Bab 43: Balik

516 49 60
                                    

"IMAN tolong bawa ni ke Syar," pinta Fisha seraya menghulurkan bekas penuh dengan ayam yang sudah diperap.

Iman akur dan segera menyambut bekas itu. Dia bergerak ke luar rumah pavilion lalu memberikannya kepada Alicia.

"Terima kasih," ucap Alicia menyambut dengan penuh berhati-hati lalu diletakkan di sebelah pemanggang.

"Sama-sama." Iman membalas dengan senyuman nipis.

"Syar-ah, igeos bwa."

Serentak ketiga-tiga kepala itu memaling tanpa sedar. Mereka melihat Danny sedang berdiri dengan gaya bersama muka yang dibuat-buat handsome.

"Hyung maeum segeullo... gaja. (Jom... pergi ke dalam hati abang.)" Danny mencampakkan kelopak-kelopak bunga dari atas kepalanya sambil membuat gaya. Serius betul.

Alicia melihat dengan wajah kosong sementara Syarif mengetap bibirnya rapat bersama mata yang terkatup. Iman pula terkebil-kebil tak faham. Apa?

Tak lama, Alicia kembali dengan kerja memanggang manakala Syarif mengeluh dengan berat.

"Syar tumbuk jugak hyung nanti. Kutip balik semua tu," arah lelaki muda itu dengan nada marah. Dia pula yang dapat secondhand embarrassment.

Danny-hyung (Abang Danny) bagi Syarif sebagai kapten ejen paramedik, dia sangat cemerlang. Sentiasa peka dan selalu bertindak rasional. Tapi sebagai seorang abang, Danny sangatlah menjengkelkan.

Syarif menggeleng secara mental tatkala mendengar Danny tergelak suka. Rosak betul humor abang itu. Macam manalah hati Kak Fisha boleh terpancing?

"Eh? Dah habis solat?" Fisha muncul dengan bekas nugget di tangan.

"Dah. Awak pergilah pula. Biar saya jaga," jawab Danny seraya mengambil bekas sosej itu dari tangan tunangnya.

"Okey. Jom, Iman," ajak Fisha.

"Kejap, saya nak pergi panggil..."

Pap!

Iman tersentak melihat meja dihentak oleh Seri. Terus terbantut niat dia ingin memanggil rakan-rakannya untuk solat sama.

"Iman."

Iman memaling tatkala Fisha sudah memanggil. Takpalah. Dia pergi dulu sajalah dengan Fisha.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

"I am not!"

Tersentak masing-masing tatkala Seri menghentak meja secara mengejut. Terutama sekali Moon. Gadis itu berkali ganda terkejut dan berkerut. Dia masih tak faham apa yang sedang berlaku.

Seri meneguk liurnya tanpa sedar. Dia segan dan hairan bercampur marah. Semualah.

"Aku tanya badan dia cantik ke tidak sebab cara korang bercerita macam bagitau aku yang dia ada disiplin. Kau juga bagitau aku dia kuat makan, kan? Dia kuat berlatih dan selalu aktif, kan? Itu maknanya dia tahu konsep calorie deficit. Dia tahu yang dia perlukan banyak kalori untuk kekalkan momentum dan tempo latihan dia. For goodness sake, aku buta! Sebab itu aku tanya. Aku nak tahu apa yang aku teka ni betul. Kalau betul badan dia shape cantik maknanya betullah dia ada disiplin. Dia jaga kalori dia dan berlatih setiap hari. Dia ada cheat day dia. Aku nak puji sebab untuk orang muda macam Rudy faham konsep calorie deficit dan tempo momentum latihan ni, memang rare. Aku nak puji. Itu je!"

Naik turun dada Seri melepas dan menarik nafas. Semua terdiam sepi selepas mendengar penjelasan panjang lebar wanita itu. Tak berkelip pandangan masing-masing.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now