16 ; upside down

23 10 1
                                    

Changbin's POV

So... prom night sudah tamat. Bak kata Jisung, banyak perkara telah terjadi pada malam tu.

Highlightnya semestilah semasa Jisung dan Mira berbaik semula. Serius, aku sendiri tak menyangka yang Mira mengambil keputusan sedrastik itu hanya semata-mata dia mahu buktikan pada dunia yang dia cuma cintakan Han Jisung seorang je.

Well, sebagai penasihat cinta tak rasmi bagi kedua-dua pihak, mestilah aku gembira untuk mereka. Keadaan berjalan lancar, mereka dah kembali bersama seperti dulu.

Berbanding hubungan mereka, aku lebih nak tahu bagaimana keadaan Chaeryeong sepanjang hari tu. Jisung kata yang Chaeryeong betul-betul bagus, malah rakan-rakan mereka di sekolah juga mengiktiraf bakat Chaeryeong mengacara.

Ada satu pujian yang asyik bermain di kepalaku...

"Chaeryeong dan Ju Haknyeon nampak serasi bersama."

"Ah no no no..." aku menggelengkan kepala berkali-kali dengan kelajuan dua kali ganda, cuba untuk membuang jauh ayat tu dari kepalaku.

Aku tak boleh berlengah lagi. Aku perlu beritahu Chaeryeong tentang perasaanku secepat mungkin!

"Changbin-ah!"

Yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Kemunculannya kali ni macam terlebih dos kegembiraan- Eh sekejap.

"Chaeryeong? A-awak datang sini?" Tanyaku berbaki kejutan.

"Yelah, saya datang. Kenapa muka awak macam baru nampak zombi?"

"Haah, awak zombinya. Harini kan Ahad."

Ahad bermaksud cuti sekolah. Chaeryeong cuma datang ke kedai runcit ni untuk ponteng sekolah. Kalau dia keluar selain ke sekolah, pengawal peribadinya pasti akan ikut sama.

"Macam mana awak datang sini?" Tanyaku bercampur risau. Dia takkan terlibat dalam masalah ke datang ke sini seorang diri?

"Jangan risaulah~"

Aku mengangguk perlahan. Kalau dia dah kata okay, maknanya memang tiada masalah lah tu.

Melihat Chaeryeong, tiba-tiba aku teringatkan Ju Haknyeon. Padahal kami tak pernah berjumpa lagi.

"Hey muyaho." Chaeryeong memandangku sebaik sahaja mendengar dirinya dipanggil.

Aku cuma rasa mahu tahu. "Apa pendapat awak tentang Ju Haknyeon...?"

"Haknyeon-i?"

Aku mengangguk.

"Hmm nak mula dari mana ya..." Chaeryeong tersenyum lebar, mengingatkan kawan barunya yang seorang itu. Mesti banyak sangat benda sampaikan tak tahu dari mana nak mula bercerita.

"First of all, dia sangat kacak. Saya paling suka bila dia bercakap, suaranya kedengaran seperti madu yang boleh buat telinga kita cair. Setiap kata-kata Haknyeon kedengaran manis, macam senyuman yang tak pernah lekang di pipi. Senang cerita, he's the true definition of Happy Virus."

Wah... jadi Lee Chaeryeong pandai memuji orang rupanya.

Terlebih puji.

Chaeryeong sambung lagi, "Dia sangat baik, banyak tolong saya buat macam-macam benda. Dia juga cemerlang dalam pelajaran, selalu menduduki 10 terbaik dalam akademik di Hanwoong. Mungkin sebab dia presiden kelas, Haknyeon juga sangat bertanggungjawab dan pandai memimpin. Saya takkan mampu lakukan yang terbaik semalam tanpa dia."

Sesi memuji Ju Haknyeon berlarutan. Jelas sekali yang dia suka berkawan dengan Ju Haknyeon misteri tu.

Aku belum pernah jumpa dia lagi. Tapi kalau berdasarkan cerita panjang lebar Chaeryeong mengenai personalitinya, dia nampak macam terlalu sempurna.

Wujud ke manusia perfect macam tu dalam dunia ni?

