61

1.3K 74 17
                                    

Perlahan-lahan Rafiq membuka kelopak matanya setelah dia rasakan ada seseorang memegang tapak tangannya yang juga sudah dibasahi dengan air mata, dia menoleh ke arah Farhan dengan segera. Rafiq cuba tersenyum seperti selalu walaupun kudratnya tidak terdaya lagi. Tangannya diarahkan ke laci meja di sebelah. Dia seakan-akan menunjukkan sesuatu benda kepada Farhan.

Tanpa membuang masa lagi, Farhan terus membuka laci tersebut dengan segera. Di dalamnya b di atasnya.

Lalu, Farhan membaca ayat-ayat itu dengan penuh perasaan sebak yang terkupul di dada...

-

"Assalamualaikum, Farhan.

Kalau kau dah baca surat ini bermakna aku dah tak daya nak bercakap. Maaf, sebab aku tak dapat bercakap dengan kau. Kau macam mana, sihat? SPM okey?

Maaf sekali lagi sebab kau terpaksa lihat aku dalam keadaan yang hodoh macam ini.

Betul kata kau, aku memang 'hodoh'. Haha. Kau pakai tak jam yang aku bagi dekat kau tu, kalau kau pakai cuba kau tengok muka aku, mesti sekarang aku tengah tersenyum."

Farhan menoleh sebentar memandang wajah Rafiq. Benar, dia sedang tersenyum sambil mata redup Rafiq itu terarah ke jam tangan yang sedang dipakai olehnya.

Farhan perasan mata Rafiq berlinangan dengan air mata. Perlahan-lahan Farhan mengesat air mata Rafiq mengunakan tisu lembut. Air matanya juga jatuh ke pipi tanpa disedari olehnya setelah melihat Rafiq mengalirkan air mata.

"Rafiq, jangan nangis please. Aku nak kau tersenyum macam selalu. Tolong jangan Rafiq, kau nangis aku pun nak nangis juga." Ucap Farhan dengan suara kian hilang Dia membiarkan sahaja air matanya itu gugur tanpa diseka. Dia menyambung kembali membaca surat yang sedang dipegangnya.

"Maaf sebab aku tak bagitahu kepada kau tentang hal ni. Aku tahu, kalau aku beritahu perkara sebenar mesti kau akan risau, jadi aku mengambil keputusan untuk mendiamkan sahaja. Aku tak nak ujian peperiksaan kau terganggu disebabkan oleh aku yang hidup dah tak lama ni.

Macam mana aku nak cakap eh, err.. Okay! Aku sebenarnya, mengidap penyakit kanser paru-paru. Memang secara fizikal aku nampak sihat, aku cuba kuatkan diri aku untuk terus hidup sampailah habis SPM, kalau aku pergi sebelum SPM aku tahu kau mesti tak kuat. Aku sanggup buat apa saja asalkan kau bahagia Farhan. Sekarang, SPM dah tamat, jadi bolehlah aku pergi dengan aman.

Kalau kau perasan, muka aku sedikit pucat sekarang ini. Jadi, betullah apa kau cakap, muka aku pucat sebab memang aku sakit. Maaf, bukan niat aku nak tipu kau Farhan sebab aku sayanglah, aku buat macam ni. Aku tahu, aku akan pergi tak lama lagi.
Aku sengaja nak habiskan masa dengan kawan-kawan kita terutamanya, kau. Sebab itulah aku beria-ria ajak kau untuk buat study group, masuk hari sukan dan lain-lain lagi yang aku dah tak ingat tahun ni sebab banyak sangatkan? Hahaha.

Maafkan aku kalau aku ada abaikan kau selama ni, ada marah kau, terkasar bahasa. Kau pun tolonglah wakilkan aku untuk minta maaf kat semua orang dan kawan kita yang lain.

Aku bangga dapat kenal orang macam korang semua. Lagi-lagi kau, Farhan. Pasal aku dengan Dania tu pun bersebab jugak..

aku nak tengok sama ada aku mati nanti kau boleh tak hidup dan ternyata kau boleh. Kau boleh hidup tanpa aku selalu kat sisi kau. Kalau kau perasan, aku macam nak ubah cara panas baran kau. Aku tau kau tak selesa sebenarnya, panas baran kau tu. Haha. Yalah, lepas ni dah takde siapa yang nak tegur. Hmm, itulah teguran aku yang terakhir. Lepas ni seat motor kau kosonglah ya, tak ada orang nak tumpang dah. Lepas ni kau sunyilahkan, tak ada orang nak borak gila-gila dengan kau dekat atas motor skuter merah kau tu sama-sama. Haha.

Aku nak nak ucapkan terima kasih dekat kau sebab selalu ada dengan aku di saat aku susah ataupun senang. Terima kasih sebab sudi menjadi sahabat baik aku sampai hujung hayat aku. Terima kasih sebab membuatkan hidup aku lebih bermakna dan bahagia setelah kematian ibu dan ayah aku. Sejak aku kenal kau, aku lebih kenal erti sayang. Aku jadi lebih sayang dengan orang-orang yang selalu ada disisi aku, lagi-lagi kau Farhan. Terima kasih sebab jadi adik yang baik untuk aku juga.
Kau jaga elok-elok jam tangan yang aku bagi dekat kau itu umpama kau jaga aku. Terima kasih, kau selalu ada dengan aku ketika susah senang. Aku tak dapat balas semua jasa baik kau. Kau baik sangat dengan aku Farhan. Maafkan aku kalau aku ada sakitkan hati kau.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now