30 ; lovebird

30 9 0
                                    

U/n : Sorry chapter ni ayat mcm berterabur sikit tapi saya malas nak betulkan hehe sorry and enjoy! Tinggal satu chapter je lagi okey thankyou kepada yang baca, vote dan comment hehe saya sangat hargainyaa ♡♡

U/n : Sorry chapter ni ayat mcm berterabur sikit tapi saya malas nak betulkan hehe sorry and enjoy! Tinggal satu chapter je lagi okey thankyou kepada yang baca, vote dan comment hehe saya sangat hargainyaa ♡♡

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Chaeryeong's POV

"Setakat ni sahaja kelas kita untuk harini. Jangan lupa siapkan latihan dan hantar esok pagi." Encik Song tamatkan kelas tepat pukul 12 tengah hari. Rata-rata pelajar sudah mengemas meja bersedia untuk waktu makan di kafeteria.

"Seo Changbin-ssi." Nama Changbin tiba-tiba disebut oleh Encik Song. Fokus seluruh kelas kini beralih kepadanya.

"Ya saya?"

"Kamu pasti nak duduk di situ?" Encik Song menyoalnya buat kali terakhir, dengan tangan yang dihalakan di tempat duduk Changbin.

Tempat duduknya yang kini betul-betul di sebelahku.

"Yup. Saya nak terus duduk sebelah Chaeryeong."

Aku tak tahu angin apa yang merasuk badannya. Dia ada kata tentang mahu jadi parasit yang sentiasa melekat dengan aku.

Tak sangka pula sampai macam ni sekali. Terang-terangan.

"Nampaknya kamu tak buang masa ya? Terus buat langkah pertama."

Changbin segera menggeleng, "Mestilah. Kalau saya nak catch up pelajaran yang dah tertinggal jauh, bukan ke saya patut berkawan dengan pelajar nombor satu Hanwoong?"

Jawapan bernas Changbin sedikit mengejutkan Encik Song, begitu juga rakan sekelas kami yang lain.

Baru sahaja mahu diusik Changbin yang mungkin simpan perasaan padaku, tak pasal-pasal jawapan menipu Changbin kedengaran sangat logik untuk disangkal.

Kami bergerak ke kafeteria, berdua.

Seperti yang diramalkan, kewujudan Changbin 24 jam di sisiku menimbulkan tanda tanya pada mereka. Changbin nampak relaks, tak seperti sebelum ni.

Sebelum ni kalau aku cuba nak jalan dengan dia, Changbin akan layan tak layan je. Lepastu, terus pergi ke Jisung, Hyunjin dan Minho. Sebabnya cuma satu, dia tak mahu aku menerima kecaman sebab berkawan dengan pelajar baru yang sebelum ni pernah berhenti sekolah.

"Awak serius ke nak buat macam ni?" Bisikku pada Changbin.

Changbin yakin mengangguk. "Saya dah buat pun. Hebat kan? Tiada siapa berani mengancam awak lebih daripada jelingan. Aigoo rasa mahu cungkil keluar je mata mereka semua tu."

"Thankyou."

Kami melalui jalan terpendek untuk ke kafeteria. Sebaik sahaja papan tandas tandas kelihatan, alam tiba-tiba memanggilku.

"Changbin, saya nak ke tandas sekejap."

Changbin tersenyum membenarkan, "Okey saya tunggu di sini, walaupun sebenarnya saya tak sanggup nak berjauhan dengan awak even sesaat."

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang