5 ; deal

31 11 3
                                    

Changbin's POV

"Cukup 10 kotak. Terima kasih hyung-nim~" aku menutup semula pintu stor selepas menurunkan stok aiskrim minggu ni. Selepas simpan semua aiskrim di peti sejuk, aku kembali ke kaunter bayaran.

Si Muyaho tu... tanpa sedar rupanya dah cukup tiga kali kami berjumpa.

Aku dapat rasakan memang ada sesuatu yang pelik akan terjadi antara kami. Aku dah rasakan benda ni sejak kali pertama aku jumpa dia di jambatan tu.

Kenapa dia?

Sedang aku termenung, seseorang memasuki kedai. Dengan kagumnya dia melihat-lihat seluruh kedaiku.

"Waaah jadi ni kedai runcit awak, Seo Changbin-ssi?"

Okay ni dah masuk kali keempat kami berjumpa.

Aku keluar dari kaunter dan menghampirinya yang sedang berada di hadapan makanan segera.

Muyaho... dia memandang deretan makanan yang ada dengan matanya yang bersinar-sinar, macam nampak emas pula. Selepas mencuci mata, dia melihat ke bahagian alat tulis pula.

"Kedai runcit biasanya memang ada jual banyak alatan-alatan runcit dan barang keperluan macam semua ni, tapi taklah sebanyak di pasaraya." Aku memberi keterangan tak berbayar, "Oh ya kenapa awak masih tak pergi sekolah ni? Nasihat saya tak cukup berkesan ke haa?"

"Aaaaaa tak dengar tak dengar!" Baru aku membebel sikit, Muyaho bertindak menggosok telinganya yang langsung tak gatal. Dia cuma nak tutup telinga dan tak berniat nak dengar cakap aku sikit pun. Degil betul dia ni.

-___-

Ah ni semua salah Kang Mira. Asyik panggil aku samchon sampaikan cara aku bercakap dah jadi macam orang tua. Asyik membebel je.

Tapi baguslah kan? Aku cakap semua benda yang betul. Jadi dia sepatutnya kena dengar, hadam dan amalkan!

"Aigoo berhentilah membebel suruh saya ke sekolah. Awak tu boleh pula tak ke sekolah, ada hati nak nasihat saya?"

Eh aku pula diserangnya. "Saya orang dewasa yang dah lama tamat sekolah-"

"Dewasa apanya? Umur awak tahun ni baru 19 tahun, cuma tua setahun je daripada saya."

Aku terdiam terus. Nampaknya dia dah tahu yang aku berpura-pura dewasa- Sekejap, tapi mana dia tahu?

Sejak kali pertama kami berjumpa, aku berjaya kekalkan imej matang seperti orang dewasa supaya dia lebih menghormatiku sikit. Apa salahnya? Sebab aku memang yakin yang dia lebih muda lepas jumpa dia dalam uniform sekolah Hanwoong sebelum ni.

Muka aku memanglah comel sikit tapi... masih nampak dewasa juga. Takkanlah aku ada gaya-gaya budak 19 tahun?

"M-mana awak tahu?" Lepas tanya soalan ni baru aku sedar, yang aku dah auto mengaku yang aku ni memang remaja berumur 19 tahun.

Si Muyaho tersenyum sinis. Dia menyeluk poket bajunya untuk mengambil sesuatu. Barang itu dia tayangkan ke udara dengan wajah penuh bangga dan berlagak.

Barang yang aku kenal sangat.

"Dompet saya! Mana awak jumpa? Puas saya cari!" Aku pantas mengambil hak milikku dari tangannya.

Dompet aku wah~ Saya ingat saya takkan dapat berjumpa awak lagi ㅠㅠ

"Awak bersyukur ke saya pulangkan dompet ni?"

-__-

Soalan jenis apa pula tu. Dia nakkan pujian penuh ikhlas dari mulut aku ke?

"Yelah, saya boleh je pilih untuk habiskan semua duit dan guna kad bank awak sesuka hati. Tapi saya yang baik lagikan cantik ni buat keputusan untuk tengok alamat tertera di kad awak dan sanggup datang jauh ke sini untuk pulangkannya. Bukan ke awak sepatutnya saaaangat bersyukur?"

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now