11 ; challenge

24 11 5
                                    

Jisung's POV

Aku cuba nak faham situasi ni dan terima kenyataan, tapi masalahnya, aku tak mampu...

Kenapa dalam banyak-banyak orang di dunia ni, Hyunjin perlu jatuh cinta pada sinmun aku? Kang Mira?

Kawan baikku, Hwang Hyunjin selama ni ada simpan perasaan pada seseorang setelah sekian lamanya dia berkawan degan ramai perempuan. Ini satu berita baik, jadi aku sokong dia walaupun tak kenal siapa perempuan tu. Aku juga bawakan hadiah untuk bantu Hyunjin buat confession di klinik kucing miliknya petang tadi, tapi tak sangka pula aku yang akan menerima kejutan.

Kang Mira. Sinmun berada di sana, di hadapan Hyunjin.

Aku perlu berhenti cakap tentang dia... Aku perlu lupakan perasaan ni dan terus sokong hubungan mereka. Hyunjin jauh lebih baik dan pastinya mampu membahagiakan sinmun lebih dari segalanya.

Aku tak layak. Jadi memang patut aku yang mengundur diri.

Tiba di kawasan taman perumahanku, aku menjeling rumah bernombor 037, rumahku yang paling dekat dengan pintu masuk taman perumahan ni.

Kenapa dah nak sampai rumah? Aku tak rasa nak balik sekarang...

Di kiri, aku lihat kedai Changbin hyung masih terbuka. Nampak macam Changbin hyung tengah termenung.

"Hyung... buat apa?" Sapaku sebaik sahaja sampai ke kedai.

"Eo Jisung-ah. Kenapa ni, awak tak sihat ke?"

"Eh taklah, saya sihat je."

"Muka awak nampak pucat sangat, macam baru putus cinta."

Cinta? Tch hyung memang pandai betul meneka... dan buat aku menangis balik.

Dengan mata yang dah mula berkaca, aku mengangguk. Changbin hyung selalu dengar cerita aku dan berikan aku nasihat berguna, jadi kali ni pun aku ceritakan juga.

"Kalau sedih sangat, kenapa tak cakap je, yang Mira sebenarnya girlfriend awak? Hyunjin pasti akan faham."

"Saya tak nak dia pula terluka..."

Tengok Hyunjin bahagia adalah salah satu cita-citaku sejak kecil. Perangai dia memang nakal tapi, dia cuma seorang budak yang lembut hati.

"Hmm walau apa pun, Mira tu masih kawan awak. Jangan jadikan perpisahan ni punca hubungan persahabatan antara korang terputus juga. Awak pun tahu kan, Mira berani berubah sebab awak. Saya dah lama kenal dia, dan saya tahu dia tak boleh hidup tanpa awak."

Kawan...

Setelah apa yang kami lalui bersama, mungkin agak sukar untuk pura-pura seperti tiada apa yang berlaku antara kami. Jadi kawan semula dan lupakan perasaanku?

Aku akan cuba.

"Thankyou hyung."

"Oh ya, tadi awak ada cakap yang korang akan adakan prom night antara Woonsu dan Hanwoong?"

Soalan Changbin hyung dibalas dengan anggukanku. "Ya, persiapan akan bermula minggu hadapan. Mereka masih menerima beberapa pelajar untuk bantu kelancaran majlis. Bak kata Hyunjin, majlis kali ni memang berskala besar sebab kali pertama sekolah kami berdamai."

Mesti ramai orang yang akan datang. Hyunjin yang sudah sedia popular di kedua-dua sekolah pastinya jadi perhatian ramai.

Bayangkan Mira datang malam tu nanti dengan gaun pemberian Hyunjin, mesti mereka akan nampak cantik bersama.

"Kalau macam tu... boleh awak tolong tak?"

Hmm jarang Changbin hyung minta tolong ni. "Mestilah boleh, hyung dah banyak tolong saya."

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now