9 ; practice

33 11 6
                                    

Changbin's POV

"Saya nak beli air ni." Chaeryeong meletakkan sekotak susu coklat. Dia kemudian menghulurkan kad kredit platinum miliknya kepada pekerja kacak di kaunter bayaran.

Iaitu aku.

"Nak berlagak tunjuk awak kaya ke? Kedai ni cuma terima tunai."

"Hehehe saya bergurau jelah." Chaeryeong mengeluarkan sekeping wang kertas 10 000 won lalu dihulurkan kepadaku. "Nah ini dia."

Aku mengetap gigi kegeraman. Dia ni kalau boleh sepanjang masa nak main-main je kerja.

Chaeryeong menarik kerusi kayu tempatnya duduk di sebelah kaunter.

"Lambat pula awak datang harini." Kataku.

Baru seminggu berlalu sejak perjanjian kami berlangsung. Chaeryeong selalunya akan datang pukul 8.30 pagi, betul-betul sebelum kelas di sekolah bermula. Katanya dia menaiki bas untuk ke sini sebaik sahaja berpura-pura masuk kawasan sekolah.

Tapi sekarang dah pukul 10 pagi.

"Kenapa? Awak dah mula rindukan saya ke?"

"Pfft!" Aku tersembur air liur sendiri mendengar tuduhan melulunya.

Perasan betul. Buat apa aku nak rindu dia pula?

"Jangan berangan."

"Betullah kan, Seo Changbin-ssi? Awak mula rasa gelisah bila saya datang lambat. Mesti awak kesunyian bila saya tak datang dua hari sebab ke sekolah kan ? Maklumlah, kedai ni bukannya ramai pelanggan sepanjang masa-"

-____-

Dari mana agaknya dia dapat keyakinan setinggi tu?

Suasana kembali tenang selepas dia mengusik aku. Kesian ya sebab aku langsung tak terkesan pun dengan usikan tu.

Hahaha.

Seo Changbin tersenyum kelat sambil memegang jantungnya yang dah mula dupdapdupdap tanpa sebab. Akulah Seo Changbin tu.

Hahaha Seo Changbin sila sedar diri!!!

"Seo Changbin-ssi-"

"Panggil jelah nama saya macam biasa. Sampai bila awak nak panggil saya Seo Changbin-ssi Seo Changbin-ssi macam tu? Macam robot."

"Pfft okay..." Chaeryeong berdehem berkali-kali, bersedia untuk mula bercerita. "Changbin- hahah rasa kelakar pula-"

"Teruskan cakap atau saya panggil awak muyaho balik- argh!" Tanpa amaran, dia mencubit kuat lenganku.

"Baiklah~"

Melihat kepada reaksi marahnya yang konsisten setiap kali aku bangkitkan isu muyaho, sekarang aku dah pasti itu kelemahan dia. Dia masih malu tentang kejadian tu!

Aku dah ada senjata kukuh sekarang, yey~

"Awak tahu kisah sekolah saya dan sekolah depan sekolah saya?"

Aku mengangguk. Mira dan Jisung datang dari dua sekolah berbeza tu, Hanwoong High School dan Woonsu High School. Dua sekolah ini terletak bertentangan dan sering bersaing kedudukan untuk pelbagai kategori.

Baru-baru ini mereka adakan kejohanan sukan di stadium yang sama kerana tarikh hari sukan kedua-dua sekolah sama. Aku dengar cerita yang ada pergaduhan besar juga berlaku pada hari tu antara dua sekolah.

"Sebab kejadian hari tu, sekolah korang dah berbaik kan?" Tekaku.

"M-mana awak tahu?"

"Awak fikir saya ketinggalan zaman sangat ke? Semasa acara larian yang sekolah korang kongsi balapan, ada pelajar Hanwoong terjatuh semasa berlari. Seorang pelajar Woonsu yang selamatkan keadaan, buatkan kedua-dua sekolah akhirnya berdamai. Mereka hidup bahagia selamanya dan tamat~"

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now