20 ; first task

22 11 0
                                    

Chaeryeong's POV

Tamat sahaja waktu persekolahan pada hari ni, aku pulang ke rumah dengan kelajuan cahaya. Encik Hong dijadikan mangsa perlu memandu laju, melayan anak majikannya yang dah tak sabar-sabar untuk ke destinasi seterusnya.

Harini hari pertama aku bekerja di kedai Changbin wah... tak sabarnya!

Ada yang tahu tentang aku bekerja sambilan? Mestilah tak! Menggunakan free passku, aku memberitahu pengawal dan pembantu rumah yang aku nak pergi berjumpa dengan Haknyeon.

Selesai menukar baju, aku terus keluar dengan menaiki bas. Nasib baiklah mereka yang lain benarkan aku pergi ke rumah Haknyeon (konon) sendiri. Masalah juga kalau mereka berkeras nak hantar.

"Dah sampai?" Tanya Changbin sebaik sahaja kami berjumpa.

"Hmm awak nampak saya kat sini kan. Mestilah saya dah sampai." Seperti biasa, jawapanku buat Changbin menjeling kegeraman. Padahal aku cakap benda betul. Boleh jadi juga dia menyumpah diri sendiri sebab tanya soalan tanpa berfikir. "Okay boss, kerja apa patut saya buat dulu ni?" Tanyaku bersemangat.

Changbin memberikan aku satu board bersaiz A4 yang dikepilkan dengan beberapa helai kertas A4.

"Kejap lagi akan ada tiga lori dijadualkan untuk datang hantar stok barang. Satu lori jus, satu beras dan satu lagi air tenaga. Awak tandakan mana yang berkenaan di borang receival ni, satu salinan simpan di stor dan satu lagi beri kepada pekerja yang datang dengan lori."

"Faham faham." Aku meneliti borang yang dimaksudkan oleh Changbin yang kini berada di tanganku.

Satu soalan tiba-tiba muncul di kepalaku.

"Changbin-ssi, adakah ini bermakna... saya dah boleh masuk ke stor pekerja?" Aku tidak nafikan yang aku teruja memikirkan hal ini daripada semalam.

Aku mengelipkan mataku berkali-kali, cuba memohon simpati untuk memasuki bilik stor yang selama ni Changbin halang aku masuk. Cuma pekerja je boleh masuk.

Bukannya aku mahu curi apa-apa pun, aku cuma nak rasa istimewa kalau dapat masuk bilik tu. Hehe.

"Y-yelah yelah. Buat kerja betul-betul."

"Ne sonnim!"

"Saya pergi dulu. Telefon kalau ada apa-apa."

Changbin meminta diri terlebih dahulu kerana dia perlu ke bank selepas buat penghantaran minyak masak ke rumah pelanggan. Tinggallah aku seorang diri di kedai tapi kali ni, sebagai pekerja sambilan yang rasmi!

This is my first day on work yuhuu~

Tenangnya hati dapat datang dan berlama-lamaan di sini tanpa dihalau~

Baiklah, berhenti bersenang-lenang dan ayuh fokus pada kerja. Walaupun Changbin tiada sekarang, dia masih ada berikan aku kerja yang juga merupakan my first task as part-time worker here. Takkanlah hari pertama lagi dah mahu curi tulang?

Seperti tahu-tahu je aku sedang menunggu, sebuah lori yang membawa stok beras tiba. Aku buat seperti yang Changbin suruh tanpa sebarang silap atau rasa kekok.

"Senang juga eh kerja ni." Memanglah senang, bukan aku yang perlu mengangkut semua beras tu. Nasib baiklah ada pekerja kilang beras yang datang bersama bertugas untuk membawa semua stok beras masuk ke dalam kedai, kalau tak, mahu patah pinggang aku.

"Terima kasih."

Selesai dengan lori pertama, aku mula menyusun stok makanan ringan yang kelihatan kosong di rak sementara menunggu dua lagi lori sampai.

Tak lama kemudian, satu lori minuman tin dengan jenama 'Be Fresh' berhenti di depan kedai.

"Hmm jenama apakah? Tak pernah dengar pun?" Aku membebel sendirian sebelum menghampiri pemandu lori.

