4 ; destiny

31 11 1
                                    

Chaeryeong's POV

Pukul 10 pagi. Permandangan pagi di Seoul pukul berapa pun memang sentiasa kelihatan sibuk. Jalan raya pun apa kurangnya, tiada ruang kosong langsung di atas jalan, dipenuhi dengan kereta yang berduyun-duyun berlalu pergi ke destinasi masing-masing.

Aku menjadi salah seorang dari ratusan rakyat Seoul sedang berjalan-jalan dengan satu kon aiskrim vanilla di tangan. Aku berjalan tanpa tuju memandangkan aku tengah ponteng sekolah.

Mesti best kalau aku ada satu tempat yang aku boleh jadikan tempat melepak tetap.

"Awak tak patut ponteng sekolah... bukan semua orang dapat ke sekolah macam awak."

Kata-kata lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Seo Changbin asyik bermain di kepalaku. Itu merupakan kali kedua kami berjumpa, dan kali kedua dia berikan aku nasihat.

Nasihat dia sebenarnya ada betulnya.

Tapi apa yang dia tahu tentang kehidupan aku ? Masa sekolah adalah satu-satunya masa aku dapat bergerak bebas, dia bukannya tahu apa-apa pun.

Tapi... buat masa sekarang dia tak pernah laporkan pada sekolah yang aku ponteng. Aku dapat elakkan senario terburuk, jadi aku berterima kasih padanya untuk hal tu.

"Eo ? Seo Changbin ?"

Kebetulan aku tengah bercakap pasal dia, di jalan Seoul yang sesak dengan ramai orang, aku ternampak belakang kepala Seo Changbin.

Dia baru berjalan keluar dari sebuah kedai hardware.

"Ah betullah." Aku dah janji untuk balas jasa dia kalau kami berjumpa lagi. Lebih baik aku balas jasanya sekarang alang-alang dah terjumpa ni.

Aku tak suka berhutang jasa dengan sesiapa.

Dengan jarak 7 meter di belakang, aku mengekori Seo Changbin. Sangat pasti yang dia tak perasan pun kewujudan aku yang dah macam spy dalam misi penyiasatan.

"Bbam bam bbam bam bam bbam bbam bam~" Aku membuat background music dengan lagu daripada filem Hollywood, Mission Impossible menggunakan suaraku. Oh agak menjadi ya?

Semangat penyiasatan mula merasuk diriku. Penyiasatan lah sangat.

Sedang aku berangan menyiasat, seorang lelaki tiba-tiba melanggar Seo Changbin. Aku pantas bersembunyi di belakang bangku yang nasib baik ada masa aku perlukan tempat persembunyian.

Seo Changbin berhenti berjalan dan menunduk hormat tanda meminta maaf kepada lelaki yang lebih tua darinya itu. Mereka berpisah haluan sebelum tiba-tiba, sesuatu terjatuh dari poket seluar Seo Changbin.

Dompet !

Pasti dia tak perasan yang ianya sudah tercicir. Dengan orang yang ramai lalu-lalang pada waktu begini, aku tak rasa dompet tu akan selamat sehingga Seo Changbin sedar ianya dah hilang. Dengan langkah yang pantas, aku menghampiri dompet tersebut lalu cuba mengambilnya sebelum tiba-tiba

Ada satu tangan asing pula muncul dan cuba capai dompet yang sama.

Aku pandang dia dari atas sehingga ke bawah. Cuma seorang remaja biasa yang bertopi hitam tapi nampak cukup mencurigakan.

"I-ini dompet saya."

Aku tersenyum sinis, masih tidak melepaskan dompet di tanganku yang kini dicubit sedikit oleh dia. Berani dia nak menipu aku yang dah nampak segala-galanya ?

"Ini dompet lelaki yang baru lalu tadi lah, saya nampak ni jatuh dari poket dia tadi." Tegasku.

"Awak bukannya kenal dia pun. Biar saya je pulangkan pada pemilik asal."

Huh orang macam dia ni nak pulangkan ? Aku rasa tidak.

Aku pantas merampas dompet itu dari tangannya, dengan gaya penuh elegan ya. Habis terpinga-pinga dia apabila kini dompet Seo Changbin berada 100% selamat di genggamanku.

"Mestilah saya kenal dia, dia teman lelaki saya, namanya Seo Changbin. Kalau tak percaya, awak boleh tengok kad pengenalan dia dalam ni."

Rancangan aku (yang jelas sekali merupakan penipuan yang disebut dengan penuh keyakinan) berjaya memperdayakannya. Mendengus geram, dia segera berlalu pergi sambil menghentak kaki kegeraman. Aku pasti dia tengah menyumpah seranah aku dalam hatinya hahahah!

Nak tipu Lee Chaeryeong? Huh awak dah salah orang~

Dompet Seo Changbin kini berada di tanganku. Aku cuma perlu pulangkan padanya untuk tunaikan hutang aku-

Sekejap. Mana Seo Changbin dah pergi?

Aku menepuk dahi sendiri. Mestilah dia dah pergi jauh masa aku berebut dengan budak lelaki tadi. Good. Sekarang macam mana nak cari dia?

Satu-satunya klu yang aku mungkin boleh perolehi adalah dompet ini. Aku cuba meneliti dompet Seo Changbin yang kini berada di tanganku.

Maaf sebab bukanya tanpa kebenaran, tapi saya perlukan apa-apa maklumat awak untuk pulangkannya semula.

"Hmm dia tak banyak wang tunai pun?" Aku tak berniat pun nak tengok jumlah wangnya, cuma ianya terlalu sikit dan boleh dikira dengan sekali pandang je.

Sementara cuba mencari nombor telefon atau alamat, aku nampak yang Seo Changbin ni cuma ada satu kad bank, banyak kad keahlian dan jumlah wang tunai yang sikit. Jangan salah faham, aku cuma ternampak semua ni sambil mencari ya.

"Mungkin di belakang kad pengenalan ni... aha!" Aku jumpa satu alamat. "Nampak macam alamat rumah. Hmm taklah jauh mana dari sini."

Aku mengambil bas mengikut alamat yang tertera. Tiba di perhentian keempat, aku pun turun daripada bas.

"Di sini?"

Di depan mata aku sekarang, ianya merupakan kawasan perumahan biasa tapi tidak semoden dan secanggih rumah-rumah di kawasan bandar. Macam... kawasan perumahan tepi bandar? Tapi masih nampak cantik di mataku sebab lebih banyak warna hijau dan udaranya lebih segar di sini~

Aku memasuki kawasan perumahan itu. Sambil memerhati dan membandingkan alamat di tanganku dengan nombor-nombor rumah, tak perlu berjalan jauh, aku akhirnya tiba di depan sebuah kedai. Alamatnya membawa aku ke sini, aku yakin.

Sekejap. Kedai ni nampak agak pelik...

Kedai ni kelihatan seperti kedai lama, tiada penghawa dingin seperti kedai serbaneka 24 jam biasa. Tapi sejujurnya ia beroperasi macam kedai serbaneka! Tambahan lagi di bahagian depan, terdapat sayur-sayuran dan makanan laut dijual sama.

"K-kedai apa ni ?"





🐷🐰
4 July 2021

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now