28 ; rainy days

29 10 0
                                    



Nobody's POV

Hari yang biasa di kedai runcit Seo Changbin, sebelum bermulanya ribut yang akan mengubah takdir mereka.

Sedang Changbin menyusun kotak di stor, Chaeryeong datang ke arahnya dengan muka yang sengaja ditambah dos sedih berlebihan. Seperti biasa, dramatik Lee Chaeryeong.

"Apa lagi kali ni?" Sudah kali ke lapan Chaeryeong memanggilnya harini. Sebab tak ingat lokasi barang yang dia sendiri letak, sebab lupa cara buka mesin duit, sebab salah baca tanda harga pada barang jualan.

Changbin seronok bila dirinya didatangi untuk menjawab soalan-soalan remeh Chaeryeong. Taklah bosan sangat buat kerja je sepanjang masa.

"Rak awak tengah menangis sebab tuan dia malas nak top-up stok ramen yang dah habis licin sejak semalam."

"Dah tu awak pergilah pujuk dia."

"Memang itu niat saya. Tapi si tuan kedai yang bijak tu pergi letak stok ramen di atas rak tanpa menyedari pekerjanya yang cantik ni tak seberapa tinggi."

Changbin tersedak, menyedari yang dirinya sendiri pun tak cukup 'tinggi' untuk mencapai bahagian atas rak. Sebelum ni, dia gunakan kerusi sebagai tempat berpijak.

Kebetulan pula pagi tadi kerusi tu patah.

Mereka pergi ke hadapan. Chaeryeong menghalakan jari telunjuknya ke arah dua kotak ramen yang terletak di atas rak. Tinggi setakat paras kepala je pun, tapi masih sukar nak dicapai.

Waktu-waktu beginilah, Changbin bencikan dirinya yang pendek.

Tiba-tiba, Changbin bertindak melutut satu kaki dengan menghalakan belakang badannya pada Chaeryeong. "Naik. Kita berdua patut bergabung kalau nak jadi tinggi."

"Pfft wow awak mengaku pendek ke ni?"

"Diamlah."

"Hahahah okay."

Changbin mendukung Chaeryeong gaya piggyback. Selepas berjaya menurunkan kedua-dua kotak, Changbin tidak menunjukkan tanda-tanda untuk turunkan Chaeryeong.

"Nak mati awal ke? Turunkan saya sekarang!"

"Kalau nak bunuh saya, awak kena jejak tanah dulu wek wek~"

"Saya boleh bunuh awak dengan keberatan saya. Tak lama lagi lengan awak mesti lenguh hahahah!"

"Hahah taklah. Walaupun berat awak macam anak gajah, saya boleh berterusan dukung awak sampai esok pagi."

"APA?! YAHㅡ"

"HAHAHAHAH!" Ketawa Changbin meletus. Mengusik Chaeryeong memang sudah menjadi tabiatnya, mestilah dia akan nikmati saat ni sepuas-puasnya.

Chaeryeong juga turut sama berderai ketawa. Walaupun didukung dengan postur yang sangat tak stabil, Chaeryeong langsung tak takut jatuh. Sebaliknya, dia menggeletek leher Changbin. Apa lagi, makin kuatlah mereka ketawa.

Rutin harian biasa di kedai, main-main macam budak-budak. Keiju sendiri pun lagi matang dari mereka.

Pada masa yang sama, Haknyeon tiba di kedai. Melihat mereka bermesraan, jantung Haknyeon seakan terhenti. Tidak pernah lagi dilihat wajah teman wanitanya itu bercahaya hanya dengan ketawa macam sekarang.

Dengan berhati-hati, Haknyeon menghampiri mereka.

"Hi Chaeryeong, Changbin hyung."

Changbin dan Chaeryeong terbeliak mata melihat kemunculan Haknyeon yang tersangatlah mengejut. Sepantas kilat, Chaeryeong melompat turun daripada badan Changbin. Mereka menjauhi satu sama lain, berpura-pura seperti tiada apa yang terjadi.

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now