11

429 34 0
                                    

Pagi ini semua orang tengah cakap pasal perkara malam tadi iaitu pasal Dania menang pertandingan dangdut semalam. Kini, Dania menjadi topik utama di sekolahnya.

Setiap kali Dania berjalan orang akan memperhatikannya sama ada mencemuh atau memujinya. Bagi yang mencemuh dia, dia langsung tak kisah. Lantaklah apa orang nak kata janji dia enjoy dengan kehidupannya.

"Excuse, Ratu Dangdut SMK Raja Lope Nor Rashid nak lalu." Kata Dania dengan nada Diva.

Tak semena-mena Rafiq dan Farhan mengundurkan sedikit tubuh mereka memberikan Dania itu laluan yang sudah dikerumuni oleh orang ramai.

"Eh, hai Rafiq?" Sapa Dania dengan nada gedik.

"Hai." Balas Rafiq dengan tenang.

"Semalam macam mana tengok persembahan saya? Okay ke?"

"Okay je. Saya terhibur. Tahniah sebab menang semalam." Ucap Rafiq sambil jarinya memperbetulkan rambutnya.

"Thank you Rafiq." Ucap Dania dengan senyuman.

"Err, welcome."

"Tahniah Dania, menang semalam." Ucap Farhan perlahan sambil tersenyum tawar di sebelah Rafiq.

"Sama-sama." Balas Dania juga perlahan.

"Err, Dania. Aku nak minta maaf kalau selama ni aku selalu marah-marah kau. Sorry." Kata Farhan perlahan.

Dania tersenyum ke arah Farhan.

"Tak ada apalah Farhan. Aku okay jelah. Tak ambik hati pun." Balas Dania dengan sopan.

"Kita damai eh?"

"Damai buat apa? Kau kan rumah sukan Harmoni, aku rumah sukan Sentosa." Kata Dania sambil mengerutkan dahinya.

"Bukan Damai rumah sukan tulah. Bukan. Ini damai, berdamai? Faham tak?" Kata Farhan seketul-seketul cuba untuk memahamkan Dania.

Dania ketawa.

"Haha, aku faham jelah. Saja nak buat lembab sikit. Tak ada apalah. Aku okay je. Aku nak masuk kelas dulu. Jamila pulak hilang. Aduh. Bye." Ucap Dania sambil mula melangkah pergi.

"Ouh, okay." Balas Farhan.

"Bye." Ucap Rafiq pula.

Rafiq tersenyum sahaja sambil memandang ke arah Farhan. Farhan pula mengerutkan dahinya.

"Kau dah kenapa Rafiq? Asal pandang aku macam orang gila ni? Demam ke?"

"Haha, taklah. Aku cuma suka tengok kau dah berbaik dengan Dania." Kata Rafiq dengan senyuman tidak henti dari bibirnya.

"Hm, entahlah aku pun tak tahu aku cuma tak suka perangai gedik dia tu je. Aku bukan benci dia sebab apa pun." Kata Farhan sambil mula melangkah menuju ke kelasnya bersama Rafiq.

"Takpe, aku nak tengok kau mulai hari ni jadi peramah sikit. Selalu sombong semacam je lepas tu, suka badmood macam perempuan." Usik Rafiq.

"Eh, sorry sikit. Aku bukan sombong aku cuma yalah tak pandai nak beramah mesra dengan orang je. Err...Rafiq?" Suara Farhan perlahan sambil memandang ke arah Rafiq.

"Ya?" Balas Rafiq juga perlahan.

"Kau tak suka diri aku ni ke?" Tanya Farhan selepas itu, dia tertunduk memandang ke tanah.

"Maksud kau?" Rafiq mengerutkan dahinya.

"Taklah, aku tengok kau macam cuba nak ubah diri aku. Kau berkawan dengan aku sebab apa kalau kau tak dapat perwatakan aku macam ni?" Farhan mula bersuara sebak.

Rafiq menjeling Farhan.

