Bab 42: Pantai

328 52 38
                                    

DIA berguling ke kanan. Dengan dahi yang berkerut dan berkeringat, dia meracau. Kadang ada juga nafasnya ditarik tersekat-sekat.

Saat dia merasakan lehernya dijalar tangan seseorang, matanya lantas celik. Tubuhnya bangun secara mendadak dari baring.

Rudy terjaga dari tidurnya. Sekujur tubuhnya lencun dengan peluh daripada kepala ke leher mengalir laju ke dada dan terus ke lengan.

Nafas Rudy bergerak tanpa atur. Naik turun dadanya bagai oksigen telah habis. Rudy cuba menyedarkan dirinya semula bahawa dia tidak apa-apa.

Namun dia tak mampu mengawal mindanya yang luar dari relung sadar. Tambah pula hatinya yang keresahan. Rudy panik.

Pantas pil diambil dari dalam laci. Ubat saranan doktor perlu segera ditelan jika berlaku situasi begini.

Kewarasan an-Nas mula kembali kepada fitrah demi waktu bergulir. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba mendengar segala bunyi. Kipas, cahaya malap dari tingkap dikerling dan...

"Laa yukallifullaahu nafsan illa wus'ahaa..."

Zikir pagi yang dipasangnya tengah malam tadi.

"Lahaa maa kasabats wa'alaihaa maktasabats."

Rudy di dalam biliknya. Bukan di rumah agam itu. Tak lama, dada Rudy tidak lagi berombak ganas. Seketul daging yang dipinjamnya kembali tenang.

Rudy menarik nafasnya sedalam yang boleh sebelum dia melepaskan. Dia memandang gelita biliknya yang ditemani alunan zikir.

Jam pada meja kecil dikerling. Pukul 2:36 pagi. Rudy meraup wajahnya. Ya, Tuhan... tak sampai dua jam pun dia tidur.

Selajur dia turun dari tilam lalu bergerak ke tingkap bilik. Dedaun tingkap itu dibuka, membenarkan udara malam menyejukkan ruang biliknya yang terasa begitu hangat.

Rudy menengadah kepalanya memandang temaram langit yang dihiasi gugusan bintang. Membentuk buruj yang pelbagai rupa dan bentuk, juga memikul makna yang berbeza.

Rudy sering menyamakan dirinya dengan bintang. Dicipta tanpa boleh mengubah pengakhiran.

Tak semena tangan Rudy menggeletar tanpa sebab. Keningnya bertaut. Rudy menggenggam tangannya kuat dan rapat.

'Berhenti...' bisik hati adamnya, merintih.

Namun tidak berhasil. Malah makin kuat pula tangannya menggeletar.

Berhenti... berhenti...

Rudy mengacip rahangnya.

Berhenti!

Tap.

Jelas kedengaran setitis air matanya yang menghempas tingkap. Setitis demi setitis tumpah sebelum akhirnya deras menodai wajah bersih adamnya.

Penat, Ya Maliki.

Sampai bila dia harus dipukul kisah silamnya seperti ini? Rudy selalu dapati dirinya menggeletar tanpa sebab. Bila diadukan kepada Ejen Geetha, katanya ini simptom anxiety.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now