3 ; school life

39 8 0
                                    



Chaeryeong's POV

"Terima kasih." Kataku kepada pemandu yang menghantarku ke sekolah setiap hari, Encik Hong.

Aku menutup pintu kereta. Sebaik sahaja kereta dipandu Encik Hong menghilang, aku memandang pintu pagar sekolah tanpa sepatah kata.

Hanwoong High School.

Sekolah tempat aku menuntut ilmu selama dua tahun memasuki sekolah tinggi. Sama seperti sekolah-sekolah lain pada awal pagi, para pelajar yang baru tiba ke sekolah sedang berjalan masuk melalui pintu pagar yang tersegam indah.

Hmm aku tak rasa nak pergi sekolah harini.

"Leechae !" Suara familiar tiba-tiba menjengah telinga. Aku menoleh ke arah si pemanggil. Memang betullah dia, dia berjalan ke arah aku dengan senyuman sebesar langkah kakinya. Walaupun nampak terlebih bersemangat, dia masih berjaya mengekalkan gayanya.

"Lee Chaeryeong, baguslah awak datang sekolah harini. Saya nak pinjam nota sastera awak untuk rujukan kelas saya~"

Dia Lee Minho, presiden Kelas 2 yang paling selalu panggil nama aku kat sekolah ni. Kami kerap berjumpa setiap kali aku datang sekolah untuk belajar sama-sama atau nak dapatkan bahan rujukan daripada aku, pelajar nombor satu sekolah ni.

Agak aneh yang dia tak kesah pun aku ni tidak didekati sesiapa disebabkan pengaruh keluargaku.

Aku anak kedutaan Korea Selatan di Perancis, dikelilingi pengawal peribadi sepanjang masa kecuali di sekolah. Pengaruh aku yang terlalu besar buatkan ramai pelajar takut untuk menghampiri aku, mereka takut kalau mereka terbuat sebarang silap dan akan terima padah.

Heh dramanya pemikiran mereka. Semua itu takkan berlaku kalau aku sendiri tak laporkannya.

Selama ni cuma Minho je yang tegur aku macam biasa tanpa peduli dengan pengaruh aku. Minho ni dan dua orang lagi kawan rapatnya, Hwang Hyunjin dan seorang budak baru bernama Han Jisung.

Panjang umur, Hyunjin muncul dari belakang.

"Selamat pagi Chaeryeong."

Aku tersenyum sekilas sebelum kembali kepada Minho. Serius aku takde mood nak belajar harini.

Tapi minggu ni dah tiga hari aku ponteng sekolah tanpa pengetahuan sesiapa. Semua pelajar fikir yang aku akan pergi ke private academy setiap tiga hari seminggu.

But hey no, aku ponteng sekolah dengan bergaya. Waktu sekolah adalah satu-satunya waktu aku dapat bergerak bebas tanpa pengawal peribadi aku di sisi.

"Awak tak nak masuk ke ?" Minho dan Hyunjin menunggu aku di dalam kawasan sekolah.

Mesti seronok kalau semua pelajar sekolah ni berfikiran terbuka macam mereka. Tak perlu takut dengan kedudukan dan pengaruh aku.

Tapi aku pun taklah rapat mana dengan mereka bertiga tu. Mereka bertiga merupakan pelajar paling popular di Hanwoong High School ni, mestilah mereka ada ramai kawan.

Aku cuma salah satu daripada golongan kawan mereka yang ramai.

"Saya datang."



🐷🐰

4 July 2021

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now