"Haa, tengok tu dah mula nak sentap. Aku bukan tak suka berkawan dengan kau Farhan. Aku suka jelah kau baik, kau langsung tak pernah berkira dengan aku. Kau sayang aku, aku sayang kau. Kau jaga aku, aku jaga kau. Aku cuma nak tengok kau jadi a better person, just it." Selesai sahaja Rafiq mengabiskan kata-katanya itu dia berlalu pergi meninggalkan Farhan di belakang.

Farhan membeku dalam beberapa saat kerana berfikir sejenak tentang kata-kata Rafiq itu. Tidak lama selepas itu dia tersentak.

"Eh, Rafiq! Tunggulah aku!" Farhan cuba untuk mengejar si kaki galah itu dari belakang.

~~~~~•~~~~~

"Farhan, aku masukkan kau dalam acara tarik tali dengan acara 4x100 meter okay." Kata Rafiq sambil tangannya ligat menulis nama Farhan di atas kertas putih itu.

"Hah! Serius ahh?" Terbeliak mata Farhan setelah mendengar apa yang keluar dari mulut Rafiq sebentar tadi.

"Ya, seriuslah. Acara ini je yang tak cukup orang. Aku pun dah masuk empat acara. Kau takkan dua acara je pun tak boleh? Benda ni senang jelah."

"Kau budak sukan senang ah cakap. Aku budak buku. Mana sama. Halah, ganti orang lain jelah."

"Alah, kau Farhan. Tahun ni last kot. Tarik tali dengan lari 4x100 je pun. Kau jangan risaulah buat setakat yang mana kau mampu je. Dua-dua acara ni pun aku masuk, kau jangan takutlah. Aku ada okay." Kata Rafiq sambil tersenyum manis. Bahu Farhan diusapnya perlahan supaya Farhan dapat bertenang.

Farhan mula gelisah. Dia dahlah tak pandai sukan. Lepas tu, kena masuk acara sukan pulak habislah macam ni.

"Rafiq, kalau kalah lepas tu orang salahkan aku macam mana?" Farhan masih gelisah.

"Tak adanya nak marah kau. Berani dia orang nak marah kau? Kau tu dahlah panas baran. Haha. Takpe, cikgu tak marahlah sebab aku ada. Aku kan anak murid kesayangan cikgu rumah sukan Harmoni?"

"Hmm, yalah-yalah. Dua acara ni je tau." Kata Farhan walaupun berasa agak takut.

"Alah, jangan takutlah buat biasa je. Latihan rumah sukan pun kita dah buatkan? Aku tengok kau lari laju je, tepat dengan timing yang ditetapkan kira okaylah tu."

"Hm."

"Aku rasa nak kena letak hantu sekor macam haritu dekat pusat sumber haritu baru kau lari lajum Hahahahahaha!" Rafiq sudah ketawa terbahak-bahak.

"Ha, kau jangan Rafiq, aku trauma lagi kot." Farhan hanya tersenyum apabila teringat akan kejadian tempoh hari.

"Okay esok jumaat pagi kita tak ada kelas tau sebab semua sibuk dengan hari sukan untuk sabtu nanti. Mesti meriahkan? Ouh, lupa esok acara tarik tali mula. Final tarik tali hari sabtu."

"Hm, yalah. Nasib kau kawan aku Rafiq kalau bukan jangan haraplah. Silap-silap kertas ni aku koyak." Ugut Farhan sambil menyilangkan tangannya.

"Haha, amboi garangnya. Cubit sikit pipi tu." Kita Rafiq sambil mencubit pipi Farhan.

"Ahh, sakitlah. Kau ni suka layan aku macam awek kau." Kata Farhan sambil mengurut-urut pipinya yang sudah merah itu.

"Kau tu manja sangat sebab tu aku layan macam tu haha. Dahlah, aku nak masuk kelas dulu. Bye." Kata Rafiq dengan sisa tawanya. Terus dia berlalu pergi meninggalkan Farhan di belakang sekali lagi. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat lalu, Farhan pergi masuk ke dalam kelasnya juga.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now