Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]

669 103 31
                                    

"MARTIN."

Wajah Iman terangkat spontan. Berkerut dahinya kehairanan tika mendengar nama itu daripada Rudy.

Martin? Martin tu bukan ke lelaki yang Rudy perlu bongkarkan identitinya? Seingat Iman, misi itu telah pun dibatalkan atas faktor kesihatan Rudy.

Buat apa Rudy nak ingat dia lagi? Cara dia gumam tadi pun macam marah je. Ada benda tak puas hati ke? Bertubi-tubi soalan itu menghentam fikiran Iman.

Seketika, matanya mendarat pula pada tangan Rudy yang sekejap terkepal sekejap tidak. Nak bertumbuk ke dia? Tengok dari muka memang dah ada rupa nak baham orang.

Namun tak lama, setelah Iman perasan raut wajah tegang Rudy mula mengendur perlahan-lahan. Wajahnya tidak lagi segarang tadi tapi kerutan itu masih berbaki.

Iman mula meniti segenap wajah lelaki itu, cuba membaca maksudnya. Namun tak dapat. Macam sedih ada, gembira ada. Kecewa? Pun macam ya.

Rudy sedang fikir apa?

Baru saja Iman ingin menegur, telefon Rudy berbunyi tiba-tiba. Terketap bibir Iman kerana itu. Tak mahu menganggu, dia bermain saja dengan kain yang terikat pada pergelangannya. 

Iman menyimpan senyum. Takda la beku sangat.

"Helo?"

Iman dengar Rudy bersuara perlahan. Masih diam dia tak mahu mengganggunya.

"Maria?"

Terus terangkat wajah Iman dengan air muka yang berubah drastik. Mendengar nama gadis itu terpacul daripada bibir, membuatkan jantungnya berdegup tak senang.

Marla? Marla telefon Rudy?

"Kau kat mana?" Jelas kedengaran kerisauan pada nada Rudy.

"Rumah I. Is Iman with you?"

Mata Rudy automatik mendarat pada gadis kecil di hadapannya.

"Yeah, she's with me."

"Good. Keep her safe, please. I tak tahu apa akan jadi kalau daddy I..." 

BANG! BANG!

Rudy lantas berdiri dari kerusinya, terkejut. Jantungnya yang tadi berdetak normal sudah mula berdegup laju tatkala mendengar bunyi dua das tembakan dilepaskan.

Tutt tutt.

Panggilan terputus. Rudy melarikan telefon daripada telinganya dan pada waktu itu juga dia menerima sekeping mesej daripada nombor yang sama.

+60XXXXXX2315 has send you a location.

Faham akan maksudnya, Rudy pantas berdiri dan membuka tapaknya.

"Awak nak pergi mana?" soal Iman, sudah berdiri.

Langkah Rudy terhenti, seketika. Tubuhnya dipusingkan sedikit.

"Aku nak kau duduk sini. Buat masa sekarang, aku tak nak kau balik rumah dulu." Rudy berkata dengan tegas.

"Kenapa?" Kening Iman bertaut, tak mengerti.

"Ikut je. Aku takda masa nak jelaskan." Rudy kembali membuka langkahnya.

"Tapi awak kena bagitahu saya." Iman mengekori Rudy dari belakang.

"Iman, tolong dengar cakap aku," kata lelaki itu tanpa memandang wajah Iman. 

"Tak, saya tak faham. Kalau nanti umi tany..."

"Dengar jelah!" tempik Rudy satu oktaf.

Bahu Iman terhinjut ke atas akibat terkejut. Kafe yang tadinya riuh kini sudah membisu dek kerana kelantangan suara Rudy.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now