Farhan renung sahaja ke arah baju itu dengan pandangan yang pudar.

'Ayah, Farhan rindu ayah..'

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now