"Mana tuan kedai ni?" Tanyanya.

"Dia ada urusan harini. Saya pekerja baru di kedai ni, ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Ini stok minuman untuk minggu ni."

Ah! Mungkin inilah stok minuman tenaga yang Changbin maksudkan...

Tanpa banyak soal lagi, aku menguruskan kemasukan stok minuman Be Fresh sehingga selesai. Dalam perjalanan menghantar stok-stok ke stor penyimpanan a.k.a tempat yang aku legally dah boleh masuk, aku perasan yang stok minuman Be Fresh ni tinggal sikit di dalam peti ais

Popular juga eh air ni? Changbin pun siap sediakan tiga baris untuk jual minuman tenaga jenama ni je.

"Tinggal lima tin je? Baik aku top-up."

Aku mengeluarkan dua kotak minuman tin Be Fresh dan mula menambah stok di dalam peti ais. Sedang elok aku rajin bekerja, budak Jepun comel Okamoto Keiju datang ke kedai.

"Chaeryeong nuna! Saya ada beli tteokbokki tapi dah kenyang... nuna nak?"

Tteokbokki?

Sejak bila Lee Chaeryeong katakan tidak pada makanan?

"Nak nak! Gomawongs, Keiju-yah~" Sekelip mata je, tteokbokki pedas kini berada di tanganku. Tin-tin minuman Be Fresh yang belum siap disusun dibiarkan di sisi, terus tergendala kerjaku.

"Changbin hyung mana? Nuna sorang je?" Semua orang tanya soalan yang sama.

Nak buat macam mana, dah ini kedai dia. Memanglah dia yang dicari-cari dulu.

Keiju minta diri untuk pulang dahulu. Lepas Keiju betul-betul hilang, tteokbokki yang diletak tepi tadi barulah aku berani nak jamah. Hmm warna merahnya lain macam...

Selamat ke nak makan ni? Seram pula tengok warna tteokbokki ni merah menyala. Siap boleh dibau lagi kepedasannya.

"Makan jelah. Keiju hidup je lepas makan ni, takkanlah aku nak buang pula kan?"

Tteokbokki pedas disuap ke dalam mulutku- eh lembutnya. Sedap!

Disangka cerah hingga ke petang, rupanya ada meteor jatuh di tengah hari! Baru je aku nak menikmati tekstur lembut kek beras pemberian Keiju, rasa lain pula timbul. Perlahan-lahan, rasa itu mula mendominasi.

"P....P-PEDAS!"

Lidah aku tiba-tiba rasa macam baru dibakar. Tadi awal elok je takde rasa pedas, kenapa rasa pedas melampau tiba-tiba muncul masa tteokbokkinya dah sampai ke tekak?

Ahhh pedasnyaaaa!!

Seperti seluruh badanku dijilat api, aku mengibas-ngibas diri. Terasa panas dan pedas yang amat secara mengejut-

"AIR MANA AIR?"

Aku menoleh ke kiri dan kanan dalam kelajuan cahaya, cuma air tin Be Fresh ini sahaja ada berdekatan. "Ahh saya akan bayar kemudian!"

Sepantas kilat, aku meneguk satu tin minuman tenaga yang sepatutnya aku susun.

"Pffft peliknya rasa air ni." Aku bukan penggemar minuman tenaga walaupun aku atlet, jadi ni kali pertama aku rasanya.

Rasa dia pelik, tapi berjaya meredakan rasa pedas di lidahku.

"Eh eh sedap pula air ni...." Serius, lama-lama baru terasa sedapnya. Rasa pelik yang peliknya, agak sedap!

Tamat tragedi tteokbokki pedas, aku mengemas semua barang yang menghalang jalan. Kotak ditolak tepi, tteokbokki pula disimpan dan ditutup kemas.

Sorry Keiju, saya tak rasa saya mampu habiskan tu...

Aku melihat tin minuman tenaga yang sudah aku habiskan setin. Waaah dah habis ke?

Aku mencapai lagi dua tin minuman Be Fresh yang sama. Risau terlupa, aku terus membayar harga tiga tin minuman tenaga itu sebelum merehatkan diri di kerusiku.

"Minum lagi dua la hehe."



🐷🐰

22 July 2021

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now