4

602 36 0
                                    

Haih... Apalah nasib. Hari ini Rafiq langsung tidak menegur Farhan. Semasa majlis bacaan Yasin selalunya mereka duduk bersebelahan tetapi, pagi ini mereka duduk jauh dalam beberapa meter. Farhan hanya mampu memerhatikkanya sahaja dari jarak jauh. Kini, Farhan dilanda masalah.

Sepanjang waktu di dalam kelas dia lebihkan berkhayal daripada memproses ayat-ayat yang keluar dari mulut cikgunya tadi.

Kringggggggg... Bunyi loceng waktu rehat.

"Ok, thank you class." Ucap Cikgu Zohrah sebaik
sahaja bunyi loceng waktu rehat.

Semua pelajar bangun dari kerusi.

"Terima... Kasih... Cikgu." Ucap Lokman sebagai ketua kelas. Lalu diikuti oleh semua murid. Kelas semakin kosong. Ada juga yang siapkan kerja sekolah untuk subjek seterusnya.

Farhan hanya duduk kembali di kerusinya. Seleranya untuk ke kantin sudah hilang sejak pagi tadi.

"Woii Farhan...." Jerkah satu suara.

Farhan terkejut. Jantungnya berdegup laju.

Lamunannya sebentar tadi terus hilang.

"Aish! Apa ni? Terkejut aku." Farhan memegang dadanya. Rasa macam nak tercabut jantung. Muka Ikwan pelajar tingkatan 4, budak sebelah kelasnya.

"Jomlah turun. Lapar ni." Ajak Ikwan.

"Hmm, malaslah." Balas Farhan acuh tak acuh.

"Alah... Kenapa pulak? Jomlah." Paksa Ikwan lagi.

"Haih... Aku cakap malas, malaslah... Nak pergilah. Ajak aku apa hal." Mood Farhan mula nak jadi marah. Dahinya tidak henti berkerut.

"Alah jomlah. Semua kawan kau dah turun. Kau aje yang tak. Apahal. Tak kira jomlah." Paksa Ikwan, sambil menarik tangan Farhan.

"Eh! Eh! Apa ni. Janganlah. Aduh... Gedik betullah." Marah Farhan.

Ikwan hanya ketawa. Dia terus menarik Farhan tanpa henti, Farhan ikutkan sahaja kehendak si budak Ikwan ini. Malas nak berdrama panjang sangat. Lagipun dia rasa lapar juga walaupun moodnya tidak baik hari ini.

Sampainya mereka berdua di kantin...

Ikwan dan Farhan terus beratur mengikut barisan untuk membeli makanan. Hari ini hari jumaat, jadi menunya agak istimewa.

Dari jauh aroma ayam masak merah menusuk masuk ke dalam rongga hidung Farhan. Ini membuatkannya menjadi lebih lapar.

Sebaik sahaja gilirannya, dia terus memesan lauk ayam masak merah. Pergh! Wap asap masih jelas kelihatan menandakan baru sahaja dimasak.

Sebaik sahaja mereka dapat membeli makanan, mereka terus mencari tempat duduk. Tempat duduk agak penuh kerana mereka terlalu lambat. Bola mata mereka meneliti satu per satu tempat duduk. Mungkin ada sedikit ruang untuk mereka.

"Hah... Situ, situ! Ada lagi kosong." Tunjuk Ikwan ke arah tempat kosong itu.

"Mana?" Tanya Farhan.

"Situlah. Hujung sekali." Tunjuk Ikwan dengan jari telunjuknya.

Tiba-tiba sahaja biji mata Farhan terbeliak. Di situ ada Rafiq dengan kawan-kawan pasukan bolanya duduk makan bersama.

Dia rasa agak malu untuk pergi duduk di situ. Satu, dia tidak kenal sangat dengan budak-budak bola sepak dan dua, kejadian pagi tadi terus membuatkannya jadi malu tak terkata. Ini kan pula dia nak duduk semeja dengan Rafiq? Boleh ke Rafiq duduk sebelahnya? Pagi tadi bukan main marah.

"Jomlah, duk tercegat kat situ kenapa?" Pelawa Ikwan tanpa rasa malu.

Farhan terdiam.

"Haih, jomlah..."

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now