"Oh ya. Memandangkan dia atlet renang, dia banyak bersenam so badannya agak ehem ehem."

"Apa ehem ehem?" Geram pula aku.

"Tegap. Tapi dia makan banyak tau, sangat banyak sampai saya terkejut setiap kali kami makan bersama. Nasi saya sesudu penuh, tapi Haknyeon sesudu penuh setinggi gunung!"

Eleh. Aku pun banyak makan juga.

Ju Haknyeon ni sangat hebat... Terlalu hebat kalau mahu dibandingkan dengan aku yang tiada apa-apa ni. Macam mana aku mahu kalahkan dia?

Aku sedar aku ada banyak sangat kekurangan... Sebagai remaja, perkara paling kurang yang aku boleh buat sepatutnya belajar pandai-pandai dan masuk ke universiti.

Tapi aku ni... pergi sekolah pun tak.

"Chaeryeong?" Suara asing tiba-tiba menjengah.

Seorang lelaki sedang berdiri sopan di depan kedaiku. Dia sentiasa tersenyum, macam tengah berlagak yang giginya putih berseri sangat.

"Haknyeon-ah, masuklah!" Pelawa Chaeryeong, ceria.

Haknyeon? J-jadi inilah Ju Haknyeon?

Lelaki itu menghampiri kami yang berada di kaunter. Dia menunduk sedikit sebagai sapaan kali pertama berjumpa. "Gembira berjumpa, nama saya Ju Haknyeon. Chaeryeong banyak cerita tentang awak, hyung-nim."

Hyung-nim? Sesuka hati je panggil aku macam tu.

Walaupun aku hadiahkan dia satu pandangan kurang menyenangkan a.k.a pandangan membunuh, Haknyeon masih lagi tersenyum. Rahangnya tak lenguh ke tersenyum macam kambing sepanjang masa?

"Woah, saya cuma nampak kedai runcit macam ni di kampung je. Tak sangka pula ada kat bandar kita." Haknyeon kagum melihat-lihat permandangan dalam kedaiku. Reaksinya tak ubah seperti Chaeryeong semasa dia pertama kali datang ke sini.

Chaeryeong menemani lawatan Haknyeon, menunjukkan jenis-jenis barang yang aku jual kepada Haknyeon. Gaya pemandu pelancongnya macam dah arif betul dengan kedai aku ni.

"Chaeryeong dan Ju Haknyeon nampak serasi bersama."

Sekali lagi, pujian itu menjengah kepala. Argh tolonglah pergi!

Sesi meronda mereka berakhir di destinasi akhir, kaunter pembayaran. Chaeryeong dan Haknyeon masing-masing memegang satu jenis barang yang sama di tangan mereka.

Susu kotak coklat kegemaran Chaeryeong. Haknyeon juga beli yang sama.

"Terima kasih. Jangan datang lagi." Aku katakan ayat terakhir sekuat hati, dalam hati jelah.

"Kami pergi dulu~" Chaeryeong melambai padaku sebelum pergi bersama Haknyeon. Belum hilang dari radius pandanganku lagi tapi mereka berdua sudah ketawa gembira berdua.

Entah apa yang dibualkan. Jalan pun rapat-rapat, meluat pula aku tengok.

Jadi Chaeryeong boleh datang ke sini harini sebab dia keluar bersama Haknyeon lah kan?

Hmm.

Hari penuh menyakitkan hati hampir berakhir. Sedang aku menutup pintu kedai, ada satu mesej baru masuk.

"Appa?" Tekaku sebelum buka skrin. Mungkin appa nak kirim belikan sesuatu sebelum aku sampai rumah di mana rumah di aku belakang kedai ni je.

Lee muyaho

< Tadi Haknyeon confess. Dia kata dia suka saya. ]
< Cuba teka saya jawab apa? ]

[ Pergi mati? > unsend
[ Manalah saya tahu >

< We're couple now!!! ]

Aku menyimpan telefonku dalam poket seluar dengan kadar segera.

Aku harap sangat yang aku tak nampak mesej terakhir tu langsung. Aku taknak tahu pun tentang tu.

Seo Changbin, sekarang kau dah boleh betul-betul berhenti berharap.


🐷🐰

16 July 2021

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin