6 ; knowing her

30 10 6
                                    

Changbin's POV


"Hyung..." Jisung, jiran baru yang tinggal di rumah nombor 037 memanggilku dari sebalik rak. Aku yang tengah mengira stok di stor terpaksalah keluar ke depan.

Wajah dia nampak sugul dan sedih, sangat berbeza dengan diri sebenarnya.

"Kenapa ? Ada sesuatu terjadi di sekolah ke ?"

"Taklah... cuma..." Jisung merenung barisan rak biskut dengan pandangan yang kosong, "Saya bergaduh dengan Mira..."

Alahai sebab itu rupanya.

Sejak hari dia beria minta Mira hantar surat khabar ke rumahnya tu aku dah boleh teka yang dia ada perasaan terhadap Mira.

Memang sejak hari tu mereka dah rapat, kadang-kadang datang ke kedai ni bersama. Kenapa tiba-tiba boleh bergaduh pula ni ?

"Dia tolak pelawaan untuk jadi girlfriend saya. Masalahnya, dia gunakan tteokbokki super pedas sebagai cabaran kalau dia nak terima saya. Saya cuba bertahan sampai menangis... sampai hati dia buat saya macam tu."

Tolak confession seseorang dengan gunakan cara paling kejam. Tteokbokki pedas tu agak menakutkan ya, aku sendiri pernah rasanya dan terpaksa menanggung sakit perut seharian.

Tapi sedap...

"Awak menangis ke? Hahaha yah!"

"Hyung pun ketawa? Hati saya berkecai teruk sebab tu... boleh je dia tolak saya baik-baik, kenapa perlu guna tteokbokki- ughh saya benci tteokbokki!!"

Pfft sorry. Aku tak sengaja terlepas ketawa.

Sangat tak gentleman bila seorang lelaki menangis depan perempuan, tapi Jisung memang tak boleh makan makanan pedas. Mesti dia alami masa sukar dengan cuba bertahan dengan rasa pedas tu.

Dan dia betul-betul sukakan Mira.... itu yang buatkannya nampak lebih menyedihkan.

Belakang badannya yang nampak lemah je sejak tadi ditepuk lembut olehku, "Berikan Mira sikit masa... mesti dia akan betulkan semua ni."

Uniform sekolah yang tersarung di badan Jisung sekarang merupakan uniform rasmi Hanwoong High School. Dah hampir tiga minggu dia berpindah ke Seoul dan bersekolah di sekolah tu.

Ianya uniform sama yang Lee Chaeryeong pakai.

Agak-agaknya Jisung kenal tak dengan Lee Chaeryeong tu?

"Hmm Jisung-ah, saya nak tanya sikit boleh?" Jisung mengangguk. "Pelajar sekolah awak bernama Lee Chaeryeong... awak kenal dia?"

Saja cuba tanya. Walaupun Jisung budak baru, mungkin dia kenal dengan Lee Chaeryeong yang rajin ponteng sekolah tu.

"Chaeryeong ? Mestilah kenal, dia kebanggaan sekolah kami."

K-kebanggaan?

Okay mata aku terbeliak. Budak pelik yang suka ponteng sekolah tu jadi kebanggaan Hanwoong High School?

"Kami tak sekelas tapi... Chaeryeong merupakan pelajar nombor satu di Hanwoong. Setiap kali ujian dia mesti akan dapat markah penuh, untuk acara sukan pun pasti dia jadi juara untuk semua pertandingan yang disertai. Senang cerita, dia sempurna dari segi fizikal dan mental. Oh ya, dia cantik juga."

Heol, cantik apanya? Biasa je bagi aku yang jumpa dia dah empat kali.

Aku teringat ketika kali pertama kami berjumpa di jambatan Gangwon. Dia tunjukkan slip keputusan examnya yang markah penuh. Jadi okay, aku percaya yang dia memang bijak.

"Tapi ada beberapa benda yang pelik tentang Chaeryeong..."

Bagus, inilah apa yang aku mahu dengar. Aku mahu tahu sama ada dia ni sejenis manusia yang pelik ataupun dia betul-betul menaruh perasaan padaku.

Bukannya mahu perasan, aku bercakap berdasarkan fakta dan bukti. Dia sentiasa pandang tepat ke mataku dengan pandangan manis sambil bercakap dengan nada comel. Dia sukakan kedai runcit aku ni dan bersungguh mahu melepak di sini sedangkan cuma ada aku, barang jualan dan stor aku je.

Kalau dia berperangai begitu pada semua lelaki, maknanya dia cuma bermain-main lah dengan aku. Tiada perasaan istimewa pun.

"Chaeryeong cuma datang ke sekolah dua hari seminggu. Lagi tiga hari dia akan belajar di akademinya."

Belajar akademi?

Hahahahah macam tu rupanya cara dia mereka-reka cerita untuk menutup jenayah ponteng sekolah dia tu?

"Lagi satu, yang ni saya pun tak faham kenapa." Okayy another TMI.

"Apa dia ?"

"Dia tiada seorang pun kawan. Semua orang takut nak dekati dia, kecuali saya dan dua orang kawan saya."

"A-apa?"

"Serius! Kami bertiga memang jenis yang bercakap dengan semua pelajar, tapi nampaknya pelajar lain menjauhi Chaeryeong sebab takut dengan pengaruh keluarga dia."

Semakin pening kepalaku mendengar penjelasan Jisung. "H-hebat sangat ke keluarga dia ?"

"Bukan setakat hebat, keluarga dia begini." Jisung memberikan aku dua thumbs up, melambangkan betapa bagusnya keluarga Lee Chaeryeong. "Ibu bapanya merupakan duta Korea Selatan di Perancis, menjadikan keluarganya adalah antara 10 keluarga terkaya di Seoul. Chaeryeong sentiasa diiringi oleh pengawal peribadi di mana saja kecuali sekolah. Saya dah pernah tengok dengan mata sendiri dan wow... rupanya memang betul."

Aku cuba memproses sedikit demi sedikit maklumat yang Jisung berikan mengenai Lee Chaeryeong.

Macam Jisung, aku pun keliru juga. Sangat tak masuk akal yang dia tiada kawan langsung sedangkan dia sangat peramah bercakap dengan aku? Tengok pun tahu yang dia bukan jenis introvert.

Dan... dia ada pengawal peribadi yang sentiasa memerhatikan setiap gerak gerinya kecuali di sekolah?

Sekarang aku faham kenapa dia pilih untuk ponteng sekolah.

Tapi tiada siapa di sekolahnya tahu tentang ni, termasuk Jisung sendiri.

"Macam mana hyung boleh kenal dia?"

"O-oh dia cuma pelanggan kedai ni je."

Berapa banyak rahsia Lee Chaeryeong yang aku dah tertahu tanpa sengaja ni? Betul ke sangkaanku yang dia betul ada perasaan pada aku?

Masih terlalu awal untuk pastikannya. Aku perlu tengok dulu...

Sedang aku seronok berbual, dari jauh aku ternampak kelibat Kang Mira sedang berjalan mendekati kedai ni.

"Jisung, tu cinta hati awak dah sampai."

"Mira?!" Sekelip mata, dia berlari menyorok di belakang rak makanan. Tahu-tahu je siapa yang aku maksudkan hahahah! "Psst hyung! Jangan beritahu dia yang saya ada di sini."

Aku mengangguk. Kalau Mira sendiri yang ternampak dia, bukan salah aku ya~

Abaikan Jisung, aku perlu sambung aktiviti menyusun semua stok roti yang tergendala sebab dia ajak borak tadi.

"Samchon~" sebaik sahaja memasuki kedai, Mira menghampiriku yang sedang menyusun stok roti di rak selepas dia mencapai sebotol air mineral. Muka dia nampak sangat jelas tak bermaya, nampak sedih je.

"Wae~" jawabku dengan nada comel. Aku memang comel, tak perlu puji lebih lagi.

Tak sudah dengan luahan Jisung tadi, sekarang mesti Mira pula akan bercerita pada aku. Kelakar bila fikirkan mereka berdua ni bergaduh, tapi sama-sama cari aku untuk berkongsi masalah.

Cute je.






🐷🐰

6 July 2021

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now