22

352 29 0
                                    

Tak fokus Farhan mengulangkaji perlajaran di atas katilnya itu. Fikirannya asyik ingatkan kejadian semasa pulang tadi. Semua buku dilemparnya. Geram!

"Huh! Minta maaf konon. Hari tu, beria-ria pujuk aku. Menyesal aku ajak minah tu study sama-sama kalau tak, tak jadi macam ni." Kata Farhan seorang diri seperti orang gila.

Farhan tidak kisah kalau nak Rafiq bercinta sekali pun sebab itu memang bukan urusannya. Dia tiada hak nak menghalang tetapi, janganlah sampai lupakan dia. Dia tidak mahu hubungan baik mereka hancur kerana orang lain.

Farhan mengengam rambutnya sekuat hati. Matanya di pejam.

Rasa sakit hatinya masih lagi tidak hilang.

"Tak guna! Argh!"

Dia mengambil telefon Lenovonya, lalu earphone dimasukkan ke telingannya sambil melayan lagu di Youtube.

"Baik aku layan Ariana Grande kesayangan aku ni lagi bagus daripada duk fikir benda bukan-bukan!"

Dia terus mencari Ariana Grande, lalu di buka volume suara kuat-kuat. Sambil menggoyangkan kepalanya dia melayan lagu itu. Bibirnya turut sekali menyanyikan lagu tersebut. Diulangnya berkali-kali.

~~~~~•~~~~~

Dia membuka kelopak matanya...

Sedar tak sedar, dia mengerling ke arah jam.

"Uish, pukul enam petang dah. Lamanya aku tidur." Dia memasukkan jarinya ke dalam rambutnya lalu diurut perlahan-lahan. Lehernya dipusingkan beberapa kali dalam bentuk bulatan.

"Argh... Freshnya rasa. Pergh!" Farhan bermonolog seorang diri.

Dia duduk di birai katil, alat kawalan penyaman udara di ambilnya lalu dia menekan butang tutup. Serta merta penyaman udara itu berhenti mengeluarkan rasa sejuk.

Kakinya laju menuju ke arah dapur untuk minum segelas air kosong. Matanya terpandang ke arah peti sejuk. Ada sebuah nota kecil berwarna hijau muda.

Dia mengecilkan kelopak matanya.

"Eh, nota apa ni?"

Dia ambilnya, lalu dibaca olehnya.

(Farhan, tolong ibu belikan barang dapur jap. Ibu ada hal sikit ni. Tolong beli sos cili, tepung, gula, garam, susu cair, daun sawi, bunga kobis, daun bawang dan rempah kari ikan tau. Duit ada kat atas meja tu. Ada lebih ambil la.)

Mata Farhan memandang ke arah Arah meja makan dengan segera.

"Rasa duit ni cukup-cukup je beli barang-barang ni. Kalau lebih pon 20 sen aje ni. Haih... Ibu ni memanglah."
Farhan mengomel seorang diri.

Duit itu di ambilnya, lalu disimpan ke dalam poketnya bersama nota berwarna hijau muda itu.

Farhan mengapai kunci motornya yang diletakkan disebelah televisyen. Setelah enjin motor skuternya dihidupkan dia pun pergi untuk membeli barang-barang tersebut.

~~~~~•~~~~~

Farhan memberhentikan motosikalnya di tepi jalan.

Dari jauh dia sudah nampak Jamila duduk seorang diri di kuanter kedai runcitnya itu.

'Aku pergi kedai Jamila ajelah senang. Boleh sembang sikit.' Kata Farhan dalam hati.

"Hoi Jamila. Duk sorang-sorang ke?" Sapa Farhan sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam kedai milik keluarga Jamila itu.

Jamila sedikit terkejut dengan sapaan Farhan. Serta merta dia pandang ke arah Farhan sambil memperbetulkan kaca matanya. Gadis berkulit hitam manis itu tersenyum ke arah Farhan.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now