27 ; one-sided love

30 10 1
                                    

Haknyeon's POV

Tamat sahaja waktu subjek Literature, awal-awal lagi aku sudah mula meronda ke setiap meja rakan-rakan sekelasku. Mestilah untuk jalankan tugas sebagai presiden kelas.

"Si kacak ni mahu kutip buku latihan matematik. Dah siap?" Semakin lama, buku di tanganku semakin memberat.

Aku tiba di meja Kang Mira. Gayanya langsung tidak sedar akan kemunculanku yang sangat menyerlah ni. Siapa je yang suka tengok aku kutip kerja rumah kan? Bukan semua orang rajin siapkannya dalam masa yang diberikan.

Mira masih asyik bermain dengan telefon bimbitnya. Kadang-kadang, senyuman penuh gembira mekar di muka. "Puan Han, boleh saya dapatkan buku latihan matematik awak?" Tanyaku dengan nada mengejek.

Dua-dua sekolah kami sedia maklum dengan hubungan romantik yang terjalin antara Mira dan pelajar Hanwoong bernama Han Jisung.

Memandangkan aku dan Mira dah semakin rapat, lawak macam tu memang dah biasa meniti di mulut. Mira pun layankan je.

"Kang Mira~"

Tap tap tap! Selepas aku mengetuk meja berkali-kali barulah Mira perasan.

"Eo Haknyeon-ah, kenapa?"

Eh aku cakap dengan meja agaknya tadi. "Bahagia betul nampak. Boleh tanyakan Jisung, di mana buku latihan teman wanita dia ni?"

Sekelip mata, aku menerima jelingan maut daripada Mira. Selepas menghantar mesej terakhir sebelum menyimpan telefonnya, Mira menghulurkan buku yang aku minta.

"Dia boyfriend saya, normallah kalau saya sentiasa nampak bahagia." Mira mendengus geram. "Tengoklah orang yang menegur pun. Awak dan Chaeryeong pun apa kurangnya~"

"Banyak kurangnya." Seseorang tiba-tiba menyampuk daripada belakang. Dia menarik satu kerusi lalu mengambil tempat di hadapan Mira. Aku yang elok berdiri pun dipaksa duduk di tempat Kim Sunwoo, rakan semeja Mira yang sangat dikenali sebagai 'datang lambat boy'.

"Mana ada kurang. Hubungan saya dan Chaeryeong baik-baik je." Jawabku tenang.

"Saya Jung Wooyoung, merangkap kawan baik awak selama bertahun-tahun, Ju Haknyeon-ssi. Tapi kenapa saya boleh nampak dengan jelas perbezaan antara hubungan awak dan hubungan Mira?" Wooyoung menyikat rambutnya, yakin sungguh dengan kata-katanya.

Aku menghelakan nafas, malas mahu layan perangai perasan prihatin dia.

"Awak selalu nampak teruja setiap kali jumpa Chaeryeong, tapi kenapa saya tak nampak keterujaan tu di wajah Chaeryeong?"

A-apa?

"Semua yang awak dah buat... Awak cintakan dia sepenuh hati, tapi korang masih jarang berbalas mesej sedangkan itu perkara paling basic?"

"I-itu..." aku mengambil sedikit masa untuk menjawab tanpa timbul sebarang syak wasangka. "Sekarang manalah boleh mesej dia. Dia pasti sedang belajar sekarang-"

"Awak nak tahu something?" Wooyoung berhenti bercakap selepas menyedari ada satu susuk tubuh yang seronok menjadi pendengar perbualan kami.

Mira tersengih lebar, tangan siap dibuat tanda V, menunjukkan betapa bersahajanya dia ingin dengar hal peribadiku.

Lagipun, Mira dan Chaeryeong berkawan sejak hari sukan lepas. Dia tak boleh tumpang telinga!

"Biar saya teman awak hantar buku ni ke meja Puan Ryu."

Aku dan Wooyoung kini berjalan beriringan menuju ke bilik guru, bebas daripada Mira yang teruja nak tumpang dengar.

Kembali kepada sebab asal Wooyoung si pemalas dengan murah hatinya ingin teman aku hantar buku-

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang