24 ; doomed

24 11 0
                                    



Changbin's POV

Akhirnya, masanya hampir tiba.

Masih dalam proses persiapan diri, aku akhirnya akan mula bersekolah Selasa depan. Lebih kepada persiapan mental dan fizikal memandangkan dah hampir setahun sejak kali terakhir aku pakai uniform.

Agaknya apa pandangan bakal kawan-kawanku terhadap aku? Aku yang tiba-tiba nak masuk sekolah semula selepas berhenti tiba-tiba.

Selain daripada tu... Yeah aku dah bersedia!

Sedang aku berjalan selepas pulang dari membeli barang di pekan, aku terhenti melangkah sebaik sahaja tiba di kawasan perumahan elit Chaeryeong.

"Tiba-tiba rasa rindu pula..."

Tringat pula zaman kami awal-awal berkenalan. Chaeryeong akan buat panggilan supaya aku buat penghantaran barang ke rumahnya. Sampai di dapur, Chaeryeong akan bawa aku ke bilik bawah tanah rahsianya tanpa dikesan sesiapa termasuk CCTV.

"Saya ada bakat jadi spy sebab awak." Omelku sendirian. Serius dah lama tak datang ke sini dan buat jenayah macam tu 😂

Sekarang dah tak perlu lagi. Sebab kami akan berjumpa dan bosan hadap muka masing-masing setiap hari di kedai.

Eh haahlah. Baru aku sedar...

Macam mana Chaeryeong boleh dapat kebenaran bekerja di kedai aku eh? Pengawal peribadi dia sekali pun aku tak pernah nampak mengekori lagi.

Tanpa sedar, aku kini berada di hadapan rumah Chaeryeong. "Alang-alang dah sampai."

Aku terhenti di pintu pagar sebaik sahaja kaki ingin terus melangkah. Tiada penghantaran palsu untuk dibuat, takkanlah aku mahu main masuk je?

Tak boleh masuk lah...

Haih Seo Changbin, tengoklah ke dalam cermin sekali-sekala. Awak cuma orang miskin yang handsome, tidak layak langsung nak masuk ke kawasan perumahan elit ni.

Lebih baik aku balik sekarang.

Melalui jalan belakang rumah Chaeryeong, aku ternampak sesuatu di sebalik pagar. Ruang belakang dapur Chaeryeong yang luas dan biasanya sunyi, kelihatan sedikit meriah dengan orang harini.

Bukan meriah sebab ada sambutan atau keraian, tetapi meriah dengan pengawal peribadi dan pembantu rumah yang semuanya berwajah serius.

Nampak macam sesuatu yang buruk baru berlaku di kawasan tu- sekejap.

Pintu rahsia menuju ke ruang bawah tanah Chaeryeong... i-ianya terbuka luas, macam sedang menjemput semua orang di situ untuk masuk.

Takkanlah... "Habislah. Tempat rahsia Chaeryeong dah terbongkar ke?"

Tiada siapa berani bersuara. Aku yang dipisahkan dengan dinding pagar ni pun dapat rasakan betapa tegangnya keadaan di dalam sana sekarang.

Kalau ikutkan hati aku yang selalu tak waras, nak je aku lompat pagar ni dan tanya apa yang sebenarnya berlaku. Nasib baiklah aku tak tinggalkan otak di kedai, aku masih boleh berfikir dengan waras lagi.

Tiba-tiba aku tersedar akan sesuatu.

Posisiku yang tadinya seperti penghendap yang melihat di celah pagar dinding, kini kembali berdiri tegak menjauhi dinding.

"Sekejap... aku risaukan Chaeryeong?"

Kenapa aku perlu risaukan dia? Chaeryeong ada teman lelaki full-package yang sentiasa bersedia untuk risaukan dia.

Membazir masa je aku risaukan dia. Why am I even here at the first place?

"Ini bukan urusan aku... Aku tak perlu kesah~" Dengan langkah yang sengaja ditambah kepantasannya, aku terus berjalan pulang tanpa menoleh ke belakang lagi.

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt