7 ; our life

36 11 2
                                    

Changbin's POV

Pukul 11 pagi, kedai runcit aku agak sunyi tanpa pelanggan yang ramai. Eh selalunya kedai ni memang tak ramai pelanggan sebab yang datang pun cuma jiran-jiran kawasan perumahan ni je.

Selalunya waktu-waktu macam ni jiran sebayaku atau lebih muda sedang belajar di sekolah.

Pandanganku beralih ke arah kiri, di mana kerusi tempatku duduk kini sudah ditakluki oleh satu makhluk asing.

"Awak serius nak duduk je kat kerusi tu setiap kali datang sini?"

"Kan itu dalam perjanjian kita. Awak benarkan saya melepak di sini untuk tiga hari seminggu, saya akan duduk diam dan takkan ganggu aktiviti harian awak." jawabnya.

Tapi masalahnya dah tiga hari dan dia betul-betul cuma duduk je. "Awak tak bosan?"

"Hmm saya tengok drama dan youtube. Seronok sebab akhirnya jumpa tempat selamat untuk menyorok semasa ponteng~"

"Jangan lupa yang saya masih boleh laporkan awak."

Chaeryeong terus berdiri dan menghampiriku, "Ah janganlah! Awak nak langgar perjanjian kita?"

"Apa perjanjiannya? Awak duduk tercegat di situ? Perjanjian tu cuma berikan awak kelebihan, saya tak dapat apa-apa pun."

Dia mendengus geram. Aku cuma menyatakan fakta berdasarkan perjanjian lisan kami. Tiada dokumen rasmi yang bertulis mahupun cap jari untuk meterai, boleh ke itu dipanggil perjanjian?

Macam tak cukup rasmi. Bolehlah kalau aku nak langgar je kan?

"Haih sebab tulah selama ni saya berdiam diri dan berperangai baik je. Susah tau saya nak kawal diri macam ni. Saya taknak ganggu kehidupan seharian awak, kan saya dah cakap terima kasih."

But still, mesti dia rasa bosan.

Di penjuru kanan meja kaunter, terdapat TV lama bersaiz kiub dengan ukuran 35×40 yang aku jumpa dalam stor di rumah dan sudah baikinya. Inilah satu-satunya hiburan di kedai ni selain telefon bimbit.

Saluran TV pun tak banyak. Kelakar kalau dia masih nak tengok ni.

"Tapi awakㅡ" belum sempat aku habiskan kata-kataku, Chaeryeong tiba-tiba meletakkan jari telunjuknya betul-betul di atas bibirku.

D-dia sentuh bibir aku gunakan jari dia?

"Shhhh shuhh!"

Tanpa sedar, aku terdiam. Tak mampu nak cakap apa-apa dengan sudden skinship ni.

Chaeryeong tersenyum lebar. Matanya setia pada skrin telefon, melihat video yang dipasang dengan penuh kagum.

Dia nampak teruja betul.

"Awak tengok apa?" Aku menjenguk dari belakang, cuba melihat video apa yang ditontonnya.

Rupanya bukan video, cuma siaran langsung Morning News. Dia tengok siaran berita.

Tanpa memperdulikan soalanku, Chaeryeong tekun mendengar setiap kata-kata pembaca berita itu. Selepas 10 minit, barulah siaran berita itu tamat.

Chaeryeong mengeluarkan buku notanya lalu mencatat sesuatu.

"Haih saya betul-betul tak faham awak."

Chaeryeong tersenyum sekilas mendengar komenku. Mesti dia sedar yang perangai dia pelik, tapi dia pilih untuk terus buat sahaja.

Baguslah, buat apa yang kita suka tanpa pedulikan pandangan pelik orang lain.

"Changbin-ssi, awak tak rasa ke pembaca berita ni hebat?"

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now