60

488 28 0
                                    

Sebaik sahaja kereta itu berhenti, Farhan mengerutkan keningnya. Muka Nick ditatap lama. Jelas kedengaran Nick mendengus perlahan. Riak wajahnya juga sudah bertukar secara tiba-tiba.

"Kenapa Abang Nick bawa saya ke sini? Hospital?" Soal Farhan dengan dahi berkerut.

Nick cuba untuk tersenyum walaupun kudratnya tidak kuat. Hatinya mula rasa bergelora. Dia sendiri tidak tahu bagaimana nak tenangkan Farhan jika dia tahu perkara yang sebenar.

"Ikut saja. nanti kamu akan tahu." Balas Nick perlahan seraya dia melangkah keluar dari perut kereta.

Farhan turut keluar dari perut kereta Ferarri itu. Jantungnya mula berdegup tak keruan. Tapak tangannya juga sudah basah secara tiba-tiba. Di ingatkan mereka akan ke airport seperti apa yang dia bayangkan, rupanya tidak. Farhan mengikut sahaja gerak langkah lelaki yang tidak dikenali itu dari belakang.

Kini mereka berdua sudah melangkah masuk ke sebuah hospital swasta yang serba mewah itu. Mereka berdua berdiri di hadapan lift untuk menunggu pintu lift itu terbuka. Sebaik sahaja terbuka, mereka berdua melangkah masuk, hanya ada mereka berdua sahaja berapa di dalam perut lift itu. Satu nombor ditekan oleh Nick tanpa kata.

"Abang Nick, kita nak melawat siapa ni?" Ucap Farhan masih lagi bersangka baik.

Nick mendiamkan diri tanpa menjawab pertanyaa Farhan itu. Cermin mata hitam diambil lalu dipakai olehnya walaupun hari sudah malam.

Farhan hanya mampu mengetap bibir setelah soalannya itu tidak terjawab.

TING! - Pintu lift terbuka. Terpampang satu ruang baru di hadapan mata mereka berdua.

Laju kaki Nick melangkah keluar dari perut lift, begitu jugalah Farhan.

Sesampainya mereka di satu bilik, jantung Farhan mula rasa tak sedap kembali. Wajah Nick dipandang lama olehnya tanpa sebarang kata. Dia tahu, tak ada gunanya kalau dia tanya, sebab memang takkan di jawab oleh lelaki serba hitam itu.

Mereka berdua masuk ke dalam satu bilik yang sangat besar. Ada satu ruangan menunggu dan di dalamnya ada satu bilik sederhana besar lagi.

Mata Farhan memandang ruangan menunggu itu dipenuhi dengan wajah-wajah mat saleh. Semuanya mata berwarna biru muda cerah dan bercoklat muda seperti Rafiq. Hidung juga semua mancung belaka. Farhan menganggak itu semua mesti ibu dan bapa saudara Rafiq dari London. Kesemua mata berwarna coklat cerah dan biru muda itu memandang ke arah mereka berdua.

Di hujung sudut mata Farhan tertancap pada nenek Rafiq sedang membaca surah Yasin ditemani oleh seorang gadis cantik memakai gaun singkat paras lutut, serta berlengan panjang berwarna putih. Dikepalanya pula dibelit dengan selendang. Gadis cantik itu memandang sesaat ke arah Farhan. Mata coklat gadis itu sudah kemerah-merahan sama seperti wajahnya. Gadis itu kelihatan sangat ayu dan cantik. Itu mesti adik Rafiq bernama Doris yang pernah diceritakan oleh Rafiq kepadanya.

'Kenapa dia bawa aku kat sini... Takkan, ada mengena dengan Ra...' Farhan tersentak dan kini barulah otaknya dapat mencerna apa yang sedang berlaku. Matanya terus membutang. Kedua belah tangan Nick dipegangnya lalu digoncang dengan kuat tanpa henti.

"Abang Nick! Ini semua ada kena mengena dengan Rafiq ke?!" Laung Farhan dengan kuat telah mengejutkan semua orang di dalam ruangan tersebut.

Nick terdiam, lalu dia tertunduk ke bawah.

"Cakap!"

Datang pula seorang jejaka inggeris lewat usia 30-an mungkin itu pak cik Rafiq. Lelaki Inggeris itu menyuruh Farhan untuk masuk ke dalam kamar lagi satu segera mungkin kerana Rafiq sudah memberitahu kepada semua ahli keluarganya jika ada seorang kawannya datang bersama Nick, cepat-cepatlah suruh dia masuk ke dalam bilik itu sebelum dia menutup mata buat selamanya.

Nick menghela nafas panjang, lantas dia mengangguk perlahan-lahan. Mulut Farhan terbuka luas. Dia seakan-akan tidak dapat menerima daripada reaksi Nick itu tadi, dengan pantas dia membuka pintu kamar di hadapannya itu.

"Rafiq!" Laung Farhan dengan kuat semasa menolak pintu kaca tersebut.

-

Langkahnya terhenti sebaik sahaja dia terlihat susuk tubuh di hadapannya sedang terbaring kaku dengan wajah yang pucat. Keadaan Rafiq kelihatan sangat daif sekali ketika ini dengan wayar-wayar penuh tersirat pada tubuhnya. Mesin-mesin pula penuh mengelilingi Rafiq.

Bibir Farhan bergetar-getar serta lututnya terasa lemah sekali untuk tampung tubuhnya agar tetap berdiri tegak seperti tidak percaya, inikah Rafiq yang dia kenal selama ini? Seorang yang ceria dan baik hati? Sekarang, hanya mampu bertarung nyawa sebelum malaikat maut mencabut nyawa sahabatnya. Apa salah Rafiq sampai ditakdirkan hidupnya berakhir seperti ini? Di manakah penamat cerita yang gembira dalam kisah hidup Rafiq? Mana?!

Nick berdiri di belakangnya, lantas bahu Farhan dipegang. Nick mengangguk sebagai tanda menyuruh Farhan pergi menghampiri Rafiq dengan rasa lemah, dia melangkah juga menghampiri sahabatnya yang kelihatan lemah tidak terdaya.

"Ra...fiq..." Suara Farhan serak memanggil Rafiq dari jauh. Pandangan matanya juga sudah kabur kerana dilindungi dengan air mata. Sumpah Farhan tak mampu menahan sebak, dia menangis semahu-mahunya di hadapan Rafiq, bukan niatnya mahu kelihatan lemah di hadapan Rafiq tetapi dia memang tidak kuat ketika ini.

Farhan terus memegang sebelah tangan Rafiq, lalu diciumnya semahu-mahunya memohan kemaafan atas apa yang dia lakukan selama ini. Ya, dia sedar selama ini dia telah banyak menyusahkan Rafiq dengan perangai panas barannya. Dia menyesal kerana selalu marah Rafiq tanpa sebab namun Rafiq tetap akan tersenyum walau macam mana sekali pun Farhan marah kepada dirinya.

Perlahan-lahan Rafiq membuka kelopak matanya setelah dia rasakan ada seseorang memegang tapak tangannya yang juga sudah dibasahi dengan air mata, dia menoleh ke arah Farhan dengan segera. Rafiq cuba tersenyum seperti selalu walaupun kudratnya tidak terdaya lagi. Tangannya diarahkan ke laci meja di sebelah. Dia seakan-akan menunjukkan sesuatu benda kepada Farhan.

Tanpa membuang masa lagi, Farhan terus membuka laci tersebut dengan segera. Di dalamnya b di atasnya.

Lalu, Farhan membaca ayat-ayat itu dengan penuh perasaan sebak yang terkupul di dada..

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now