26 ; better than him

25 9 0
                                    



Chaeryeong's POV

Turun daripada kereta, aku terpandang satu susuk tubuh yang sangat dikenali baru sahaja turun daripada bas. Selepas Encik Hong bergerak pergi, aku menghampiri susuk tubuh itu memasuki kawasan sekolah.

"Changbin?"

Mendengar namanya dipanggil, Changbin menoleh ke belakang.

Wah memang dia!

Walaupun aku teruja melihatnya di sini sekarang, Changbin lebih kepada terkejut. Yelah, dia sedang mengenakan uniform sekolah yang sama denganku-

Itu bermaksud.... dia akan bersekolah di Hanwoong High School juga!

"Wah... jadi awak pergi ke sekolah yang sama dengan saya?"

"Pfft pembetulan. Saya pilih sekolah ni sebab Jisung."

Hmm yelah tu~

Changbin terus berjalan, memaksa aku untuk terus mengekorinya. Kalau dia berhenti pun aku akan ikut, bukannya ada apa nak dibuat atau ada sesiapa yang menunggu aku pun.



Nobody's POV

Changbin berniat untuk memulakan hari pertamanya sebagai seorang pelajar dengan tenang. Kalau boleh, mahu dielakkan pertemuan dengan Chaeryeong.

Dia pelajar baru. Changbin tak mahu susahkan Chaeryeong di hari pertamanya. Kalau nak susahkan Jisung, itu dia tak kesah.

Tapi baru je melangkah masuk pagar, niatnya terus terbatal. Dia tak menjangkakan langsung yang mereka akan berjumpa seawal ni.

Chaeryeong setia berjalan di sisi Changbin yang masih terpinga-pinga melihat sekeliling sekolah. Tanpa diminta, Chaeryeong menunjukkan kawasan sekolah dengan lagak seperti pemandu pelancong.

"Itu jalan ke kafeteria, yang tu pula perpustakaan-"

"Saya tahulah. Ni sekolah lama saya."

Chaeryeong sedikit terperanjat. Punyalah berhabis air liurnya menerangkan setiap pelosok sekolah, baru sekarang Changbin beritahu tentang tu?

"Tapi kan Changbin... boleh saya tahu sesuatu?"

Changbin berhenti berjalan, bersedia untuk mendengar soalan rakannya yang seorang itu.

"Kenapa... awak tiba-tiba buat keputusan untuk kembali ke sekolah?"

Sedar suasana bertukar keruh, Chaeryeong pantas cuba beralih, "Err awak tak perlu cerita kalau tak nak. Saya hormat dan sentiasa sokong keputusan awak."

Hujung kening Changbin sedikit terangkat, jelas sekali bersyukur kerana Chaeryeong tidak mendesaknya untuk menjawab soalan yang jawapannya mahu disimpan sebagai rahsia selamanya.

Jawapannya cuma satu. Changbin mahu buktikan bahawa dia juga boleh jadi sehebat dan sesempurna Ju Haknyeon. Dia mahu jadi lelaki paling baik di mata Chaeryeong, seorang yang berpelajaran tinggi dan romantik dalam bab percintaan.

Kesimpulannya, jauh lebih baik daripada Ju Haknyeon. Changbin akan buktikan bahawa dia mampu lakukannya.

"Nak tahu sesuatu? Awak tiada pilihan lain selain jadi kawan saya kalau nak gred A di slip keputusan nanti."

"Saya akan salahkan awak kalau slip peperiksaan saya dicemari dengan huruf selain A."

Changbin dah selesaikan semua proses pendaftaran masuk sejak minggu lepas. Jadi dia terus pergi ke kelasnya.

Kelas 1, maknanya dia tak dapat sekelas dengan Jisung yang berada di Kelas 2. Sebaliknya, dia dapat Chaeryeong sebagai rakan sekelas.

Masih tidak ramai pelajar di dalam kelas kerana jam belum menunjukkan pukul 9 pagi. Changbin lalu duduk di salah sebuah meja paling belakang, diikuti Chaeryeong yang tak henti-henti membebel.

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now