Bab 23: Rival [EDITED]

697 113 37
                                    

SEPANJANG mereka di dalam bullet lift, hanya bunyi angin dan enjin saja yang kerap menyinggah ke telinga masing-masing.

Iman sedari tadi mengerling Rudy yang sedang menongkat dagunya dan membuang pandang ke luar. Bila diperhati semula, Iman tak pernah sedar pula mata Rudy sebenarnya terbentuk cantik.

Mungkin sebab lelaki ini suka sangat menjeling. Tambah pula dengan muka tegang dia yang susah betul nak senyum. Iman pun tak berani nak pandang lama-lama.

Antara sifat Rudy yang menarik perhatian Iman ialah dia seorang yang tak banyak bercakap tapi masih boleh berkomunikasi dengan baik semasa menjalankan misi. Dia pun... agak sombong dengan semua orang. Tapi itu bukan satu kekurangan pada Iman.

Ayah pernah cakap lelaki yang sombong berkemungkinan besar seorang yang setia. Mungkin kerana itulah Rudy berkeras tak mahu percaya bahawa Djin membelot M.A.T.A. hanya kerana kuasa dan dendam.

Fikir pasal Djin... macam mana agaknya Rudy atasi perasaannya tika itu?

Tanpa sedar, mata Rudy mendarat pada iris coklat miliknya. Mengeras terus tubuh Iman macam terkena arus elektrik. Ah, sudah.

Terjongket sebelah kening lelaki itu, mahukan penjelasan. Nak apa?

Iman meneguk liurnya dalam diam. Dia menyembunyikan gelabahnya dengan menggeleng kecil lalu menghadiahkan senyum nipis. Kata orang cover.

Dahi Rudy berkerut lalu menjeling Iman dan kembali mendaratkan retinanya di bawah laut itu.

Iman tersentak. Hei... orang senyum kot, balaslah balik! Senyum tu kan sedekah, kalau tak suka pun tak payah la sampai nak jeling. Iman mendengus halus menggerutu dalam hati.

Ah, kau siapa Iman nak dia senyum balik? Bercakap pun boleh kerat sebelah jari aje, ada hati nak mesra lebih-lebih macam kawan biasa. Iman mengeluh secara mental tika teringatkan itu.

Tak semena, wajah Iman berubah terus tika dia terperasankan telinga Rudy yang sudah bertukar merah padam serupa udang bakar. Sementelah juga dengan halkumnya yang bergerak atas bawah.

Alamak. Tergamam Iman buat seketika. Tangannya spontan mengusap perut yang tak pasal-pasal dipenuhi rerama. Marah ke?

Iman menarik nafas dalam.

"Tadi..."

Rudy berkalih tatkala Iman bersuara. Bercakap pun kau! Ingat nak jeling aku sampai tembus tadi. Buat aku naik gila aje. Dengus isi hatinya.

"Awak cakap apa dengan Marla?" soal gadis itu, tanpa memandang wajah Rudy.

"Kenapa nak tahu?" Soalan dibalas soalan. Sedikit terganggu Rudy kerana Iman bercakap dengannya tetapi tak memandangnya. Tertunduk... tunduk... pandang sinilah!

"Saja... macam serius je," balas Iman. Gila tak serius? Betul punya ketat muka lelaki itu sepanjang dia bercakap dengan Marla tadi.

Tadi masa Iman mahu datang dekat tak berani. Sebab dari jauh lelaki itu melarangnya dengan isyarat mata. Sudahnya, Iman duduk aje diam-diam macam tengah tunggu jodoh. Lama dan membosankan.

"Takda apa. Takyah sibuklah."

Iman tergigit bibirnya dari dalam. Geram. Rudy ni memang tak pernah bosan ke jadi beku? Eee, menyampah la. Marah Iman dalam hati.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now