BAB 44: Healing

275 48 44
                                    

"EH, uncle. Banyaknya uncle amik," tegur Ali sebaik melihat pinggan Ejen Bakar yang dipenuhi makanan.

"Hm? Banyak ke? Mana ada. Sikit je ni. Nak kuat, kenalah makan banyak."

"Ish, uncle ni. Ingatlah sikit dekat orang belakang," sungut anak buah itu seraya menggelengkan kepalanya.

"Haram."

"Ne, eonnie?" Haram terus memalingkan kepala tatkala Fisha memanggilnya.

"Rekoneun jago sipeo (Reko nak tidur)."

"Oh, okey."

Jet melihat Haram yang segera meletakkan pinggannya di atas meja, lalu pantas mendapatkan Reko yang sudah terlentok-lentok kepalanya.

"Seriuslah nama dia Haram (하람)?" soal lelaki itu masih tak boleh terima.

"Dah tu, kau nak nama dia apa? Halal (하랄)?" balas Roza.

Tersembur tawa Moon di situ namun segera terhenti setelah Zass menegurnya. Gelak tu kawal la sikit.

"Ish, mana ada!" Jet menyangkal laju.

"Tapi boleh je kalau aku nak halalkan."

Pap!

Terketap bibir Jet tatkala menerima tamparan dari belakang tengkuk. Rahangnya dikacip kerana menahan sakit. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya.

"Sorry," pohon lelaki itu.

Roza melibas tangannya yang sedikit merah akibat menampar. Dia merengus kasar. Nak bergurau pun biarlah bertempat. Dasar budak bawah umur tak sedar diri.

"Iboh ko mok mengenja kat sitok! Angol palak aku dengan olah sik kacak ko." Roza membebel sendiri sambil mengambil pinggan kertas.

"Haa?" Jet tercengang tak mengerti. Mula dah perempuan ini guna bahasa kelahiran dia.

"Sebenarnya Jet, maksud 'Haram' ni luas," sampuk Iman dari celahan mereka. Terus Jet dan Roza berpaling memandangnya.

"Perkataan 'Haram' diturun dan ditarik daripada perkataan Arab, al-Hurma dan al-Ihtiram. Ini apa yang ustazah saya cerita," jelas Iman lagi, sempat diselitkan disclaimer.

"Al-Hurma bermaksud terlarang tetapi boleh juga dimaksudkan seerti dengan al-mahabbah iaitu kehormatan. Maksud al-mahabbah pula sama dengan al-Ihtiram."

"Walaupun jauh berbeza asal perkataannya tetapi mempunyai kaitan yang sangat rapat," kata Iman sambil mengambil seketul ayam.

"Sesuatu yang terlarang disebut 'haram' kerana jika dilakukan, akan mencemarkan kehormatan. Sesuatu perkara telah ditetapkan haram kerana bertujuan untuk melindungi kemuliaan kita sebagai umat Islam," jelas gadis itu tanpa dipinta.

"Jadi, tak bolehlah kalau kita nak maksudkan 'Haram' sebagai benda yang terlarang yang sinonim dengan dosa atau Neraka sahaja. Sebab istilah haram lebih daripada itu."

Iman berhenti di hadapan semangkuk buah. Dia mengambil dua potong buah tembikai.

"Pendek cerita, nama 'Haram' adalah sebaik-baik nama. Sebab macam 'terlarang', Haram juga boleh diertikan selari dengan 'kehormatan' dan 'kemuliaan'. Faham?" soal Iman khusus buat Jet sebaik selesai menerangkan maksud sebenar perkataan Haram.

"Oh... faham." Jet mengangguk umpama budak tadika.

Iman tergelak dalam senyumnya. Dia segera mempamit sebaik Moon memanggil.

"Itulah. Lain kali belajar agama, biar sampai habis. Buat ketawa orang aja."

"Senyaplah kau." Jet berdecit saat menerima perlian khas daripada Roza.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now