23 ; good guy

31 9 0
                                    






Chaeryeong's POV

Aku tersedar daripada tidur. Mataku sedikit berpinar-pinar sebab terlalu lama melelapkan mata. Sedikit demi sedikit, aku cuba bangun dari tempat perbaringanku. Entah kenapa, katilku hari ni tak terasa seperti biasa.

Berjaya ke posisi duduk, kepalaku diserang rasa sakit. Sakitnya macam ada orang pijak dengan kasut tumit tinggi berkali-kali.

Eh tu melampau sangat sakitnya. Mahu berlubang kepalaku kalau betul-betul dipijak guna heels.

Kepalaku rasa berdenyut sangat. Aku cuba untuk pegang kepala sendiri, tiba-tiba aku rasa sesuatu di tanganku.

Ianya tangan-

"Haknyeon?" aku mengumam dalam nada berbisik.

Dia sedang tidur lena. Dalam posisi duduk di atas kerusi, Haknyeon merebahkan kepalanya di katil aku sedang berbaring. Tangannya masih erat menggenggam tangan kiriku.

Patutlah aku rasa selesa je sepanjang masa, hmm dan berpeluh.

Tidak mahu kejutkan dia, aku mula mengimbas kembali apa yang berlaku sebelum aku tertidur. Malangnya, tiada satu memori pun yang melekat di kepala, semuanya hilang macam mimpi aku yang hilang bila bangun tidur.

Melihat sekeliling, aku kenal sangat dengan dekorasi bilik ni. Berwarna putih dan dihiasi dengan hiasan moden dan ada satu rak mainan figura. Aku pernah datang sini berkali-kali.

Apa yang dah jadi? Kenapa aku ada di bilik Haknyeon?

Misterinya... dan "-argh."

Peliknya. Kenapa kepala aku rasa pening sangat-sangat ni?

"Awak dah bangun..."

Haknyeon tersedar dari tidurnya. Dia terpisat-pisat dan menguap seperti manusia biasa yang baru bangun tidur.

"Awak sambunglah tidur atas katil ni. Sepanjang malam ke awak tidur macam tu?" Aku cuba menarik dia naik ke atas katil, tapi Haknyeon hanya ersengih dan tidak berganjak.

"Seronoknya." Katanya tiba-tiba.

"Apa yang seronok?"

"Tengok awak. Awak orang pertama yang saya nampak sebaik sahaja bangun daripada tidur."

Automatik aku tersenyum mendengar ayat manisnya. Dia nampak macam masih berkhayal dan belum sedar sepenuhnya daripada tidur lena.

Comel pula dia cakap macam tu dengan muka mengantuk.

"Maaf kejutkan awak. Sambunglah tidur balik atas katil ni." Kalau dia tidur dengan posisi tu sepanjang malam, pasti belakang badannya sakit-sakit.

Haknyeon menggeleng.

"Macam mana saya nak tidur atas tu? Awak kan ada. Tak eloklah kalau orang pandang."

Seketika, aku terharu. Walaupun kami dah hampir tiga minggu jalinkan hubungan, Haknyeon masih menjaga batasnya dan menghormati ruang privasiku. Even nak pegang tangan pun dia akan minta izin terlebih dahulu.

Yeah, salah aku juga main suruh dia naik katil tanpa berfikir.

"Saya nak bangun lah ni. Awak boleh sambung tidur." Aku bergegas bangun dari katilnya, tapi Haknyeon menahan tanganku.

"Awak tu yang perlukan lebih rehat. Saya nak turun sekejap."

Haknyeon bangun dari kerusinya. Selepas mengeliat beberapa kali, dia meminta diri terlebih dahulu. Tak habis-habis suruh aku berehat.

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now