29 ; work work work

32 10 0
                                    



Chaeryeong's POV

Seminggu berlalu sejak aku berpisah cara baik dengan Ju Haknyeon. Honestly, aku rasa kamilah pasangan paling aman dalam dunia.

Kami masih kerap luangkan masa bersama, tapi kali ni antara kawan dengan kawan. Setiap kali pulang daripada sekolah, aku akan pergi keluar makan dengan Haknyeon dulu sebelum ke kedai runcit Changbin.

Korang takkan boleh bayangkan betapa seronoknya jadikan Haknyeon teman untuk mengisi perut, serius, dia sangat pandai makan. Aiskrim vanilla biasa pun jadi sangat menyelerakan sebaik sahaja disentuh olehnya.

Aku sentiasa kenyang setiap kali luangkan masa dengan dia.

We get along pretty well. Haknyeon bantu aku dengan melaporkan yang kami luangkan sepanjang masa bersama, supaya pengawal peribadiku tidak mengikut aku ke mana-mana. Walaupun hakikatnya kami cuba luangkan sejam dua bersama, Haknyeon lakukannya supaya aku dapat terus bekerja di kedai Changbin. Sebagai balasan, aku akan bantu dia dalam pelajaran.

Hmm otak bijak je satu-satunya kelebihan aku, tak salah kalau mahu gunakannya kan? It's a win win situation.

"Empat mangkuk? Serius?"

"Yes, kan saya dah kata. Dia memang makan banyak, tapi badan fit sebab selalu ke gim."

Changbin mendengus, "Eleh, saya ni hari-hari angkat barang berat. Segala otot cantik ni terbina secara semulajadi tanpa perlu ke gim okay~"

Aku menjulingkan mata ke atas sebagai respons. Tak menidakkan kenyataan dia tapi aku tak mampu nak berterus terang.

Malulah. Takkan aku nak kata badan dia not bad?

Walaupun tubuh dia tak cukup tinggi, tak dinafikan yang Changbin ada fizikal yang agak mengagumkan. Tubuhnya kelihatan tegap dan sihat.

Dia pun agak handsome- ehem.

"Kenapa dengan buku lali awak?" Tanpa sedar, Changbin rupanya ternampak buku laliku yang luka.

Haha jangan salahkan dia, aku sendiri yang tak cuba sorokkannya. Entah kenapa, aku memang nak dia perasan dan tanya tentang luka yang terhasil semalam ni.

Changbin pantas merawat lukaku. Terdapat kesan lecur yang jelas. Aku cuma legakannya gunakan pek ais je semalam.

Sambil dia menyapu ubat, aku buka cerita.

"Sebenarnya, sejak awak masuk sekolah, ada beberapa pelajar yang mengugut saya supaya jauhi awak."

Changbin terhenti. Dia mula serius, "Siapa? Mereka yang buat awak macam ni?"

Aku mengangguk.

"Ya... Sebenarnya dah banyak kali mereka ugut saya tapi saya kesah apa? Saya tetap akan berkawan dengan awak walaupun awak malas nak layan saya kat sekolah."

Changbin mengeluh lemah. Gayanya nampak macam aku akan mendengar ceramah ringkas khas dari dia.

"Haih dan awak biarkan je mereka buat awak? Saya cuma elak tunjuk yang kita rapat supaya orang tak salah faham. Saya risau pelajar lain pelik, pelajar baru tiba-tiba rapat dengan pelajar nombor satu Hanwoong High School."

Aww jadi itu sebabnya dia mengelak aku di sekolah~

Selesai menyapu ubat, Changbin menyimpan semula kit rawatan di tempat asal.

"Ini tak boleh jadi. Lepas ni, saya akan jadi parasit di sekolah."

"P-parasit?"

"Yup. Saya akan melekat je ke mana-mana dengan awak, supaya tiada sesiapa berani cederakan awak lagi. Pedulikan apa yang mereka kata dan fikir, saya tak boleh duduk diam biarkan kawan saya dibuli macam ni!"

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now