Bab 14: Ingat

856 131 12
                                    

"IMAN, kau okey tak?"

Iman memaling. Dia mendongakkan sedikit kepalanya ke atas memandang Moon. Roza pun nampaknya ada sekali di sebelahnya. 

Moon kemudiannya mengambil tempat di sisi Iman yang jelas terpancar kerisauan di wajahnya. 

"Saya tak tahu..." Itu sahaja jawapan yang mampu Iman beri.

"Kau janganlah risau, Rudy akan okey." Moon mengusap lembut belakang badan kawannya.

"Tapi macam mana kalau benda tu jadi lagi?" soal Iman masih lagi risau. Kata-kata Moon nampaknya tak memberi apa-apa kesan.

"Kau janganlah macam ni. Relaks okey?" Moon berkata lembut dan masih mengusap Iman.

"Amnesia ni amik masa yang lama nak sembuh. Kadang ada yang amik masa berbulan. Kau sabar eh?" Moon mengulum senyuman ikhlas buat Iman.

Seketika, Iman menarik nafasnya dalam. Dia mula berasa tenang. Dia tersenyum nipis sambil mengangguk perlahan. 

Ada betul juga kata Moon. Kadang amnesia ambil masa yang lama untuk sembuh. Mereka perlukan terapi secara constant.

"Tapi ada yang kekal." 

Moon bersuara lagi membuatkan nafas Iman terhenti tiba-tiba. Apa?

Roza yang berdiri di belakang mereka juga turut sama terkejut. Luas terbuntang matanya mendengar ayat yang keluar daripada mulut kepoh ejen inviso ini. 

Moon... kau tak membantu.

"Dan ada jugak yang kena buat brain surgery." Tambah Moon lagi, masih tidak perasan dengan perubahan kawannya.

Iman menekup mulutnya sendiri mendengar perkataan pembedahan. Tangannya mula menggeletar halus.

Roza mula mengeluh. Dia memejam mata sambil mengurut batang hidungnya lembut. Oh, dear.

"Ss... surgery?" soal Iman tersekat-sekat. 

"Mmn, kau tak baca kat internet? Ada banyak lagi yang aku..."

"Alright, cukuplah tu. Tepi." Roza memotong ayat Moon dan menolak tubuh kecil perempuan itu ke tepi supaya dia dapat menyelit dan duduk di antara mereka berdua. 

Sebelum Moon memburukkan lagi keadaan, lebih baik dia cutline. Sempat Roza mendengar bunyi 'hey' yang keluar daripada mulut Moon sebelum dia duduk tadi.

"Macam mana kalau Rudy tak akan dapat memori dia balik? Dia kena buat pembedahan otak ke? Takkan takde cara lain?" 

Bertubi-tubi soalan Iman diajukan. Dia mula panik dan semakin risau. Rudy akan buat pembedahan otak, gila tak risau? 

"Okey, Iman... Iman. Dengar apa aku nak cakap." Roza memegang kedua-dua belah bahu gadis di hadapannya itu.

"Rudy akan dapat balik memori dia dan tak ada pembedahan yang akan dilakukan." Roza berkata sepatah-patah. Dia menatap ke dalam anak mata Iman cuba untuk meyakinkan gadis ini. 

"Tapi..."

"Kau janganlah risau, Rudy tu kuat. Dia tak sama macam orang lain. Inshaallah, dia akan sembuh jugak nanti," kata Roza pantas memotong ayat Iman. 

"But for that, dia perlukan sokongan. Dia kena ada orang yang selalu bantu dia dan sokong dia dan kau... kena tolong ingatkan dia," sambungnya.

Terkedu Iman. Kata-kata Roza itu benar-benar menusuk ke dalam jiwanya. Kerisauan di hati Iman mula terhakis sepenuhnya. Nafasnya juga sudah kembali normal.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now