Bab 37: Harapan [EDITED]

604 81 61
                                    

🔺 EVERYTHING THAT HAPPENS ON THIS CHAPTER IS FULLY INSPIRED. IT HAS NOTHING TO DO WITH THE ORIGINAL SERIES. 🔻

 

 

 

 

 

DEMI waktu Dhuha. Dan waktu malam apabila ia sunyi sepi. Tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu dan tidak pula Dia membencimu.

Tatkala dugaan menimpa, apa benar kau sangka itu adalah murka? Apa benar kau beranggapan ujian itu adalah kerana Dia sudah tidak lagi cinta?

Kau sangka ujian itu murka, namun itu ialah suatu bentuk bicara cinta. Tanpa akal yang cerdik, kau meledakkan marah. Walaupun bayu ujian yang berdesir itu adalah sebenar-benar hikmah.

Kau lupakanNya, Dia sentiasa mengingatimu melalui ujianNya. Kau sisihkanNya, Dia kekal bersamamu di saat kau meminta-minta. Kau tidak yakin denganNya, maka melalui kepayahanmu Dia membuktikan kekuasaan dan kewujudanNya.

Jadi apa lagi yang kau tak puas hati?

Takkan kau mampu melihat kehadiran Rabbi andai jiwa itu mati. Seni yang ditinta Sang Pena agung Ilahi, takkan dapat kau fahami andai masih tercari nikmat yang tak pernah pergi.

.

.

.

"Wuish banyaknya kau dapat! Aku nak sikit boleh?"

"Tukarlah! Mana boleh amik je. Kau punya mana?"

"Aku... tak dapat la harini... ehehe."

Aku menayang wajah sebal sebelum menghela keluh kecil pula.

"Amiklah, nanti ganti."

Bersinar mata kawan aku melihat karipap itu. Jujur aku memahami. Takkanlah aku nak kejam sangat sedangkan aku pun alami situasi yang sama.

"Woy! Ada budak-budak sesat kat sini rupanya."

Terkalih kepalaku sebaik herdikan dan bunyi tong ditendang menampar gegendang telinga. Berubah tegang wajahku.

Ah, samseng ni datang balik.

"Apa korang buat dekat kawasan kitorang ni? Datang sini kena bayar, tau tak!"

Hanya kerana aku dari golongan lemah, mereka buat sesuka hati saja pada aku. Mungkin kerana aku tak punya sesiapa membuatkan mereka rasa bebas untuk melakukan apa-apa saja.

"Tak boleh! Kalau nak, pergilah cari sendiri!"

Aku lawan tanpa gentar. Apa? Ingat dengan gerakan asabiyah kau tu, aku takut ke? Dasar pembuli.

"Tak sedar diri punya budak. Belasah!"

Mengerang sakit aku tika dilempar dan terhempas di atas tanah yang kasar. Luka kecil yang tercipta aku endahkan. Kawan-kawan aku semua dah larikan diri.

Budak sebaya aku bangun pagi pergi sekolah. Aku di usia kecil bangun pagi jadi pencuri dan dihentak hari-hari. Sampai bila aku mampu jaga diri sendiri? Macam orang lain, aku pun nak rasa dilindungi.

Walaupun aku dapat tundukkan mereka buat beberapa waktu, tapi jumlah mereka terlalu ramai. Dan jika dibanding dengan kudrat, aku memang langsung takda harapan.

Sedar-sedar saja aku sudah dilempar ke atas plastik sampah. Sengal rasa tulang-temulangku tatkala berdentum dengannya.

Tak puas melempar, masing-masing mengerumuni aku pula. Seolah mengambil giliran ingin memukul aku lagi.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now